Iklan

Isnin, 11 April 2011

Kembara puisi



10 April 2011. aku dan coursemate2 aku termasuk lecturer terbaik zaman ini telah berjaya menjejakkan kaki ke Simpang Mengayau, Kudat, Sabah. kalau bagi aku dah kali ke-3 dah aku pegi sana kalo x silap ar kan.. kat sana kitorang buat BBQ sket. memang haipening la (happening). Yang paling best time pagi nak bertolak tu, boleh-boleh plak kena tinggal ngan bas UMS angkara pemandunye yang naik hot sebab ade antara kitorang ni yang lambat bersiap (makeup lebih sangat kot cik kak). Tapi nasib baiklah dengan kebijaksanaan En. Shuhaimi bas tersebut telah mengona balik dan menjumput the Datins naik dengan penuh keikhlasan seyhh. oh yeah, before that aku nak memperkenalkan lecturer terbaik zaman ini yang aku maksudkan tu adalah En.Shuhaimi lorhh. kalau you all nak tengok gamba dia ni hah kat bawah ni, dia bersama anaknye. cute beb jatuh hati aku pandang pertama aku tengok anak dia. sudah la cute manje lagi...

penat beb pegi sana..walaupun penat tapi berbaloi la sebab dapat tengok pemandangan yang sungguh beautipool kat sana. memang sesuai la bagi photographer yang minat menembak gambar-gambar landskap sebab kat sana bukan saje pemandangannye cantik tapi udara pun fresh. boleh mendatangkan ilham untuk berkarya. oy yeah crite sket la ape yang kitorang makan kat sana, kan tadi aku cakap kitorang buat BBQ, so the lauks is ayam, daging, udang, sotong and the most popular food untuk gegirl which is sosej. semua barangan tersebut dibeli kat Pasar Filiphin K.K (Kota Kinabalu). after aku, budi, husni, jaha dan zairul beli kitorang dengan penuh rasa bertanggung jawab telah memproses untuk memerap semua lauks-lauks mentah tadi until jam 2pagi baru la semuanye siap..lengguh tangan aku main ngan sotong.terus lembut tangan aku dibuatnye.





Ni salah sorang kawan aku yang terlampau excited time sampai kat sini sampai panjat atas globe ni. aduhhh YAP bawak-bawak la bertaubat, tua sudah kau tu geng. maybe itu cara dia expresikan kegembiraan dia kan? so let go jela.kalau anak aku wat prangai macam tu dah lame aku blanje dia makan Pizza. nasib baik la bukan anak aku. YAP ni memang gila-gila sikit perangainye,tapi yang penting ensem la sikit dari aku.




Ni lah antara muka-muka gembira coursemate aku. seronoknye korang yer?? hurmmm korang tak payah la cari mana satu aku kat dalam gambar tu sebab gambar ni aku yang capture, sebab tu la takde muke aku. Tepat jam 5 petang kitorang pun bersiap untuk balik semula ke UMS terchenta. Sampai UMS around jam 8 malam. tengok muka semua muka penat gile bab. kesian kesian... and the last but not least aku harap program macam ni dapat dibuat lagi pada semester akan datang. kalau boleh pegi la Serawak plak pasni yer? Ok lah sampai sini je aku type untuk post ni. nanti kalau ade berita-berita gempak yang aku nak share ngan korang lagi wahai pembaca blog Mr.Kay aku akan tulis lagi OK? salam.





2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mana gambar romantik kami kojek?
kojek kasi naik feel la...
suka2 la....
lain kali kita p serawak k..bt pasal umah panjang plk k...hehhe
good lucky..

Mr.Kay berkata...

firstly maaf sebab tak upload banyak gambar. untuk program ke Serawak i will be okey jer.asalkan ade orang yang nak handle program tu.