Dulu alam ini cantik dan permai
menjadi tempat manusia menumpang nasib
membanting tulang empat kerat
menumpang sedikit rezeki dari isinya
demi sisa hidup di kemudian pagi.
Dulu alam ini cantik dan permai
Tapi kerana manusia laknat
Kerana tangan kasar yang menconteng
Semua punah ranah
Hanya sisa akar dan tunggul buruk
Tempat bersarang si anai-anai dan semut merah.
Dulu alam ini cantik dan permai
Tapi pemodenan merubah coraknya
Menjunjung yang bukan hak
Mengejar sesuatu yang bukan kehendak
Tapi merubah atas dasar hak sejagat.
menjadi tempat manusia menumpang nasib
membanting tulang empat kerat
menumpang sedikit rezeki dari isinya
demi sisa hidup di kemudian pagi.
Dulu alam ini cantik dan permai
Tapi kerana manusia laknat
Kerana tangan kasar yang menconteng
Semua punah ranah
Hanya sisa akar dan tunggul buruk
Tempat bersarang si anai-anai dan semut merah.
Dulu alam ini cantik dan permai
Tapi pemodenan merubah coraknya
Menjunjung yang bukan hak
Mengejar sesuatu yang bukan kehendak
Tapi merubah atas dasar hak sejagat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan