Iklan

Sabtu, 31 Disember 2011

Gadis dan status Facebooknya


Aku bangun pagi buka facebook, aku tengok ada sorang minah ni tulis di status dia yang " lelaki ni mulut manis" lelaki bodoh" ape halnye cik kak? putus cinta ke hape? rileks la, ape kes nak marah-marah lak ni, kalau ye pun nak marah jangan la sampai aku pun turut terlibat.

Sekarang ni sape yang bodoh? lelaki tu ke pempuan yang tulis status macam tu? bagi pendapat aku, perempuan yang bodoh. yang dia pegi percaya kat lelaki tu nak buat hape? ade ke aku suruh percaya? takde pun kan.. kalau dah tau macam tu jangan la sedap-sedap je cakap macam tu sebab nanti jadi bahan gelak je.hahahaha....

Peace!! jangan emo-emo.



Rabu, 12 Oktober 2011

Kundasang the best place..





Aku kundasang 2,3 hari yang lepas. tempat tu memang best.. sejuk dan segar.lebih sejuk daripada Genting Highland.

Rabu, 17 Ogos 2011

Hobi baru aku time petang


Hye you all, ape kabar? sihat?

Entry kali ni saja nak kongsi ngan you all hobi baru aku.
hobi aku sekarang tiap-tiap petang sambil menunggu masa untuk berbuka adalah mendengar lagu-lagu pop yeh yeh 60an. hahaaha...

aku pun tak tau camne leh minat dengar lagu-lagu camni. tapi bila layan lagu-lagu camni best jugak. old skool siot layan lagu-lagu camni. tengok plak dressup diorang time zaman-zaman camtu. perghhh terbaik dari ladang la.





Amacam? old skool kan gamba-gamba diorang ni? haaha..

Isnin, 1 Ogos 2011

Selamat berpuasa


Salam, hye..

Aku cuma nak ucapkan selamat berpuasa pada semua muslimin dan muslimat yang berada di Malaysia. harap puasa tahun ni kita dapat menambahkan lagi amal dan pahala.

Aku jugak nak mintak maaf pada semua orang jika aku ade tersakitkan hati atau terguriskan hati korang. please forgive me.

Ok lah, akhir kata dari aku

"Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak"

Khamis, 28 Julai 2011

Kisah chewing gum


Salam and hye pada semua pembaca blog aku. thanks a lot sebab korang sudi baca dan komen pada entry aku.

Entry kali ni aku nak story dan berkongsi cerita kat korang "kenapa chewing gum kena banned kat Singapore". Tentu korang semua nak tau kan?

Ok, ceritanya bermula begini. Once upon a time, di suatu masa yang tidak dikenal pasti, ada seorang PM Singapore ni buat satu lawatan diplomasi kat Thailand. PM Thiland telah mengadakan satu makan malam bersama delegasi dari Singapore.

Pada makan malam tersebut, PM Singapore dan PM Thailand berborak-borak sambil makan. time makan udang PM Singapore pun bertanya pada PM Thailand

PM Singapore: lepas makan udang, apa orang Thailand buat dengan kulit udang?
PM Thailand jawab "kami buang je"
PM Singapore: ooooo...kat Singapore, kami recycle kulit udang jadi keropok udang, pastu kami export ke Thailand.

Lepas tu mereka makan limau pulak

PM Singapore: Lepas makan limau, orang Thailand buat ape ngan kulit limau?
PM Thailand jawab "kami tak buat ape,kami buang je"
PM Singapore: oooooo...kat Singapore, kami recycle kulit limau jadikan jus limau, pastu kami export ke Thailand.

Last skali, diorang makan chewing gum. dan seperti biase, PM Singapore pun bertanya la pada PM Thailand ni.

PM Singapore: ape orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah di makan?
PM Thailand jawab "kami tak buat ape,kami buang je"
PM Singapore: oooooo...kat Singapore, kami recycle jadikan kondom pastu kami export ke Thailand.

tiba-tiba PM Thailand pulak bertanya kat PM Singapore "ape orang Singapore buat dengan kondom selepas digunakan?"

PM Singapore jawab dengan bangganya "kami tak buat ape,kami buang jela"
PM Thailand: ooooo...kat Thailand, lepas kami guna kondom kami recycle jadi chewing gum, pastu kami export ke Singapore.

Muka PM Singapore terus jadi merah. dan disebabkan itulah chewing gum dibanned kat Singapore

p/s : cerita ini adalah rekaan semata-mata




Isnin, 25 Julai 2011

Malaysia VS Singapore

Malaysia Lawan Singapore pada 28 Julai ni di Stadium Bukit Jalil.

Jom kita pegi tengok ramai-ramai.

berikan sokongan anda yang tidak berbelah bagi tu pada pasukan bola sepak negara kita.

Walaupun pada pusingan pertama kita dah kalah 5-3. tapi aku yakin pasukan bola sepak kita dapat memberikan yang terbaik pada perlawanan di Stadium Bukit Jalil nanti.

"Gomo Malaysia gomo.."


Selasa, 19 Julai 2011

Bogel menuju tuhan


Salam, hye semua pembaca blog Mr.Kay

Entry kali ni aku nak berkhayal dan menerobosi batasan minda aku sikit.

"Aku merenung jauh ke langit biru"

"Berharap diterima olehnya kelak"

"tiba masa aku kembali, adakah suci dan bersih?"

"kalau aku bisa terbang, ingin saja aku terus terbang bebas"

"dicelahan awan biru, aku bermain tapuk-tapuk"

"hinggap dan berehat di dahanan pokok"

"menunggu pulang dikala senja"

"masih adakah waktu untukku bermain dikala senja?"



Actually aku nak share ngan korang buku karya Zahiril Adzim yang bertajuk
"Bogel Menuju Tuhan". tajuknya pun dah membuatkan aku tertarik untuk membacanya.
adakah buku ni sama dengan buku Shahnon Ahmad yang bertajuk "S.H.I.T". aku pun tak pasti sebab aku belum lagi mendapatkannya.

Aku harap dapat jumpa buku "bogel menuju tuhan" ni. terpesoan betul aku dengan tajuknya. ingin aku selongkar kotak fikiran dan mesej yang ingin disampaikan oleh penulisnya.

p/s : Mr.Kay like..like...like Z.A tak?

Ahad, 17 Julai 2011

cara propose girls paling best



Salam, hye semua pembaca blog Mr.Kay yang aku sayangi. how your days? hopefully happy dan ada ong.

Penah tak korang terfikir cara-cara untuk propose sweetheart korang ataupun penah tak korang berangan yang akan di propose oleh jejaka pujaan hati korang dengan cara yang paling sweet?.. for sure penah kan?kan?


biasanya Girls ni mahukan sesuatu yang special dan sweet ketika sang pujaan hati melamar dan diorang ni akan bosan dengan cara propose yang biasa. i think so... jadi, you all guys mestilah create something yang special untuk propose sweet girls korang tu. nak-nak lagi kalau propose untuk kahwin. hurmmmmm.....

Untuk entry kali ni aku nak share beberapa cara yang sesuai untuk korang propose sweet girl pujaan hati korang tu. tapi aku nak ingatkan, ni cuma pandangan aku jer, kalau you all (girls) yang TER baca entry ni dan tak setuju, korang boleh la kritik. sebab aku ni tak hebat sangat nak talk about love and romance ni.

Nyanyi dan urghhh surprise..
Datang ke rumah sweet girl korang tu dan berdiri di depan pintu rumah dan nyanyikan sebuah lagu yang paling sesuai untuk menggambarkan perasaan korang, habis je korang nyanyi terus bagi sweet girl korang tu bunga yang didalamnya ada ring, time girl tu nak cium bunga tu confirm terkejut sebab ada ring (paling mujarab diamond ring hehehe). then korang pun terus la sampaikan hajat korang tu pada sweet girl korang tu.

Surprisekan si dia di tempat special..
Bawak cinta hati a.k.a sweet girl korang tu ke satu tempat yang special. tak kesah la, atas bukit ke, dalam gua ke, tepi pantai ke, atas banggunan ke. pastu korang sediakan something such as, lilin, batu-batu atau ape-ape je yang korang rasa sesuai. bentukkannya jadi heart dan dalam bentukkan heart tu ada ring yang tertutup dengan sehelai kain merah. pastu bawak girl tu masuk dalam heart tu dan suruh dia buka sendiri. confrim terkejut kott.. lagi best kalau time korang nak bawak tu korang dah tutup mata girl tu awal2..

Kejutan tak diduga..
Mintak girl korang tolong ambikkan barang yang korang tinggalkan dalam bonet kereta,konon-kononnye korang tertinggal beg or something la. padahal dalam bonet kereta tu bukan ade ape-ape pun melainkan sebuah kotak. dan dalam kotak tu korang isi la diamond ring, ros merah dan satu kad ucapan. dalam tu korang pulun la habis-habisan. gunakan ayat yang paling meletop. huhhh aku rasa that time confirm girl tu shock gile ngan ape yang korang buat. terharu dia bebb..

3 perkara tu merupakan serba sedikit cara untuk melamar sweet girl, actually ada banyak lagi cara yang mungkin korang boleh applykan. ianya bergantung pada kreativiti korang untuk membuatkan propose korang tu jadi sesuatu yang sukar dilupakan dan sangat bermakna oleh sweet girl cinta hati korang tu.

Aku cuma share ape yang aku tau jer, lain-lain tu pandai-pandai korang la nak aturkan camne. yang paling penting bermakna dan sweet.hahaha...

p/s : Mr.Kay ada potensi jadi Dr. Cinta menjelang tahun 2012 nanti...




Jumaat, 15 Julai 2011

cMajor aspek yang penting untuk melangkah ke Universiti


Salam, hello guys.. macam mana dengan korang punya semester break? harap-harap diisikan dengan perkara yang berfaedah la.

Tak lama lagi akan buka new semester dan start sekarang dah ramai orang bercakap "eh,kau dapat U mana ek?".. "nanti kat sana kita stay sama-sama ek?"... "eh, jom pegi shopping sikit, tak lama lagi nak masuk U dah" peh-liss......

excited gile korang ni bila dapat berita gembira kan? tak kesah la korang nak gembira ke ape, asalkan korang jangan overdose dah la ye adik-adik.

Tapi ada jugak diantara mereka yang sedih. sebabnya dapat UMS dan UNIMAS. euww.. bukannya jauh pun dalam Malaysia jugak. apela yang nak disedihkan. bukannya pergi berperang pun. be cool and steady jela mcm Mr.Kay ni....

(ni gambar senior aku yang dah konvo 2 tahun lepas)

Sebelum korang bergerak ke tempat korang nak sambung study tu. korang mestilah bersedia dari segala aspek, dan juga mempunyai kriteria seperti berikut :-

A) hati yang keras dan semangat yang kental = sebabnya seminggu time korang kena orientasi tu confirm rasa rindu pada bantal bucuk dan masakkan mak korang akan bermain-main di ingatan korang..

B) Fizikal yang sudah bersedia = kebiasaannya time orientasi korang akan kena ragging.tapi taklah teruk sangt kot. paling-paling pun kena balik ke kolej kediaman daripada dewan Canselor yang jauhnya lebih kurang setengah batu, tidur yang confirm tak cukup sebab banyak sangat aktiviti yang PSM akan buat time tu dan jugak maybe makanan yang kurang menyedapkan. tambahan lagi makanan dari cafe.pehhhh....

C) Perangai yang sopan = first year selalunya tak banyak buat kes la kott, masuk tahun kedua baru nak tunjuk belang sikit. itu normal.. tapi jangan la ada yang masuk-masuk je terus berkelakuan macam ayam hutan yang baru keluar dari jamban. tak sedap pulak mata abang2 dan akak2 melihatnya nanti.

All the best pada semua adik-adik yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT, pada yang tak dapat tu jangan la sedih-sedih. maybe ada perkara yang terbaik dan lebih baik sedang menunggu anda. sabar, usaha dan tawakal sajalah yer.

tak lama lepas tu confirm cara dressup korang berubah. hahaha...wait and see...

impian setiap orang yang sambung study adalah untuk menamatkan pelajaran dan mendapat keputusan yang baik kan? so work hard for it.. jangan shock sampai lupa semuanya OK

p/s : sejak dari first Mr.Kay sambung study, sampai sekarang tak penah dapat 4 flat lagi.. grrrr!!



Jumaat, 8 Julai 2011

Terbang balik


Salam, hye semua pembaca blog Mr.Kay

Tak lama lagi aku nak balik ke semenanjung, bercuti selama dua bulan. dalam 2, 3 hari lagi aku akan balik. Seperti biasa, aku tak la excited sangat nak balik semenanjung ni, rasa macam biasa-biasa jer kot. nothing special yang akan berlaku kott..


Rasa macam sama jer balik atau tak balik pun. tapi kalau balik boleh la jugak dapat rileks-rileks sikit. nak rileks lebih-lebih tak boleh la kott. sebab aku kena siapkan Thesis. Semester hadapan adalah semester terakhir aku di Sabah. then lepas tu aku akan practikal di sebuah syarikat perfileman yang aku rasa cukup kuat jugak la di Malaysia ni.

So balik ni aku perlu pegi buat tinjauan dan survey sikit kat Cyberjaya. dan disamping tu aku perlu siapkan proposal untuk Thesis aku. Awal semester hadapan aku kena bentangkan proposal untuk Thesis aku tu. Thesis tu membuatkan aku bertambah serabut..

Aku balik cuti serupa aku tak balik je kott, cuma bezanya balik nanti boleh makan FREE jela..

Uhhhhh.... banyaknya perkara yang perlu diSettlekan time cuti dua bulan ni. buka je semester depan bukan saja aku kena fikir pasal untuk Thesis malah aku kena rush uruskan Minggu Suai Mesra untuk bakal-bakal junior aku yang akan masuk tak lama lagi.

Tiga tahun aku study di Sabah ni aku rasa kejap je. banyak betul aktiviti yang aku join sampaikan makan pun kadang-kadang tak sempat kott. Thats why la aku ni agak kurus. ahahaha...

p/s : Mr.Kay balik sorang-sorang nanti, confirm bosan. tapi dah biasa balik sorang-sorang. PSP teman terbaik dalam flight nanti.

Ahad, 3 Julai 2011

Tips untuk si malang



Salam 1 Malaysia pada semua pembaca blog aku, tak kira la you all boys, girls, half-half atau ape-ape pun. yang penting you all baca blog aku.

untuk entry kali ni aku cuma nak share ngan you all tips-tips bagi orang yang putus cinta. be cool la ek, cinta tu datang dan pergi macam drive thru di mcD. So you all order jela nak makan ape pun.

Jangan ditangisi cinta yang dah pergi tu sebab once its go away from you, you can get better than that. so jangan nangis-nangis yer? buang air mata korang je. mana la tau kan, you all akan dapat yang ala-ala Tizz Zaqiah (untuk boys) atau ala-ala Shaheizy Sam (untuk girls).

Tips pertama
Kalau both of you (girls & boys) putus cinta. Korang kena sediakan coklat banyak-banyak. sebabnya menurut fakta saintifik coklat ni dapat meRealesekan minda kita dari tekanan. bila korang terasa sedih, lebih baik korang kunyah coklat. paling best tablerone.

Tips Kedua
Pegi tengok sunset atau pemandangan yang indah. sebab keindahan tu dapat membuatkan otak kita sihat dan kembali pulih dari segala ketegangan otak. kalau korang (boys) rasa yang indah tu adalah aweks-aweks so korang tengok jela aweks yang lalu depan korang tu. tapi diingatkan "just tengok je, jangan pegi suittt..suittt kat aweks tu pulak"

Tips Ketiga
Kalau putus cinta korang jangan layan lagu-lagu sedih,nanti tambah la korang jadi sedih. korang sepatutnye layan lagu-lagu Metal head banging. aku rasa okey kott untuk menghilangkan tekanan korang tu. sampai pecah rumah pun takpe,asalkan korang hilang perasaan sedih tu.

Tips Keempat
Untuk melupakan perkara-perkara macam ni memang susah, cara yang paling bernas yang aku boleh bagi untuk kali ni adalah Solat. ritual mendekatkan diri dengan sang pencipta ni adalah terapi yang paling baik. jangan la time putus cinta je baru ingat tuhan ok?

Tips kelima
Mandi dan menyejukkan badan. bila korang mandi dan sejukkan badan korang tu sedikit sebanyak dapat mengurangkan perasaan sedih korang tu, tapi kejap jela kott..
kalau nak lama-lama better korang berendam je dalam kolam tu lama-lama.


Putus cinta ni adalah satu perkara normal dalam kehidupan. so, jangan la korang sedih-sedih sangat. ada ape dengan cinta? bukan tahan lama pun. orang dulu-dulu mungkin la boleh buka hadis cinta diorang generasi sekarang mungkin tidak la kott..aku tak rasa generasi sekarang ni pandai menghargai cinta. so better korang fikirkan benda lain yang lebih berfaedah daripada fikirkan about LOVE. bukan nak kata LOVE ni tak penting, cuma ianya adalah perkara kedua terpenting. jangan jadikannya sebagai main things dalam life korang.dan jangan jadikan ianya macam big problem sampai mau bunuh diri kejadah semuanya tu. sia-sia je semua tu. last-last pasangan korang tu jugak yang bahagia ngan orang lain. korang plak tak dapat ape-ape.

Take it easy la, and remember that great love involve great risk.

p/s : perfume aku nak habis la,ade sape-sape nak tolong belikan untuk aku tak?


Selasa, 28 Jun 2011

Meniru time exam


Salam, ape kabar you all semua?

aku tak tau nak share ape ngan you all buat entry kali ni, dan aku dah lama tak update blog aku ni.
jadi aku nak update la blog aku kali ni. Topic kali ni meniru dalam exam.

huhh..korang mesti pernah meniru kan? tak kira la dalam ape cara sekali pun mesti korang penah meniru. Lecturer aku pernah cakap seni itu adalah tiru. jadi seni itu adalah seni meniru. contoh yang dapat kita tengok adalah dalam painting. pelukis mesti meniru untuk menghasilkan karya diorang. diorang akan tiru landskap dan aplikasikan dalam painting diorang.

Tapi kali ni aku bukan nak story about tu, aku ada topic hangat yang lain.

Meniru yang aku nak storykan ni adalah meniru time exam. Time meniru tu diorang akan bawak la nota kecil (toyol), kalau nak yang lebih canggih capture je nota pakai phone. phone student-student sekarang kan canggih-canggih belaka. ahahahaah...

meniru ni memang satu kerja yang tak baik la. tapi kalau dah korang nak suke sangat meniru ape boleh buat. asalkan korang bahagia sudah la. jangan sampai kantoiii sudah la.

Ape yang aku boleh cakapkan usaha lebih baik daripada meniru, tapi aku paham, student ni ada masa yang terdesak jugak, maybe sebab diorang tak cukup masa nak study and so on kan. jadi pandai-pandai korang lah. aku tak nak masuk campur. sebab meniru itu adalah seniii...hahahahha

Peace!!

Khamis, 23 Jun 2011

Usaha tangga kejayaan


Salam, ape kabar you all semua?

Kali ni aku just nak kongsi ngan you all pendapat aku tentang life.

Korang tau tak, segala ape yang korang usahakan tu akhirnya akan membuahkan hasil yang korang sendiri pun tak sangak.

Kalau korang usaha untuk cinta maka korang dapat la cinta sejati korang tu, kalau korang usaha untuk better life maka itu jugalah yang korang akan dapat.

so aku harap korang semua tak berhenti untuk berusaha, korang jangalah putus asa dengan dugaan yang datang. korang teruskan perjuangan. tak kesah la dalam ape-ape sekalipun. kalau korang berusaha dan sabar, aku yakin korang akan dapat apa yang korang mahukan.


"Life is simple"

"hidup itu indah"

yang penting korang percaya yang kejayaan tu tetap akan datang pada korang.

"don't stop believing"

So korang teruskan berusaha. aku yakin korang semua akan berjaya. aminn

p/s : aku menunggu hari kejayaan aku sambil meneruskan usaha aku


Selasa, 21 Jun 2011

Malayu Typical

Salam, apa kabar you all semua?

Untuk entry kali ni aku nak luahkan apa-apa je yang ada dalam minda aku buat masa sekarang ni.

Aku mendapat banyak kritikan dan kutukan daripada pengunjung blog aku ni. ada yang mengatakan aku Melayu typical, dan banyak lagi. tapi aku tak kesah la apa pun yang mereka nak cakap sebab itu hak mereka. asalkan mereka bahagia, its okey bah. Malaysia ni adalah sebuah negara yang bebas. dimana rakyatnya bebas untuk bersuara. jadi teruskanlah bersuara wahai sahabat-sahabatku.

Bercakap soal Melayu Typical aku terasa seperti aku yang berdosa kerana telah merosakkan nama Melayu. kesucian dan keagungan bangsa Melayu telah dicerca oleh segolongan manusia yang suci, aku tidak nafikan mungkin mereka dalam golongan suci dan pastor. Maafkanlah mereka kerana mungkin mereka mahu menjadi tuhan untuk menghukum manusia. mungkin juga golongan suci tersebut bukan berbangsa Melayu atau juga mungkin dia Melayu celup.

Tak kesah la anda berada di dalam golongan Melayu yang macam mana sekali pun. asalkan itu membahagiakan anda semua. sila lakukan. kerana jika anda bahagia, aku turut bahagia. hahaha


p/s : its okey bah, tiada masalah tu. hahahaha...


Ahad, 19 Jun 2011

Lelaki tu setia atau tak?



Salam, ape kabar sweet ladies dan handsome boy semua? aku harap you all happy di samping orang yang tersayang.

Aku ada dapat beberapa pertanyaan dalam Facebook "hey mr.kay, macam mana nak tau lelaki tu setia atau tak and so on". Dan aku ambik la satu soalan daripada Miss Nonom ni, dia bertanya macam mana nak tahu lelaki tu setia atau tak.

Seriously aku kesian gile kat golongan girls ni, diorang serius bagai nak rak tapi boys ni suke-suke jer main-mainkan heart feeling diorang kan? kan?. Actually aku tak la terer sangat bab-bab cinta ni, tapi aku cuba la jawab persoalan tu yer.


First thing yang you all kena buat (girls) adalah OBSERVE. you all kena observe sifat-sifat boys yang you all minat tu. ada banyak perkara yang you all (girls) perlu observe. OK, now aku bagi list perkara yang you all kena observe dan take action with it.


Dia ada masa untuk korang
lelaki ni ada masa dia mau jugak lari dari korang (girls) maybe sebab rimas. mana taknye hari-hari korang suruh dia buat report tiap-tiap jam 8pagi kat korang. so dia akan cuba cari peluang untuk jauhkan diri sikit. bukan untuk jauhkan diri sejauh-jauhnya dari korang, cuma inginkan sedikit space. cara diorang buat adalah cari aktiviti yang dia suka buat atau hang out ngan kawan-kawan. tak kira la kawan lelaki ke perempuan ke pondan ke tomboi ke kan. tapi walau macam mana dia cuba jauhkan diri daripada korang pun dia tetap akan ada masa jugak untuk call atau SMS korang paling tidak pun seminit la (takut-takut korang ni sakit ke hari tu ada problem and so on ke kan). kalau langsung takde masa tu, korang kena berhati-hati la sebab comfort zone korang dah tergugat tu.

Dia selalu bagi tau ape yang berlaku pada dia tanpa selindung (jujur)
Kalau ada ape-ape yang berlaku pada dia, contohnya di ngorat oleh pondan, dicium oleh gay boy, terlanggar awek cun time nak beli air kat cafe atau ape-ape jelah yang berkaitan diri dia dan jugak korang dia akan bagi tau semuanya tanpa selindung ataupun tipu-tipu. senang je kalau korang nak kesan yang boys tu menipu atau tak. first dia akan tersenyum-senyum, boys ni bila nak menipu girlfriend confirm akan tersengeh-sengeh macam kerang busuk, aku ambik contoh kawan aku la, bila menipu girlfriend dia, confirm akan tergelak dan tersengeh dan girlfriend dia pun dah masak dengan perangai dia tu. tapi aku tengok sweet couple jugak diorang tu. kalau dia tak senyum pun dia akan gagap bile cerita ape-ape kat korang atau pun dia berfikir panjang bila nak cerita perkara yang terjadi pada dia tu. mustahil la tak boleh ingat perkara yang berlaku just now kan? kalau lama dia memikir tu maybe dia sedang cuba memikir ayat untuk mengelentong korang la tu kot.haha..


Korang kena tahu dengan siapa dia berkawan
This is the important thing yang korang kena ambik tau. korang kena ada list kawan-kawan dia. korang kena tahu dengan siapa dia berkawan, dengan siapa dia selalu hang out. aku ambik salah satu komen ni daripada sorang sweet girl. tapi aku rasa cara yang dia buat ni agak extreme kot, takut nanti dia bosan pulak ngan korang sebab semuanya nak tahu. senang crita korang just tahu je dengan siapa dia selalu berhubung dan cuba-cubalah take action with it. jangan pulak korang pegi serang kawan-kawan dia sudah la.

Cute wangi girl :macam mana nak tau dia setia or x?
senang jer, ambil tau apa dia buat, dia dekat mana..
check dengan siapa dia berkawan, dengan siapa dia berhubung..
msg pun penuh dngan msg you all..
x behubung dngan orang lain..
maksudnya dia setia la tu.. :D

Ok jugak cara Miss cute wangi ni, korang boleh la tiru skill menjaga boyfriend oleh Miss cute wangi ni, tapi jangan over plak yer. Bagi aku boys ni sometimes nak jugak kawan dengan girls, asyik-asyik kawan dengan boys je. takut nanti kena label gay plak kan. korang bagi la boys ni chance nak kawan dengan girls, alaaa kawan biase ok je kot. asalkan korang jangan terlepas pandang dah la. nanti silap-silap kena kebas pulak boyfriend korang tu. so far aku rasa ok kot boys kawan dengan girls asalkan dia tau siapa diri dia sudah la. sebab aku cakap macam tu, kawan-kawan aku ramai jugak yang dah ade girlfriend tapi girlfriend diorang okey je bila boy diorang kawan ngan girls, siap boleh buat aktiviti riadah bersama-sama lagi.



And the conclusion is, korang jangan la berfikir yang bukan-bukan dan bad thinking sangat, take it easy. kalau ade jodoh tak kemana jugak. persoalan macam mana nak tahu dia tu setia atau tak tu not a big deal. cuba korang tanya pada diri korang. korang ni setia ke pada dia?

you get what you give. tuhan tu maha adil.

p/s : Mr.kay ni sorang yang setia, hurry up girls...take me home now... hahaha...

Sabtu, 18 Jun 2011

First date si Lovers

Salam, ape kabar you all semua? Aku rindu komen-komen bernas korang doe..haha.

Entry kali ni aku tujukan khas buat lover-lover yang tengah bercintan diluar sana dan ingin mengadakan first date dengan yang tersayang.

Kalau you all ade plan untuk berdating mesti you all nak pastikan semuanya akan berjalan lancar dan baik kan? Tapi sebelum tu make sure yang you all tu dah bersedia.

firstly aku nak bagi tau kat you all yang first date ni memang sangat-sangat sukar bagi sesiapa yang belum expert dalam bercinta. time tu baru la you all tahu, macam mana rasanya nervous tahap vavi. tapi tu normal la. Aku dulu pun camtu jugak. rasa bergegar je seluruh badan tapi buat-buat cool jela.

Lets say la esok you all ade first date ngan someone special korang tuh. jadi malam ni you all dah kena prepare betul-betul. yang paling penting poket you all kena penuh dengan RM. malu jugak kalau baru first date dah pasangan yang belanja, kan? untuk next-next date takpelah.

  • You must wake early, yelah nak jumpe dengan someone special. you all mesti bagun awal


    • After you wake up tu you all buat la sedikit senaman muka, supaya time you all senyum kat pasangan tu, taklah nampak semacam sangat. Dan buatlah sedikit senaman regangan.


    • Mandi dan sental semua daki-daki kat badan you all yang jarang you all sental tu. biar nanti time you all jumpe pasangan you all tu nampak bersih dan cerah daripada biasa sikit.


    • Pilih pakaian yang sesuai dengan tema dan tempat you all nak date dengan pasangan you all tu. kalau bagi girls untuk first date jangan pakai pakaian yang terlalu seksi. yang simple-simple ok la kot. (jangan lupa pakai perfume)

    • Selepas you all dah siap semua tu you all keluar dari rumah dan baca la doa sikit. Make sure you all jangan lambat. datang awal 10minit pun okey. yang penting you all tunggu pasangan, jangan sampai dia yang tunggu you all.

    • Untuk boys you all bawa la bunga ros merah sejambak. kalau boleh you all pick up girlfriend you all tu naik kereta la. kalau tak dapat kereta naik bas pun ok. first date jangan la naik moto. malu doe.

    Good luck la pada lovers-lovers yang nak date tu. Time dating tu you all pandai-pandai la buat joke sikit, bawa pegi makan, tengok wayang dan cari satu idea untuk buka crita. supaya date you all tu tak rasa bosan sangat. tapi aku rasa first date selalunya tak bosan. maybe date yang ke 20,30 tu bosan la kot. tapi takpe,semuanya boleh di atasi dengan mencari idea baru dan aktiviti menarik untuk dibuat masa keluar date.



    p/s : First date Mr.Kay masa form 3 dulu..date lepas habis sekolah. sangat tak boleh blah. tapi takpelah kot sebab time tu hingus-hingusan lagi.





    Ahad, 12 Jun 2011

    Review KL Gangster

    Salam, hello semua pembaca blog Mr.Kay, ape macam, ada Ok ke?

    Korang semua dah tengok filem KL Gangster?. kalau belum better you all pegi tengok cepat dekat cinema yang berhampiran. Sebab aku suggest filem tu adalah kerana filem tu sangat best giler. rugi kalau you all tak tengok. time aku pegi tengok pun full booking, nasib baik dah beli awal-awal.


    Rakyat Malaysia sekarang dahagakan filem-filem aksi yang macam ni la. bagi aku filem ni sangat menarik dan penuh dengan aksi cuma ada la sedikit kecacatan dalam filem ni jika diteliti dengan betul. tapi takdelah sampai mencacatkan plot cerita filem ni. so far OK.

    Kalau aku perhatikan betul-betul, macam ada satu persaingan antara dua buah production house iaitu Skop production dan Metrowealth Pictures yang mana kedua-dua buah production house ni mengeluarkan satu produk yang hampir sama iaitu filem KL Gangster dan Kongsi. Tema kedua-dua buah filem ni adalah berkaitan dengan kongsi gelap Malaysia. Takpelah kalau dua-dua production house ni nak bersaing pun, ianya akan menambahkan lagi kualiti bagi filem-filem mereka sebab ada persaingan. tapi dari pemerhatian yang aku dah buat filem keluaran Metrowealth lebih kepada komedi walaupun isi cerita pada asalnya adalah sebuah filem serius, berbeza pula dengan filem keluaran Skop production yang aku rasa cukup gula dan garamnya dimana filem seriusnya diselitkan dengan sedikit komedi dan keaslian ceritanya dapat di kekalkan.


    Ok, berbalik pada filem KL Gangster la, sebab tujuan utama aku tulis blog kali ni nak membincangkan tentang filem ni. Bagi aku watak-watak yang memainkan peranan dalam filem ni sangat baik dan pengarahnya iaitu saudara Syamsul Yusof berjaya menghidupkan filem KL Gangster ni melalui pemilihan watak yang baik, Syabas aku ucapkan kepada pengarah muda ni. First impression aku time tengok poster filem KL Gangster ni sebelum filem ni keluar, aku sangkakan filem ni seakan-akan sama seperti filem Evolusi KL drift yang bagi aku sangat membosankan dan tidak seberapa kualitinya. Tapi selepas aku menonton filem KL Gangster ni pandangan aku merosot sama sekali, kerana filem ini aku rasakan sangat berjaya menarik minat penonton dan membuatkan penonton terpaku dari mula filem ini ditanyangkan sehinggalah filem ni habis. aku sedar-sedar je filem ni dah habis. itu maknanya filem ni berjaya la.


    Filem KL Gangster ni menceritakan tentang penyesalan seorang Abang (Malik) yang dilakonkan oleh Aaron Aziz yang gagal menjaga keluarganya sehingga adik-adiknya turut hancur dengan arus perkembangan dunia kota yang sangat mencabar. Ditambahkan lagi dengan watak jahat iaitu Shark lakonan pengarah filem sendiri yang membuatkan filem ini sangat menarik. tidak dilupakan juga watak komedi yang dilakonkan oleh Zizan yang menjadi Abang Long Dil a.k.a Ayahnda dan panggilan yang sewaktu dengannya. Walaupun dari segi penggunaan bahasa yang digunakan dalam filem ini agak kasar, tetapi ianya berjaya menghidupkan filem ini dengan bahasa-bahasa filem ini yang sehinggakan penonton terbawa-bawa hingga ke luar cinema.

    Tahniah dan syabas sekali lagi kepada pengarah muda yang berbakat iaitu saudara Syamsul Yusof kerana telah berjaya menarik hati penonton filem malaysia dengan karya yang baik dan kreatif.

    p/s : Mr.Kay dah tengok filem ni, korang bila lagi?


    Rabu, 8 Jun 2011

    8 things yang girls suka pada seseorang boys

    Salam..
    Hello hensem boys dan cute wangi girls, how are you today? bosan tak? kalau bosan you all bace je entry ni. maybe boleh menghilangkan sedikit kebosanan anda tu, i hope so..

    Ok, untuk entry kali ni aku nak share ngan you all tentang apa yang girl suka pada seseorang lelaki. Actually boys (makhluk paling hensem) ni ada banyak daya tarikan yang boleh membuatkan seseorang girl tu jatuh hati. Aku ada la buat servay sikit tadi, so ade la dapat idea sikit nak tulis dalam blog ni. tak mau ngarut banyak-banyak, kita terus straight to the point.


    Ciri-ciri boys yang disukai oleh girls

    • Boys yang betul-betul tulin dan tidak berpewatakkan seperti gegirl - yelah, mana la ade girls yang suke BF dia lembut-lembut kan? mesti nak yang ala-ala Aaron Aziz punye.
    • Boys yang cool dan tak kuat cemburu - sikit-sikit nak cemburu, confirm la si aweks menyampah. sampaikan nak keluar beli Cornetto kat 7e ngan cousin pun tak boleh ape kejadahnye. hahaha..
    • Girls jugak suka pada boys yang cantik - cantik yang aku maksudkan ni adalah cantik perangai. kalau you all nak tau, girl paling suke kat boys yang muke ganas, tapi baik. (muka ganas ala-ala mat rempit tapi bila tengok orang tua lintas jalan sanggup berhenti nak menolong, confirm that time jugak girl akan jatuh hati kot).
    • Boys yang pandai buat joke - tapi jangan la pulak you all buat joke tahap gaban dan membahayakan kesihatan, nanti lain pulak jadinya.(you all fikirlah sendiri ye boys)
    • Boys yang mempunyai cita-cita - girls paling suka kalau boys yang ada cita-cita. (you.. nanti lepas kahwin i nak 10 orang anak la, 2 orang jadi menteri, 2 orang jadi pensyarah, 2 orang jadi peguam, 2 orang jadi arkitek, 2 orang lagi jadi surirumah sepenuh masa, camne you? ok tak cita-cita i..?)
    • Boys yang tak malu berkata "saya mintak maaf, saya yang salah, tolong maafkan saya?" - its mean boys yang tak ego la. mana ada orang nak pasangan yang ada ego kan..kan? campak dalam sungai je ego tu, baru aman dan harmoni.
    • Boys yang melihat kesilapan diri dia sendiri, sebelum menilai orang lain - kalau korang dapat boys macam ni girls, jangan la korang lepaskan, terus ajak nikah cepat-cepat ye?
    • Boys yang boleh membimbing mereka - boys yang boleh bawak mereka ke jalan yang betul. (you, malam ni apa kata kita solat berjemaah dengan anak-anak kita yang 10 orang tu? lama kita tak solat jemaah sama-sama. maklum la i ni selalu solat kat masjid je)

    Actually ada banyak lagi yang aku tak share ni. bagi aku la kan, tak semua manusia tu sempurna, jadi kita terima sajalah seadanya. mungkin satu hari nanti pasangan you all tu boleh jadi yang lebih baik dari apa yang you all jangkakan? mana kita tahu kan..kan? pokok pangkalnya semua ni kerja tuhan. jodoh ajal dan pertemuan tu telah ditentukan olehNya..

    p/s : Mr.Kay takda ciri-ciri tu semua, jangan masukkan Mr.Kay dalam list top 5 you all yer? hehe..


    Selasa, 7 Jun 2011

    Lelaki merajuk? wahhh awesome...

    Salam, hello hensem boys dan gedik girls. how are you?
    Ok untuk entry kali ni aku nak bercrita dan berkongsi dengan you all tentang "merajuk"

    Kalau perempuan merajuk aku rasa OK kot, tapi bagaimana pula kalau lelaki yang merajuk? confirm plus plus OK kan? mesti cute gile kalau lelaki merajuk..hahaha..

    Aku tak nafikan sometimes lelaki ada jugak masa datang bulannya. nak-nak pula kalau bab-bab cinta ni. confirm akan touching lebih bila girls yang dia cinta buat hal atau sebagainya. Tapi aku tak la, aku tak suka merajuk-merajuk ni, jatuh la saham aku kalau merajuk (yo yo oo je)


    Ok, Now aku nak share kau you all especially girls mengenai tanda-tanda seseorang lelaki tu merajuk.

    • Dia (lelaki) akan senyap sepanjang masa ataupun dia akan terus diam dan log out facebook, off phone dan lain-lain lagi yang dia rasakan sesuai dengan situasinya pada ketika itu. tetibe je terus diam, huhh itu maknanya BF you all tu merajuk la tu.

    • Dia takkan melayan mesej even call pun dia takkan layan. dia akan buat dono je mesej yang masuk dalam inbox dia sampai la dia cool dan hilang merajuk.

    • Muka dia akan masam sepanjang masa. you all takkan tahu punye sebab muka masam dia tu, dia akan sorok bawah bantal.

    • Hisap rokok. bukan sebatang, bukan sekotak tapi berkotak-kotak.. huhh ini parah ni. smoking kills ye wahai hensem boy semua.

    • Menangis, ada jugak lelaki yang merajuk dan menangis. agak susah nak terima lelaki menangis tapi ni adalah realiti. sebab sekeras-keras lelaki pun dia tetap akan mengalirkan air mata. so girls, beware la, jaga la sikit hati hensem boy kesayangan you all tu. jangan biarkan dia merajuk. hahaha..

    Agak susah nak percaya yang lelaki ni kuat merajuk jugak kan?. Ok kalau perempuan merajuk confirm lelaki akan pujuk, tapi kalau lelaki merajuk you all (gedik girls) rasa patut ke you all pujuk? atau biarkan lelaki ni cool dengan sendirinya? nak tahu jawapannya tanyalah Dr. Fadzilah Kamjah hehe..

    p/s : Mr.Kay tak suka merajuk-merajuk, tapi dia suka nangis dalam selimut je kot.hehe..bye.



    Ahad, 5 Jun 2011

    Gediks girl dan Hazama

    Salam, hello boys dan gedik girls, how are you? sihat atau demam? kalau demam tu tak lain dan tak bukan demam AF9 la, tu pun bagi gediks girl yang fanatik sangat ngan Hazama.

    Demam AF9 rasanya dah habis kot, tapi masih ramai lagi gedik-gedik diluar sana yang sebok-sebok ngan abang Hazama kesayangan diorang tu. aku ni tak la layan af sangat tapi aritu ada la jugak tertengok Hazama nyanyi. best jugak suara dia. lepas daripada tu trus aku layan af9. tapi layan Hazama jela.



    Ni aku nak tanye you all ni, Hazama ni hensem ke? agak-agak you all sape lagi hensem? Farid kamil ke Hazama?... kenapa gediks girl ni macam fanatik sangat ngan Hazama? aku pelik doe.. maybe sebab suara dia best kot, tak pun sebab style dia ala-ala korean..

    Yang membuatkan aku terdetik, tergerak hati, terlintas di otak nak tulis entry pasal Hazama ni sebab ade la sorang minah a.k.a sweet gediks girl ni, suke sangat ngan Hazama sampaikan orang keliling dia pun dia wat donno je. tapi nasib baik la dia boleh control lagi kot. kalau tak...hurmmmm tak tahu la aku.

    Dari pemerhatian aku la, aku rasa Hazama ni ade darah-darah Jawa sikit kot sebab kurang cerah. tapi walaupun begitu peminat girl dia memang tip top la, berduyun doe.. jeles aku, aku punye fans pun takdelah sampai macam dia.(perasan)

    Ok la you all, aku dah takde idea nak tulis ape. actually entry ni aku dedicate pada gediks girl yang minat gile kat Hazama sampaikan siap bagi triple heart kat Hazama. hahaha... semoga cepat-cepat dia berjumpa Hazama untuk melepaskan rindu heart-heart dia tu.hahaha..

    p/s : walaupun Mr.Kay tak sehensem Hazama tapi dia bahagia sebab ade dot..dot..dot yang sangat the boom. nak tau ape? tanye la Mr.Kay sendiri OK.




    Khamis, 2 Jun 2011

    hey soul brother and soul sister

    Salam, hey soul brother and soul sister disana. huh..lama giler aku rasa tak menulis dalam blog aku ni, aku pun tak tau lah kenapa kan. nak kata sibuk tak jugak, nak kata malas tu pun tak jugak (alasan).

    Ok la soul brother dan soul sister yang membaca entry ni. untuk entry kali ni aku just nak story kat you all pasal penggunaan panggilan soul brother or soul sister ni.

    actually, perkataan ni sangat istimewa jika di perhalusi dengan lebih mendalam. hey soul sister, lagu yang best di dengar. lebih-lebih lagi kalau Hazama yang nyanyi. Lagi best daripada penyanyi asal dia band the train.

    bagi pendapat aku la kan kalau you all pangil kawan-kawan you all dengan panggilan soul brother atau soul sister maybe lebih better kot. sebab rasa macam best je bila orang pangil kita dengan panggilan macam tu. nampak sopan giler doe..


    aku rasa panggilan macam ni perlu diteruskan sebab boleh merapatkan lagi hubungan you all dengan kawan-kawan you all. Ok lah my soul brother and soul sister yang aku sayangi, sampai sini jelah aku tulis. nanti kalau ade pape aku nak bagi tau kat you all lagi, aku tulis dalam blog aku ni ye? you all jangan lupe update OK? bye.... mmmuah.



    (nah..ni gambar untuk my soul brother and soul sister semoga you all happy selalu)


    Jumaat, 27 Mei 2011

    Bahana Poker

    Salam, hari ni aku nak buat public announcement kat you all.
    Dalam hidup ni memang banyak perkara-perkara yang boleh melalaikan seseorang. boleh membuatkan seseorang tu tak tido seharian, boleh membuatkan seseorang tu tak lalu nak makan dan macam-macam lagi la.

    contoh terdekat yang aku boleh bagi tau adalah Games. game ni memang mengasyikkan sampaikan aku boleh tak tidur gara-gara main poker kat facebook.


    time dalam kelas punye la ngantok tapi bile ngadap poker tak pulak aku ngantuk, pelik dan hairan.
    nak-nak pula time duit tengah banyak dan kerap menang.

    agak-agak you all la kan, macam mana cara nak mengelak daripada permainan poker ni. sekali you all dah main confirm akan mengadap tiap-tiap hari. actually aku baru je berjinak-jinak ngan poker ni,tapi dia punye addicted mengalahkan addicted drug pulak. aku kena cari satu inisiatif untuk mengelakkan diri dari main poker. you all tolong la bagi idea sikit yer?

    yang paling tak boleh blah malam tadi aku main poker sampai jam 5 pagi, padahal pukul 8 pagi ade kelas, sempat lagi aku tidur 2 jam. mata bengkak giler doe....hummmmm addicted betul bendalah ni..

    Khamis, 26 Mei 2011

    why, kenapa, mengapa jadi Gay?

    salam, untuk entry kali ni aku ade beberapa keraguan la, kenapa + mengapa seseorang lelaki tu boleh menjadi gay?. Gay atau bahasa lainnya homoseksual adalah satu tabiat yang suke menghentam atau dihentam oleh golongan sejenis (lelaki).

    macam mana perkara begini boleh berlaku dan terjadi? aku ada beberapa sebab yang aku rasa mungkin la, ok aku ulang sekali lagi MUNGKIN menjadi sebab-sebab utama seseorang lelaki tu menjadi gay.


    antara yang paling utama yang aku rasa menjadi faktor kepada tercetusnya perasaan ingin menjadi gay tu adalah disebabkan :


    Putus cinta

    mungkin lelaki yang gay tu putus cinta, frust menonggeng sampai tertonggeng. yelakan dia punye la serius bercinta, last-last terkandas di tengah jalan. then pada masa yang sama datang pulak sorang kawan dia yang gay ni, terus dia rapat dan terikut-ikut jadi gay. apa yang aku tau dari pembacaan aku dari blog-blog orang lain, benda ni kalau dah try sekali confirm nak cuba 2,3 kali lagi. so you all jangan la dekati benda-benda macam ni


    Inginkan something new/Ingin mencuba

    Kebiasaannya manusia ni ada satu perasaan ingin tahu, ingin mencuba, dan akhirnya ternoda. maybe atau mungkin disebabkan perasaan ingin mencuba diorang tu telah membuatkan mereka terperangkap dalam gejala gay. huhh tak dapat aku bayangkan macam mana perasaan diorang masa mula-mula menceburkan diri dalam bidang gay ni.


    Environment dan komuniti

    kalau dah hidup dalam komuniti gay, nak tak nak confirm diorang ni akan terGay secara tak sengaja kot. tak tau la macam mana nak explain sebab ada jugak antara coursemate aku ni yang gay, syukurlah dia tak mengajak aku join the club (gay). sebaiknya you all cuba jauhkan la dari persekitaran yang macam tu. bukanlah aku cakap you all jangan kawan dengan gay, cuma you all jangan la rapat sangat, sampai mandi pun nak mandi sama-sama. pegi clas pun nak pegi sama-sama. nanti karang lain plak jadinya.


    thanks god la aku masih lagi lelaki straight dan suka memakai straight cut jeans. hopefully kawan-kawan aku diluar sana yang gay tak marah atau banned blog aku ni disebabkan entry aku ni. walaupun you all begitu you all tetap kawan. harap you all boleh berubah nanti.

    Ahad, 22 Mei 2011

    aku mahu pulang


    salam, you all ape kabar? aku harap you all semua sihat dan bahagia selalu..

    entry kali ni aku cuma nak luahkan ape yang terbuku dalam hati aku. aku selalu terfikir tentang kematian. Aku ni manusia biasa, tak lari dari melakukan kesilapan. samaada kesilapan yang aku sedar ataupun yang aku tidak sedar.

    aku sering terfikir bila aku akan mati?. cukupkah amalan aku untuk dibawa ke sana?. kadang aku juga terfikir apa yang aku cari sebenarnya dalam hidup aku ni?. semua tu tak pernah terjawab lagi setakat ni.

    dulu aku fikir aku mahu bahagia, berkeluarga, dan nak bersama-sama orang yang aku sayangi. tapi kini aku rasa aku dah tak perlukan semua tu, betulkah perasaan aku ni? ape sebenarnya yang aku mahu?.

    dulu aku rasa hidup ni panjang, perlukan kekuatan untuk menempuhi segala dugaan dan cabaran. tapi kini semua yang aku fikirkan tu dah tidak lagi aku fikirkan. aku mahu segera pulang bertemu dengan pencipta. aku mahu segera di hitung. semakin lama aku hidup, semakin banyak dosa yang aku buat. dari sekecil hingga ke sebesar-besarnya..

    aku harap sangat tuhan berikan aku petunjuk, nur dan hidayah supaya aku tetap di jalannya. aku dah tak sanggup hidup di dunia. aku mahu segera pulang ke pangkuanNYA tapi aku sedar amalan aku masih belum mencukupi. aku bingung, aku bingung dengan diri aku sendiri. aku berharap tuhan akan memberi petunjuk kepadaku, amin ya robbal alamin....


    Selasa, 17 Mei 2011

    Navy_HDR

    Salam, aku just nak share ngan you all gambar yang aku capture petang tadi.
    3layer gambar yang digabung menjadi HDR (high dinamic range)


    Navy 3_HDR2 by Khaidil Hamzah
    Navy 3_HDR2, a photo by Khaidil Hamzah on Flickr.



    Navy 6_HDR2 by Khaidil Hamzah
    Navy 6_HDR2, a photo by Khaidil Hamzah on Flickr.



    Kalau you all nak tengok gambar-gambar yang lain click je kt Khaidil hamzah tu. Then selongkar la flickr aku. tak la banyak mana pun gambar yang aku upload kat flickr tu. tapi ada la sikit sejak aku start guna camre.


    nice tumblr

    salam, hye you all..
    untuk entry kali ni aku nak share ngan you all antara tumblr yang aku suka.
    sebab aku suka thats why la aku kena share ngan you all.hehe..

    hari ni aku bosan sangat, tak tahu nak buat ape, then takde plak idea untuk tulis apa dalam blog aku ni. so aku share jela tumblr ni ngan you all boleh kan?

    (tell me that you love me more)

    (simple dan cute)

    (just wait for the sunshine)

    (1 + 4 + 3 = i love you)

    (rindu masa zaman kanak-kanak)

    (you capture my heart)

    (i still love you)

    (saya ada untuk kamu selamanya)

    (theres only i love you)

    (love is lo love, peace..)


    best kan tengok tumblr ni? sangat kiut untuk orang yang bercouple, tapi untuk aku suke tengok gitu-gitu je sebab takde couple.


    Ahad, 15 Mei 2011

    Kau kata


    Dulu kau penah kata yang kau takkan tinggalkan aku
    tapi ternyata kau tinggalkan aku

    Dulu kau kata akan menerima aku seadanya
    tapi ternyata kau tidak menerima kekurangan aku

    Dulu kau kata cinta kau hanya untuk aku
    tapi ternyata cinta kau bukan untuk aku

    Dulu kau sudah berjanji takkan lafazkan kata perpisahan
    tapi ternyata kau memisahkan hubungan kita

    Dulu kau kata kau sayangkan aku
    tapi ternyata kau tidak lagi menyayangi aku

    Dulu kau kata ingin hidup bersama aku
    tapi ternyata kau pergi meninggalkan aku sendiri


    Dalam kenangan 24 April. takkan penah luput dari ingatan aku selagi aku masih waras dan jika masih ada roh dalam jasadku. takkan lupa kata-kata kau pada hari itu.