Iklan

Jumaat, 15 Julai 2011

cMajor aspek yang penting untuk melangkah ke Universiti


Salam, hello guys.. macam mana dengan korang punya semester break? harap-harap diisikan dengan perkara yang berfaedah la.

Tak lama lagi akan buka new semester dan start sekarang dah ramai orang bercakap "eh,kau dapat U mana ek?".. "nanti kat sana kita stay sama-sama ek?"... "eh, jom pegi shopping sikit, tak lama lagi nak masuk U dah" peh-liss......

excited gile korang ni bila dapat berita gembira kan? tak kesah la korang nak gembira ke ape, asalkan korang jangan overdose dah la ye adik-adik.

Tapi ada jugak diantara mereka yang sedih. sebabnya dapat UMS dan UNIMAS. euww.. bukannya jauh pun dalam Malaysia jugak. apela yang nak disedihkan. bukannya pergi berperang pun. be cool and steady jela mcm Mr.Kay ni....

(ni gambar senior aku yang dah konvo 2 tahun lepas)

Sebelum korang bergerak ke tempat korang nak sambung study tu. korang mestilah bersedia dari segala aspek, dan juga mempunyai kriteria seperti berikut :-

A) hati yang keras dan semangat yang kental = sebabnya seminggu time korang kena orientasi tu confirm rasa rindu pada bantal bucuk dan masakkan mak korang akan bermain-main di ingatan korang..

B) Fizikal yang sudah bersedia = kebiasaannya time orientasi korang akan kena ragging.tapi taklah teruk sangt kot. paling-paling pun kena balik ke kolej kediaman daripada dewan Canselor yang jauhnya lebih kurang setengah batu, tidur yang confirm tak cukup sebab banyak sangat aktiviti yang PSM akan buat time tu dan jugak maybe makanan yang kurang menyedapkan. tambahan lagi makanan dari cafe.pehhhh....

C) Perangai yang sopan = first year selalunya tak banyak buat kes la kott, masuk tahun kedua baru nak tunjuk belang sikit. itu normal.. tapi jangan la ada yang masuk-masuk je terus berkelakuan macam ayam hutan yang baru keluar dari jamban. tak sedap pulak mata abang2 dan akak2 melihatnya nanti.

All the best pada semua adik-adik yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT, pada yang tak dapat tu jangan la sedih-sedih. maybe ada perkara yang terbaik dan lebih baik sedang menunggu anda. sabar, usaha dan tawakal sajalah yer.

tak lama lepas tu confirm cara dressup korang berubah. hahaha...wait and see...

impian setiap orang yang sambung study adalah untuk menamatkan pelajaran dan mendapat keputusan yang baik kan? so work hard for it.. jangan shock sampai lupa semuanya OK

p/s : sejak dari first Mr.Kay sambung study, sampai sekarang tak penah dapat 4 flat lagi.. grrrr!!



2 ulasan:

D berkata...

uwaa.sy dapat ums ! hahaha.

sipenjualbungakemboja berkata...

alaaaa~escape jak orentasi tu.xda hal laaa..hekhek