Iklan

Sabtu, 19 Mac 2011

Merokok boleh menghilangkan stress



rokok ada kebaikan eh?
ada ka xda? hehe.
kali nie nak buat entri pasal 'sendiri punya hal' lagi
terus terang saya juga seorang perokok
TAPI! saya merokok kalau ada rokok sahaja
kalau xda rokok xda la asap-asap. hehe.
akuh xla sampai nak pinjam duit semata-mata nak beli rokok
tidak tidak ..

apa-apa hal, kepada readers perokok yang tengah baca dan tidak setuju
dengan pendapat saya, saya minta maaf banyak-banyak
dan kepada reader yang bukan perokok jika tersinggung dalam entri saya ini
saya juga minta maaf banyak-banyak sebab ini adalahpendapat saya secara peribadi
yang saya sendiri alami dan rasai (:

oke soalan!?

bila dan kenapa kamu merokok?
time tingkatan dua, ada beberapa kawan sekelas saya yang merokok
hebat juga tengok dorang merokok masa habis sekolah.
then tingkatan tiga mula dah la bermain dengan asap rokok nie. hehe.
dipendekkan cerita, bagi akuh terserlah lah lagi kejantanan lelaki itu jika merokok (:

kebaikan rokok kepada kamu?
kebaikan yer? rasanya banyak.
first, akuh pernah menjadi student d kolej komuniti tawau
paham jer la klu siswa nie banyak tugasan.

secara peribadi kalau buat tugasan tanpa rokok nie otak CONFIRM buntu!
jika otak buntu hati pun xtenang kan? so? saya merokok.
dengan merokok boleh tenangkan otak sikit
jika otak tenang idea sedikit sebanyak akan datang.

second, saya pernah jalankan latihan industri di sebuah sekolah di Tawau, sabah.
duduk di opis, sejuk beb
setiap kali sejuk badan sudah mencapai tahap gaban
saya keluar untuk merokok
bila akuh merokok nie suhu badan agak stabil sedikit
diri terasa panas so kurang dah la gigil-gigil tu.

sama keadaan kalau hujan, mesti sejuk kan?
rokok juga lah jadi hero time tu. hehe.

you all tanya kawan-kawan anda yang perokok
jika berada di tempat sejuk atau tengah buat tugasan (siswa) dengan ketiadaan rokok apa perasaan diorang?
cuba tanya
ce cite ce cite .. hehe.

secara peribadinya laa readers
merokok boleh mengurangkan stress, menghilangkan bosan dan memanaskan diri (:

kenapa mesti merokok selepas makan?
haha! aktivti kegemaran nie.
bagi perokok atau saya sendiri lepas makan kerongkong nie mual sedikit
seakan-akan dalam leher nie ada cecair yang agak lekit di situ. hehe.
jadi dengan merokok akan mengembalikan keselesaan kerongkong dengan nikmatnya. hehe.

sudah laa. hehe.
akuh mau bagitau la sedikit nie
bukan semua tapi segelintir manusia bukan perokok nie
jangan lah pandang hina dengan kami nie (perokoks)

ada yang cakap kami merokok nie memendekkan lagi jangka hayat
yah memang saya tidak nafikan
tapi ajal maut di tangan Tuhan.
ada juga orang yang macho bukan perokok meninggal muda kan?? (confirm tak boleh dinafikan)

kalau tengah-tengah lepak tu ada kawan merokok
akuh paham you all(bukan perokok) pasti xselesa dengan asap rokok tu kan?
senang jer caranya, suruh kawan anda yang merokok tu pergi merokok jauh-jauh. hehe!

dengan bangganya saya menyatakan di sini
lebih baik ambil rokok daripada ambil dadah.

Tiada ulasan: