Iklan

Selasa, 26 April 2011

Gagal dalam bercinta


Tentu korang penah merasakan sakitnya akibat putus cinta kan?

Tambahan lagi dalam minggu-minggu peperiksaan. Itulah yang aku alami sekarang.

Lusa aku dah nak exam tapi benda ni berlaku, aku betul-betul kecewa dan sedih ngan ape yang berlaku sekarang.

Aku bukan nak mintak simpati korang, Cuma aku ingin luahkan. Aku tak tau nak luahkan kat sape. Jadi aku tulis la kat blog aku ni.

Sememangnya putus cinta ni satu tragedi yang sangat menyakitkan, aku tak tahu apakah punca dan sebab dia memutuskan hubungan kami. Dia cakap yang selama ni dia hanya bermimpi dan sekarang dia sudah keluar dari mimpi.





Aku masih ingat lagi dah tiga kali dia cuba memutuskan hubungan kami, tapi aku masih boleh bertahan. Aku cuba bertahan walau pada hakikatnya aku sendiri yang merana dengan sikapnya.

“kenapa awk tak pernah sedar semua itu?”

Aku sibuk dengan tugasan yang sangat memeningkan kepala otak aku ni tambahan lagi lusa aku dah exam, aku betul-betul rasa tertekan sekarang. Ingin saja aku terjun ke tasik, tapi jika aku buat semua tu apalah nasib keluargaku? Mereka tentu akan sedih dengan perbuatan aku tu.

Aku masih teringat lagi masej yang dihantar kepadaku memang aku takkan lupa sampai bila-bila

Ok, Muhammad Khaidil…

Saya No****ra Sa***ri..

Ingin memutuskan..

Hubungan..

Kita..


Arghhhhhhh!!! Aku rasa tak percaya dengan mesej tu dan aku cuba menelefon tapi tak diangkat, aku menghantar mesej kepada dia dan bertanya “kenape ngan awk ni?” jawapannya “saya serius ingin memutuskan hubungan kita” apalah malangnye nasib aku hari tu. Apalah dosa yang aku dah buat.

Mungkin ini semua balasan yang harus aku tanggung kerana telah merampas kekasih orang. Pada Mr.A aku mintak maaf sangat-sangat ngan kau. Kau tak tahu apa-apa pun pasal ni. Kau tak tahu pun orang yang kau cinta tu dah menduakan kau. Senang dia menerima aku sebagai SBF dia dan senang juga dia membuang aku. Inilah balasan yang memang patut aku terima. Sedangkan dengan Mr.A dia sanggup buat macam tu, tak mustahil dengan aku pun dia boleh buat.

Apa yang aku belajar ialah "senang dia menerima kita, maka senang jugalah dia akan membuang kita"

Aku Cuma berharap dia akan sentiasa bahagia dengan orang yang dia cinta dan berhentilah mempermainkan perasaan orang dan berhentilah menduakan orang yang mencintai diri awk. Salam sayang dari saya Mr.Kay



p/s: Cintailah orang yang mencintai diri kita, hargailah orang yang mencintai kita.



theotherkay.blogspot.com ©

15 ulasan:

perawan suci berkata...

sabar la nak

Tanpa Nama berkata...

kesian kau

REVOLUSI PEMBEBASAN berkata...

sabar la jek...bagitau mane popuan yg kasi buat kau mcm 2..biar aku kasi kikir gigi dia..ahahha

izati zaibi berkata...

im going trough this thing too.putus cinta memang sucks tpi xbermakna hidup akan berhenti.all the best for ur exams :)

nursaiyidah md yusof berkata...

ingat 1, jika dia pergi untuk yg terbaik bg nya, ada lagi org yg terbaik untuk kau. |||

Ann berkata...

ginilah kojek....kadang2 kita nampak cantik diluar..tapi bkarat dalamnya...ko fikirlah,mungkin cara ko "opening' pon da xbetolll....lek waaaa.....akan ada yg baik tu datang...

anis aniesa berkata...

sabar..=)

Unknown berkata...

~focus on ur exam...goodluck

Jue berkata...

alahai..umur muda ag...ke depan nanti bermacam-macam gurl lagi awk akan jumpa k..

chayok2..yg pntg now..ur exam...gud luck ok!!!

Tanpa Nama berkata...

da tau nak exam tak payah bercinta2 monyet..huuu


chill ok ;)

Mr.Kay berkata...

thanks you all...i really appeciate that.

Azira rahman berkata...

sabar ye awak...
die bukan jodoh awak tu...

Tanpa Nama berkata...

from MISS AMB

terima lah perpisahan itu dgn redha..dan janganlah mencari kesilapan atau kesalahan psgan..tetapi fikirkanlah ttg kesilapan dan keslahan yg kita pnah buat smsa bcinta dgn c dia sama ada dgn sedar atau pun x sedar..ssesungguhnya Tuhan memberi kita masa dan ruang utk muhasabah diri dan memperbaiki diri..dan ingatlah, apabila kita sudah berubah kpd kebaikan, Tuhan akn memberikan kita psgan YANG LEBIH BAIK dr yg sblum ini.. :)

Tanpa Nama berkata...

sakitkan bila di kecewakan kan?
sakitkan bila orang yang kita sayang gila memutuskan hubungan kan??
dan lagi sakit bila perkataan PUTUS di dengar dari telinga kitakan?...
apa yang boleh dikatakan..dia bt terbaik untuk mr.kay..
mybe ada yang lebih baik menunggu..
cuma satu je pesan, jangan tunjukkan yang kamu lemah di hadapan dia...dia lagi akan bangga k...
anyway...good lucky...

Tanpa Nama berkata...

just gogling and i found this entry. im so touch. u need to believe there are someone better outside. believe in Allah. believe in Fate that Allah give to you.

btw, ni entry lama kan. mesti dah jumpa someone new? ;)