Iklan

Jumaat, 27 Mei 2011

Bahana Poker

Salam, hari ni aku nak buat public announcement kat you all.
Dalam hidup ni memang banyak perkara-perkara yang boleh melalaikan seseorang. boleh membuatkan seseorang tu tak tido seharian, boleh membuatkan seseorang tu tak lalu nak makan dan macam-macam lagi la.

contoh terdekat yang aku boleh bagi tau adalah Games. game ni memang mengasyikkan sampaikan aku boleh tak tidur gara-gara main poker kat facebook.


time dalam kelas punye la ngantok tapi bile ngadap poker tak pulak aku ngantuk, pelik dan hairan.
nak-nak pula time duit tengah banyak dan kerap menang.

agak-agak you all la kan, macam mana cara nak mengelak daripada permainan poker ni. sekali you all dah main confirm akan mengadap tiap-tiap hari. actually aku baru je berjinak-jinak ngan poker ni,tapi dia punye addicted mengalahkan addicted drug pulak. aku kena cari satu inisiatif untuk mengelakkan diri dari main poker. you all tolong la bagi idea sikit yer?

yang paling tak boleh blah malam tadi aku main poker sampai jam 5 pagi, padahal pukul 8 pagi ade kelas, sempat lagi aku tidur 2 jam. mata bengkak giler doe....hummmmm addicted betul bendalah ni..