tangan;aku bersih
aku tak pegang babi
chopsticks pegang babi
aku tak salah
salah chopstick pegang babi.
aku tak buat dosa
chopsticks yang dosa
dia yang sentuh babi.
chopsticks; aku tak salah
tangan yang pegang aku
dia yang gerak aku
untuk pegang babi.
tangan paksa aku
jadi aku kena salah.
salahkah aku pegang babi?
babi;kenapa aku yang kena maki
teruk sangatkah aku ni
sampai orang keji aku sampai mati
apa nak jadi dengan nasib babi.
kalau orang makan babi
apa maksudnya?
orang itu lebih teruk dari babi
pakai tangan lagi nak gigit daging babi.
tangan; aku tak kisah
siapa makan babi
janji tangan ni boleh pegang duit
tak kiralah aku kena pegang tahi babi
asal aku kaya dan tak rugi.
chopsticks; nasib baik aku pegang daging babi
bukan macam tangan
semua benda dia pegang
janji dia hidup senang lenang
lepas itu kata aku yang salah pegang babi
kerana hukumnya haram.
babi; kenapa tangan dan chopsticks suka salah faham
siapa yang pegang aku sama saja
masing-masing ada kepentingan
babi besar babi kecil
sama saja
orang akan tetap pandang aku seekor babi.
4 ulasan:
hahahaha.. babi tetap babilah...
siput babi je yg boleh pegang
siput babi pn kadang2 kita geli nk pegang.hina sangat ke babi tu?
babi xhina sngt tapi bila orang panggil org lain babi tu yang hina sangat...uhhuhuhu
mmg Allah cipta babi itu hina...spya manusia berfikir....memegang babi xharamlah....makan je yg haram...cuma memegang najis(babi adalah najis) je yg xboleh dan prlu disama'...bukanlah smpai ke peringkat berdosa...memegang or menyentuh lelaki perempuan ajnabi(asing/bukan muhrim) lebih hina dan berdosa...benda yg nyata/terang2 dalam Al-Quran trtlis berdosa ,kita xkalut nk ckp kn....
Catat Ulasan