Iklan

Isnin, 21 Februari 2022

Hidup ini

hiduplah kita untuk memberi manfaat kepada orang lain, jika kita tidak mampu memberi manfaat kepada orang lain sekalipun, janganlah kita hidup menyusahkan orang lain.

Dan Ingatlah, jangan pernah menghilangkan kebaikan seseorang meskipun kita tidak sehaluan dan tidak sejalan. Ada hikmahnya kita semua diuji dengan pelbagai ragam manusia untuk kita menjadi lebih matang bahkan juga memberikan peluang untuk kita mendapatkan suatu nilai kemanusiaan serta menjadi peribadi yang lebih baik
                                                                                                                                                                                                                21/2/2022 : Pasar Seni

Sabtu, 6 Februari 2016

Isnin, 25 Julai 2011

Malaysia VS Singapore

Malaysia Lawan Singapore pada 28 Julai ni di Stadium Bukit Jalil.

Jom kita pegi tengok ramai-ramai.

berikan sokongan anda yang tidak berbelah bagi tu pada pasukan bola sepak negara kita.

Walaupun pada pusingan pertama kita dah kalah 5-3. tapi aku yakin pasukan bola sepak kita dapat memberikan yang terbaik pada perlawanan di Stadium Bukit Jalil nanti.

"Gomo Malaysia gomo.."


Jumaat, 15 Julai 2011

cMajor aspek yang penting untuk melangkah ke Universiti


Salam, hello guys.. macam mana dengan korang punya semester break? harap-harap diisikan dengan perkara yang berfaedah la.

Tak lama lagi akan buka new semester dan start sekarang dah ramai orang bercakap "eh,kau dapat U mana ek?".. "nanti kat sana kita stay sama-sama ek?"... "eh, jom pegi shopping sikit, tak lama lagi nak masuk U dah" peh-liss......

excited gile korang ni bila dapat berita gembira kan? tak kesah la korang nak gembira ke ape, asalkan korang jangan overdose dah la ye adik-adik.

Tapi ada jugak diantara mereka yang sedih. sebabnya dapat UMS dan UNIMAS. euww.. bukannya jauh pun dalam Malaysia jugak. apela yang nak disedihkan. bukannya pergi berperang pun. be cool and steady jela mcm Mr.Kay ni....

(ni gambar senior aku yang dah konvo 2 tahun lepas)

Sebelum korang bergerak ke tempat korang nak sambung study tu. korang mestilah bersedia dari segala aspek, dan juga mempunyai kriteria seperti berikut :-

A) hati yang keras dan semangat yang kental = sebabnya seminggu time korang kena orientasi tu confirm rasa rindu pada bantal bucuk dan masakkan mak korang akan bermain-main di ingatan korang..

B) Fizikal yang sudah bersedia = kebiasaannya time orientasi korang akan kena ragging.tapi taklah teruk sangt kot. paling-paling pun kena balik ke kolej kediaman daripada dewan Canselor yang jauhnya lebih kurang setengah batu, tidur yang confirm tak cukup sebab banyak sangat aktiviti yang PSM akan buat time tu dan jugak maybe makanan yang kurang menyedapkan. tambahan lagi makanan dari cafe.pehhhh....

C) Perangai yang sopan = first year selalunya tak banyak buat kes la kott, masuk tahun kedua baru nak tunjuk belang sikit. itu normal.. tapi jangan la ada yang masuk-masuk je terus berkelakuan macam ayam hutan yang baru keluar dari jamban. tak sedap pulak mata abang2 dan akak2 melihatnya nanti.

All the best pada semua adik-adik yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT, pada yang tak dapat tu jangan la sedih-sedih. maybe ada perkara yang terbaik dan lebih baik sedang menunggu anda. sabar, usaha dan tawakal sajalah yer.

tak lama lepas tu confirm cara dressup korang berubah. hahaha...wait and see...

impian setiap orang yang sambung study adalah untuk menamatkan pelajaran dan mendapat keputusan yang baik kan? so work hard for it.. jangan shock sampai lupa semuanya OK

p/s : sejak dari first Mr.Kay sambung study, sampai sekarang tak penah dapat 4 flat lagi.. grrrr!!



Jumaat, 8 Julai 2011

Terbang balik


Salam, hye semua pembaca blog Mr.Kay

Tak lama lagi aku nak balik ke semenanjung, bercuti selama dua bulan. dalam 2, 3 hari lagi aku akan balik. Seperti biasa, aku tak la excited sangat nak balik semenanjung ni, rasa macam biasa-biasa jer kot. nothing special yang akan berlaku kott..


Rasa macam sama jer balik atau tak balik pun. tapi kalau balik boleh la jugak dapat rileks-rileks sikit. nak rileks lebih-lebih tak boleh la kott. sebab aku kena siapkan Thesis. Semester hadapan adalah semester terakhir aku di Sabah. then lepas tu aku akan practikal di sebuah syarikat perfileman yang aku rasa cukup kuat jugak la di Malaysia ni.

So balik ni aku perlu pegi buat tinjauan dan survey sikit kat Cyberjaya. dan disamping tu aku perlu siapkan proposal untuk Thesis aku. Awal semester hadapan aku kena bentangkan proposal untuk Thesis aku tu. Thesis tu membuatkan aku bertambah serabut..

Aku balik cuti serupa aku tak balik je kott, cuma bezanya balik nanti boleh makan FREE jela..

Uhhhhh.... banyaknya perkara yang perlu diSettlekan time cuti dua bulan ni. buka je semester depan bukan saja aku kena fikir pasal untuk Thesis malah aku kena rush uruskan Minggu Suai Mesra untuk bakal-bakal junior aku yang akan masuk tak lama lagi.

Tiga tahun aku study di Sabah ni aku rasa kejap je. banyak betul aktiviti yang aku join sampaikan makan pun kadang-kadang tak sempat kott. Thats why la aku ni agak kurus. ahahaha...

p/s : Mr.Kay balik sorang-sorang nanti, confirm bosan. tapi dah biasa balik sorang-sorang. PSP teman terbaik dalam flight nanti.