salam, you all ape kabar? aku harap you all semua sihat dan bahagia selalu..
entry kali ni aku cuma nak luahkan ape yang terbuku dalam hati aku. aku selalu terfikir tentang kematian. Aku ni manusia biasa, tak lari dari melakukan kesilapan. samaada kesilapan yang aku sedar ataupun yang aku tidak sedar.
aku sering terfikir bila aku akan mati?. cukupkah amalan aku untuk dibawa ke sana?. kadang aku juga terfikir apa yang aku cari sebenarnya dalam hidup aku ni?. semua tu tak pernah terjawab lagi setakat ni.
dulu aku fikir aku mahu bahagia, berkeluarga, dan nak bersama-sama orang yang aku sayangi. tapi kini aku rasa aku dah tak perlukan semua tu, betulkah perasaan aku ni? ape sebenarnya yang aku mahu?.
dulu aku rasa hidup ni panjang, perlukan kekuatan untuk menempuhi segala dugaan dan cabaran. tapi kini semua yang aku fikirkan tu dah tidak lagi aku fikirkan. aku mahu segera pulang bertemu dengan pencipta. aku mahu segera di hitung. semakin lama aku hidup, semakin banyak dosa yang aku buat. dari sekecil hingga ke sebesar-besarnya..
aku harap sangat tuhan berikan aku petunjuk, nur dan hidayah supaya aku tetap di jalannya. aku dah tak sanggup hidup di dunia. aku mahu segera pulang ke pangkuanNYA tapi aku sedar amalan aku masih belum mencukupi. aku bingung, aku bingung dengan diri aku sendiri. aku berharap tuhan akan memberi petunjuk kepadaku, amin ya robbal alamin....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan