Iklan

Isnin, 11 April 2011

The cute Anith Aqilah






Gadis cute dan cantik molek Anith Aqilah atau full namenye Anith Aqilah Sulaiman Lim ni kalau you all nak tau, dia ni salah seorang bekas peserta ONE IN A MILLION (OIAM). She is a pretty girl right?. Sekarang ni dia semakin popular dengan lakonannya dalam drama KAU DAN AKU yang ditayangkan di Astro Ria. Lagi yang aku tau tentang dia, dia ni kalau you all nak tau baru je berumur 19 Tahun..perhhh adik-adik lagi ni dowhh. tapi bakatnya dalam bidang seni memang hebat la. Dulu aku selalu jugak la tengok dia ni di TV tapi sekarang dah malas nak layan drama-drama ni disebabkan aku sekarang dah semakin busy ngan kerja-kerja, tapi aku tau, dia masih lagi berlakon dalam drama KAU DAN AKU.. oy yeah, kalau korang nak tengok official blog Anith Aqilah ni korang boleh la tengok blog dia kat http://anith-aqilah.blogspot.com/. Okey dia ni memang la cun kan, tapi pada boboy2 yang single-single tu jangan harap la korang nak ngorat dia ni sebabnya dia ni dah ade pakwe. Pakwe dia stylo la jugak macam aku ni.ahahaha... akhir kata dari aku, semoga dia berjaya dalam bidang lakonan.. sebelum tu aku tinggalkan korang ngan video clip OST KAU DAN AKU ni.. enjoy.!!!




Kembara puisi



10 April 2011. aku dan coursemate2 aku termasuk lecturer terbaik zaman ini telah berjaya menjejakkan kaki ke Simpang Mengayau, Kudat, Sabah. kalau bagi aku dah kali ke-3 dah aku pegi sana kalo x silap ar kan.. kat sana kitorang buat BBQ sket. memang haipening la (happening). Yang paling best time pagi nak bertolak tu, boleh-boleh plak kena tinggal ngan bas UMS angkara pemandunye yang naik hot sebab ade antara kitorang ni yang lambat bersiap (makeup lebih sangat kot cik kak). Tapi nasib baiklah dengan kebijaksanaan En. Shuhaimi bas tersebut telah mengona balik dan menjumput the Datins naik dengan penuh keikhlasan seyhh. oh yeah, before that aku nak memperkenalkan lecturer terbaik zaman ini yang aku maksudkan tu adalah En.Shuhaimi lorhh. kalau you all nak tengok gamba dia ni hah kat bawah ni, dia bersama anaknye. cute beb jatuh hati aku pandang pertama aku tengok anak dia. sudah la cute manje lagi...

penat beb pegi sana..walaupun penat tapi berbaloi la sebab dapat tengok pemandangan yang sungguh beautipool kat sana. memang sesuai la bagi photographer yang minat menembak gambar-gambar landskap sebab kat sana bukan saje pemandangannye cantik tapi udara pun fresh. boleh mendatangkan ilham untuk berkarya. oy yeah crite sket la ape yang kitorang makan kat sana, kan tadi aku cakap kitorang buat BBQ, so the lauks is ayam, daging, udang, sotong and the most popular food untuk gegirl which is sosej. semua barangan tersebut dibeli kat Pasar Filiphin K.K (Kota Kinabalu). after aku, budi, husni, jaha dan zairul beli kitorang dengan penuh rasa bertanggung jawab telah memproses untuk memerap semua lauks-lauks mentah tadi until jam 2pagi baru la semuanye siap..lengguh tangan aku main ngan sotong.terus lembut tangan aku dibuatnye.





Ni salah sorang kawan aku yang terlampau excited time sampai kat sini sampai panjat atas globe ni. aduhhh YAP bawak-bawak la bertaubat, tua sudah kau tu geng. maybe itu cara dia expresikan kegembiraan dia kan? so let go jela.kalau anak aku wat prangai macam tu dah lame aku blanje dia makan Pizza. nasib baik la bukan anak aku. YAP ni memang gila-gila sikit perangainye,tapi yang penting ensem la sikit dari aku.




Ni lah antara muka-muka gembira coursemate aku. seronoknye korang yer?? hurmmm korang tak payah la cari mana satu aku kat dalam gambar tu sebab gambar ni aku yang capture, sebab tu la takde muke aku. Tepat jam 5 petang kitorang pun bersiap untuk balik semula ke UMS terchenta. Sampai UMS around jam 8 malam. tengok muka semua muka penat gile bab. kesian kesian... and the last but not least aku harap program macam ni dapat dibuat lagi pada semester akan datang. kalau boleh pegi la Serawak plak pasni yer? Ok lah sampai sini je aku type untuk post ni. nanti kalau ade berita-berita gempak yang aku nak share ngan korang lagi wahai pembaca blog Mr.Kay aku akan tulis lagi OK? salam.





Jumaat, 8 April 2011

Tangis alam




Dulu alam ini cantik dan permai
menjadi tempat manusia menumpang nasib
membanting tulang empat kerat
menumpang sedikit rezeki dari isinya
demi sisa hidup di kemudian pagi.

Dulu alam ini cantik dan permai
Tapi kerana manusia laknat
Kerana tangan kasar yang menconteng
Semua punah ranah
Hanya sisa akar dan tunggul buruk
Tempat bersarang si anai-anai dan semut merah.

Dulu alam ini cantik dan permai
Tapi pemodenan merubah coraknya
Menjunjung yang bukan hak
Mengejar sesuatu yang bukan kehendak
Tapi merubah atas dasar hak sejagat.

Ahad, 27 Mac 2011

Malam Yang Memedihkan



Malam yang memedihkan....
Bukan sebab mata aku pedih
tapi disebabkan aku tidak boleh menutup mata walaupun seketika
berbagai cara telah aku lakukan

main game?? No...

layan FB?? Bosann..

Tengok TV?? Xde pun crita best..

Smoking?? dah beberape batang rokok dah aku kunyah..

Last-last aku layan mp3 lagu Vandicated (dashboard confessional)
best plak lagu ni, kalau x silap lagu ni OST Spiderman 2.
Syok ar lagu ni beb,xtau nape.
membuatkan aku teringatkan diJaman-jaman kegemilanganku
time duk kat skolah teknik SETAPAK yang gemppp..
skolah tu gempp gile,syok study kat sane.

aku tengok si JAHA (roomate aku) tgh syok2 jer tido.kin panas aku tengok
pesai mate aku xleh tido ni wehhh???
cecite sket nape xleh tido ni???
cecite,ayat dalam filem hantu mak limah.
suke btui koi tengok crite tu.lawak gile dowhh...

owh ye, sebelum tu nak kongsi sket ngn pembaca blog huduh aku ni..
aku ade SGF sekarang..ehehehe...
nama dia NORAMERA SAMSURI..
i lap u dear

kalau masuk pasaraya ngan dia aku tau dah mane tempat pertama dia akan tuju
confirm dia akan pegi ke part sabun...
apekeheinye la awok ni cayang kenan sangat main sabun??...
dia cakap dia suke membasuh..
x macam aku ni basuh baju pun seminggu sekali je
pakai mesin lagi tu.
memang btoi2 pelameh la aku ni
tapi xpela.yang penting ade orang sayang kat aku
boleh jage aku..
nanti suruh je dia basuhkan baju.eheheheh...

di malam yang memedihkan ini
aku mintak maap ngan korang wahai pembaca blog aku yg huduh ni
sebab mengarut terlalu banyak...
bosan dowhhh tu pasai la aku duk ngarut dalam blog ni..
nak buat assignment tapi ilham belum ade..
JASMAN BANDAR cakap kalau nak buat assignment kene tunggu ada mood
sebab orang sastra macam aku ni kena gunakan bahasa yang tinggi...
dah la te..koi rase nak ngarut sampai sini je

SALAM 1MALAYSIA semua pembaca blog skalian.

Sabtu, 19 Mac 2011

Merokok boleh menghilangkan stress



rokok ada kebaikan eh?
ada ka xda? hehe.
kali nie nak buat entri pasal 'sendiri punya hal' lagi
terus terang saya juga seorang perokok
TAPI! saya merokok kalau ada rokok sahaja
kalau xda rokok xda la asap-asap. hehe.
akuh xla sampai nak pinjam duit semata-mata nak beli rokok
tidak tidak ..

apa-apa hal, kepada readers perokok yang tengah baca dan tidak setuju
dengan pendapat saya, saya minta maaf banyak-banyak
dan kepada reader yang bukan perokok jika tersinggung dalam entri saya ini
saya juga minta maaf banyak-banyak sebab ini adalahpendapat saya secara peribadi
yang saya sendiri alami dan rasai (:

oke soalan!?

bila dan kenapa kamu merokok?
time tingkatan dua, ada beberapa kawan sekelas saya yang merokok
hebat juga tengok dorang merokok masa habis sekolah.
then tingkatan tiga mula dah la bermain dengan asap rokok nie. hehe.
dipendekkan cerita, bagi akuh terserlah lah lagi kejantanan lelaki itu jika merokok (:

kebaikan rokok kepada kamu?
kebaikan yer? rasanya banyak.
first, akuh pernah menjadi student d kolej komuniti tawau
paham jer la klu siswa nie banyak tugasan.

secara peribadi kalau buat tugasan tanpa rokok nie otak CONFIRM buntu!
jika otak buntu hati pun xtenang kan? so? saya merokok.
dengan merokok boleh tenangkan otak sikit
jika otak tenang idea sedikit sebanyak akan datang.

second, saya pernah jalankan latihan industri di sebuah sekolah di Tawau, sabah.
duduk di opis, sejuk beb
setiap kali sejuk badan sudah mencapai tahap gaban
saya keluar untuk merokok
bila akuh merokok nie suhu badan agak stabil sedikit
diri terasa panas so kurang dah la gigil-gigil tu.

sama keadaan kalau hujan, mesti sejuk kan?
rokok juga lah jadi hero time tu. hehe.

you all tanya kawan-kawan anda yang perokok
jika berada di tempat sejuk atau tengah buat tugasan (siswa) dengan ketiadaan rokok apa perasaan diorang?
cuba tanya
ce cite ce cite .. hehe.

secara peribadinya laa readers
merokok boleh mengurangkan stress, menghilangkan bosan dan memanaskan diri (:

kenapa mesti merokok selepas makan?
haha! aktivti kegemaran nie.
bagi perokok atau saya sendiri lepas makan kerongkong nie mual sedikit
seakan-akan dalam leher nie ada cecair yang agak lekit di situ. hehe.
jadi dengan merokok akan mengembalikan keselesaan kerongkong dengan nikmatnya. hehe.

sudah laa. hehe.
akuh mau bagitau la sedikit nie
bukan semua tapi segelintir manusia bukan perokok nie
jangan lah pandang hina dengan kami nie (perokoks)

ada yang cakap kami merokok nie memendekkan lagi jangka hayat
yah memang saya tidak nafikan
tapi ajal maut di tangan Tuhan.
ada juga orang yang macho bukan perokok meninggal muda kan?? (confirm tak boleh dinafikan)

kalau tengah-tengah lepak tu ada kawan merokok
akuh paham you all(bukan perokok) pasti xselesa dengan asap rokok tu kan?
senang jer caranya, suruh kawan anda yang merokok tu pergi merokok jauh-jauh. hehe!

dengan bangganya saya menyatakan di sini
lebih baik ambil rokok daripada ambil dadah.

Antara tangan,chopstick dan babi



tangan;aku bersih

aku tak pegang babi

chopsticks pegang babi

aku tak salah

salah chopstick pegang babi.

aku tak buat dosa

chopsticks yang dosa

dia yang sentuh babi.

chopsticks; aku tak salah

tangan yang pegang aku

dia yang gerak aku

untuk pegang babi.

tangan paksa aku

jadi aku kena salah.

salahkah aku pegang babi?

babi;kenapa aku yang kena maki

teruk sangatkah aku ni

sampai orang keji aku sampai mati

apa nak jadi dengan nasib babi.

kalau orang makan babi

apa maksudnya?

orang itu lebih teruk dari babi

pakai tangan lagi nak gigit daging babi.

tangan; aku tak kisah

siapa makan babi

janji tangan ni boleh pegang duit

tak kiralah aku kena pegang tahi babi

asal aku kaya dan tak rugi.

chopsticks; nasib baik aku pegang daging babi

bukan macam tangan

semua benda dia pegang

janji dia hidup senang lenang

lepas itu kata aku yang salah pegang babi

kerana hukumnya haram.

babi; kenapa tangan dan chopsticks suka salah faham

siapa yang pegang aku sama saja

masing-masing ada kepentingan

babi besar babi kecil

sama saja

orang akan tetap pandang aku seekor babi.

Jumaat, 18 Mac 2011

Keindahan Alam





Keindahan alam ciptaan tuhan, menunjukkan kebesaranNYA yang maha kuasa. mencipta kita sebagai khalifah di muka dunia. maka janganlah kita bermusuhan diantara kita. Peace No War.