Iklan

Sabtu, 14 Mei 2011

urghhhh.. semester pendek

Salam, hello boys and girls yang sudi membaca blog aku ni. entry kali ni aku nak share ngan you all tentang semester pendek yang aku ambik sekarang.

sekarang ni dah masuk holiday time untuk semua student IPT tapi aku masih lagi stay dekat UMS ni sebab ada short sem a.k.a semester pendek. sekarang ni UMS rasa sunyi je.

kuliah akan bermula pada 16 Mei ni dan akan berakhir pada 8 julai. lepas daripada tu student semua boleh la balik ke kampung masing-masing.

sebenarnya aku ade cerita nak share ngan you all, pasal sem pendek tu main point je. you nak tau tak, baru-baru ni aku ade la ambik gamba kat area UMS ni sebab bosan tahap gaban. time tu datang plak kawan aku yang giler photo ni nama dia KUZA. so aku pun layan jela dia. dah la tengah-tengah malam plak tu. dalam pukul 1 jugak la.

Masjid UMS

pegi ambik gambar kat dewan canselor, canselori dan masjid UMS. selepas beberapa jam photo hunting tu aku dapat la apa yang aku nak. dan aku pun share la ngan you all kat blog aku ni. gambar simple je pun sebab aku ni budak-budak baru belajar, kalau salah tolong la jolokkan.hahhaahha...

suka aku tengok gambar ni rasa tenang je. ermmmm untuk photo ni aku buat HDR (high dinamic range) sebab tu kaler gambar ni jadi camtu. aku buat tiga layer iaitu low exposure, normal exposure dan high exposure. untuk normal exposure aku guna bulb sebab tu kalau you all tengok pada gambar tu kelihatan awan tu bergerak.

pape pun masih banyak lagi yang aku perlu belajar. tapi aku ni jenis malas sikit nak explore. tak macam kawan aku sorang tu, rajin gile. sekarang ni gambar-gambar dia lagi superb dari gambar aku sedangkan dia baru je lagi.

p/s : practise make perfect, all the best untuk semua student yang ambik short sem.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bangga eh..??hahahhaa

Raden berkata...

short cos..haha..repeat leeetteewww..hahaha
gud luck! study bebetul taw!