Iklan

Ahad, 12 Jun 2011

Review KL Gangster

Salam, hello semua pembaca blog Mr.Kay, ape macam, ada Ok ke?

Korang semua dah tengok filem KL Gangster?. kalau belum better you all pegi tengok cepat dekat cinema yang berhampiran. Sebab aku suggest filem tu adalah kerana filem tu sangat best giler. rugi kalau you all tak tengok. time aku pegi tengok pun full booking, nasib baik dah beli awal-awal.


Rakyat Malaysia sekarang dahagakan filem-filem aksi yang macam ni la. bagi aku filem ni sangat menarik dan penuh dengan aksi cuma ada la sedikit kecacatan dalam filem ni jika diteliti dengan betul. tapi takdelah sampai mencacatkan plot cerita filem ni. so far OK.

Kalau aku perhatikan betul-betul, macam ada satu persaingan antara dua buah production house iaitu Skop production dan Metrowealth Pictures yang mana kedua-dua buah production house ni mengeluarkan satu produk yang hampir sama iaitu filem KL Gangster dan Kongsi. Tema kedua-dua buah filem ni adalah berkaitan dengan kongsi gelap Malaysia. Takpelah kalau dua-dua production house ni nak bersaing pun, ianya akan menambahkan lagi kualiti bagi filem-filem mereka sebab ada persaingan. tapi dari pemerhatian yang aku dah buat filem keluaran Metrowealth lebih kepada komedi walaupun isi cerita pada asalnya adalah sebuah filem serius, berbeza pula dengan filem keluaran Skop production yang aku rasa cukup gula dan garamnya dimana filem seriusnya diselitkan dengan sedikit komedi dan keaslian ceritanya dapat di kekalkan.


Ok, berbalik pada filem KL Gangster la, sebab tujuan utama aku tulis blog kali ni nak membincangkan tentang filem ni. Bagi aku watak-watak yang memainkan peranan dalam filem ni sangat baik dan pengarahnya iaitu saudara Syamsul Yusof berjaya menghidupkan filem KL Gangster ni melalui pemilihan watak yang baik, Syabas aku ucapkan kepada pengarah muda ni. First impression aku time tengok poster filem KL Gangster ni sebelum filem ni keluar, aku sangkakan filem ni seakan-akan sama seperti filem Evolusi KL drift yang bagi aku sangat membosankan dan tidak seberapa kualitinya. Tapi selepas aku menonton filem KL Gangster ni pandangan aku merosot sama sekali, kerana filem ini aku rasakan sangat berjaya menarik minat penonton dan membuatkan penonton terpaku dari mula filem ini ditanyangkan sehinggalah filem ni habis. aku sedar-sedar je filem ni dah habis. itu maknanya filem ni berjaya la.


Filem KL Gangster ni menceritakan tentang penyesalan seorang Abang (Malik) yang dilakonkan oleh Aaron Aziz yang gagal menjaga keluarganya sehingga adik-adiknya turut hancur dengan arus perkembangan dunia kota yang sangat mencabar. Ditambahkan lagi dengan watak jahat iaitu Shark lakonan pengarah filem sendiri yang membuatkan filem ini sangat menarik. tidak dilupakan juga watak komedi yang dilakonkan oleh Zizan yang menjadi Abang Long Dil a.k.a Ayahnda dan panggilan yang sewaktu dengannya. Walaupun dari segi penggunaan bahasa yang digunakan dalam filem ini agak kasar, tetapi ianya berjaya menghidupkan filem ini dengan bahasa-bahasa filem ini yang sehinggakan penonton terbawa-bawa hingga ke luar cinema.

Tahniah dan syabas sekali lagi kepada pengarah muda yang berbakat iaitu saudara Syamsul Yusof kerana telah berjaya menarik hati penonton filem malaysia dengan karya yang baik dan kreatif.

p/s : Mr.Kay dah tengok filem ni, korang bila lagi?


3 ulasan:

Unknown berkata...

tak tgk lagi,mane aci!

Mr.Kay berkata...

aci ada kt rumah,pegi la jenguk dia...hehe

Raden berkata...

shark itu gua punya!!!!!!!!!!!!