Iklan

Jumaat, 27 Mei 2011

Bahana Poker

Salam, hari ni aku nak buat public announcement kat you all.
Dalam hidup ni memang banyak perkara-perkara yang boleh melalaikan seseorang. boleh membuatkan seseorang tu tak tido seharian, boleh membuatkan seseorang tu tak lalu nak makan dan macam-macam lagi la.

contoh terdekat yang aku boleh bagi tau adalah Games. game ni memang mengasyikkan sampaikan aku boleh tak tidur gara-gara main poker kat facebook.


time dalam kelas punye la ngantok tapi bile ngadap poker tak pulak aku ngantuk, pelik dan hairan.
nak-nak pula time duit tengah banyak dan kerap menang.

agak-agak you all la kan, macam mana cara nak mengelak daripada permainan poker ni. sekali you all dah main confirm akan mengadap tiap-tiap hari. actually aku baru je berjinak-jinak ngan poker ni,tapi dia punye addicted mengalahkan addicted drug pulak. aku kena cari satu inisiatif untuk mengelakkan diri dari main poker. you all tolong la bagi idea sikit yer?

yang paling tak boleh blah malam tadi aku main poker sampai jam 5 pagi, padahal pukul 8 pagi ade kelas, sempat lagi aku tidur 2 jam. mata bengkak giler doe....hummmmm addicted betul bendalah ni..

Khamis, 26 Mei 2011

why, kenapa, mengapa jadi Gay?

salam, untuk entry kali ni aku ade beberapa keraguan la, kenapa + mengapa seseorang lelaki tu boleh menjadi gay?. Gay atau bahasa lainnya homoseksual adalah satu tabiat yang suke menghentam atau dihentam oleh golongan sejenis (lelaki).

macam mana perkara begini boleh berlaku dan terjadi? aku ada beberapa sebab yang aku rasa mungkin la, ok aku ulang sekali lagi MUNGKIN menjadi sebab-sebab utama seseorang lelaki tu menjadi gay.


antara yang paling utama yang aku rasa menjadi faktor kepada tercetusnya perasaan ingin menjadi gay tu adalah disebabkan :


Putus cinta

mungkin lelaki yang gay tu putus cinta, frust menonggeng sampai tertonggeng. yelakan dia punye la serius bercinta, last-last terkandas di tengah jalan. then pada masa yang sama datang pulak sorang kawan dia yang gay ni, terus dia rapat dan terikut-ikut jadi gay. apa yang aku tau dari pembacaan aku dari blog-blog orang lain, benda ni kalau dah try sekali confirm nak cuba 2,3 kali lagi. so you all jangan la dekati benda-benda macam ni


Inginkan something new/Ingin mencuba

Kebiasaannya manusia ni ada satu perasaan ingin tahu, ingin mencuba, dan akhirnya ternoda. maybe atau mungkin disebabkan perasaan ingin mencuba diorang tu telah membuatkan mereka terperangkap dalam gejala gay. huhh tak dapat aku bayangkan macam mana perasaan diorang masa mula-mula menceburkan diri dalam bidang gay ni.


Environment dan komuniti

kalau dah hidup dalam komuniti gay, nak tak nak confirm diorang ni akan terGay secara tak sengaja kot. tak tau la macam mana nak explain sebab ada jugak antara coursemate aku ni yang gay, syukurlah dia tak mengajak aku join the club (gay). sebaiknya you all cuba jauhkan la dari persekitaran yang macam tu. bukanlah aku cakap you all jangan kawan dengan gay, cuma you all jangan la rapat sangat, sampai mandi pun nak mandi sama-sama. pegi clas pun nak pegi sama-sama. nanti karang lain plak jadinya.


thanks god la aku masih lagi lelaki straight dan suka memakai straight cut jeans. hopefully kawan-kawan aku diluar sana yang gay tak marah atau banned blog aku ni disebabkan entry aku ni. walaupun you all begitu you all tetap kawan. harap you all boleh berubah nanti.

Ahad, 22 Mei 2011

aku mahu pulang


salam, you all ape kabar? aku harap you all semua sihat dan bahagia selalu..

entry kali ni aku cuma nak luahkan ape yang terbuku dalam hati aku. aku selalu terfikir tentang kematian. Aku ni manusia biasa, tak lari dari melakukan kesilapan. samaada kesilapan yang aku sedar ataupun yang aku tidak sedar.

aku sering terfikir bila aku akan mati?. cukupkah amalan aku untuk dibawa ke sana?. kadang aku juga terfikir apa yang aku cari sebenarnya dalam hidup aku ni?. semua tu tak pernah terjawab lagi setakat ni.

dulu aku fikir aku mahu bahagia, berkeluarga, dan nak bersama-sama orang yang aku sayangi. tapi kini aku rasa aku dah tak perlukan semua tu, betulkah perasaan aku ni? ape sebenarnya yang aku mahu?.

dulu aku rasa hidup ni panjang, perlukan kekuatan untuk menempuhi segala dugaan dan cabaran. tapi kini semua yang aku fikirkan tu dah tidak lagi aku fikirkan. aku mahu segera pulang bertemu dengan pencipta. aku mahu segera di hitung. semakin lama aku hidup, semakin banyak dosa yang aku buat. dari sekecil hingga ke sebesar-besarnya..

aku harap sangat tuhan berikan aku petunjuk, nur dan hidayah supaya aku tetap di jalannya. aku dah tak sanggup hidup di dunia. aku mahu segera pulang ke pangkuanNYA tapi aku sedar amalan aku masih belum mencukupi. aku bingung, aku bingung dengan diri aku sendiri. aku berharap tuhan akan memberi petunjuk kepadaku, amin ya robbal alamin....


Selasa, 17 Mei 2011

Navy_HDR

Salam, aku just nak share ngan you all gambar yang aku capture petang tadi.
3layer gambar yang digabung menjadi HDR (high dinamic range)


Navy 3_HDR2 by Khaidil Hamzah
Navy 3_HDR2, a photo by Khaidil Hamzah on Flickr.



Navy 6_HDR2 by Khaidil Hamzah
Navy 6_HDR2, a photo by Khaidil Hamzah on Flickr.



Kalau you all nak tengok gambar-gambar yang lain click je kt Khaidil hamzah tu. Then selongkar la flickr aku. tak la banyak mana pun gambar yang aku upload kat flickr tu. tapi ada la sikit sejak aku start guna camre.


nice tumblr

salam, hye you all..
untuk entry kali ni aku nak share ngan you all antara tumblr yang aku suka.
sebab aku suka thats why la aku kena share ngan you all.hehe..

hari ni aku bosan sangat, tak tahu nak buat ape, then takde plak idea untuk tulis apa dalam blog aku ni. so aku share jela tumblr ni ngan you all boleh kan?

(tell me that you love me more)

(simple dan cute)

(just wait for the sunshine)

(1 + 4 + 3 = i love you)

(rindu masa zaman kanak-kanak)

(you capture my heart)

(i still love you)

(saya ada untuk kamu selamanya)

(theres only i love you)

(love is lo love, peace..)


best kan tengok tumblr ni? sangat kiut untuk orang yang bercouple, tapi untuk aku suke tengok gitu-gitu je sebab takde couple.


Ahad, 15 Mei 2011

Kau kata


Dulu kau penah kata yang kau takkan tinggalkan aku
tapi ternyata kau tinggalkan aku

Dulu kau kata akan menerima aku seadanya
tapi ternyata kau tidak menerima kekurangan aku

Dulu kau kata cinta kau hanya untuk aku
tapi ternyata cinta kau bukan untuk aku

Dulu kau sudah berjanji takkan lafazkan kata perpisahan
tapi ternyata kau memisahkan hubungan kita

Dulu kau kata kau sayangkan aku
tapi ternyata kau tidak lagi menyayangi aku

Dulu kau kata ingin hidup bersama aku
tapi ternyata kau pergi meninggalkan aku sendiri


Dalam kenangan 24 April. takkan penah luput dari ingatan aku selagi aku masih waras dan jika masih ada roh dalam jasadku. takkan lupa kata-kata kau pada hari itu.






Lelaki playboy itu setia

Salam, entry kali ni aku buat khas untuk girls sebab aku rasa ade something yang perlu aku kongsikan bersama all the cute wangi girls sekalian.

Ok, girls you all mesti mahukan boys yang baik, setia, jujur dan bajet macho kan? then boys pulak mahukan girls yang simple, menarik, sopan, cute, dan understanding. so fair la kan?


nowadays huh i told you all, girls memang dah ramai then boys. Itu la yang membuatkan boys yang bajet hensem ni menjadi playboy, tambahan pula girls sekarang makin comel. why you all comelkan diri you all?.. nak bagi boys tertarik kan? so janganlah salahkan boys bila diorang jadi playboy.

well sebenarnya you all (girls) boleh pilih lelaki mana yang sesuai ngan you all. samaada you all akan pilih lelaki yang tak hensem tapi boleh dipercayai atau lelaki yang mulut manis tapi playboy. tapi before that you all kena tahu yang sometimes lelaki playboy ni adalah lelaki yang setia dan most of the time lelaki yang tak playboy adalah lelaki yang tak setia . why aku tulis macam tu? hurmmmm ini jawapanya

  • lelaki playboy lebih setia sebab since diorang diorang dari 5 to 20an diorang dah kenal ramai girls dan itulah yang membuatkan diorang ni lebih pandai menilai dan memilih girls idaman diorang. then bile dah jumpe girls idaman diorang aku jamin memang diorang akan setia gile-gile.




  • lelaki playboy jadi macam tu bukan suka-suka taww, diorang nak kenal girls betul-betul sebelum di bawak jumpa parent. itu sebenarnya adalah satu proses iaitu proses mengenali. lelaki yang tak playboy ni dia tak kenal girls mendalam, nanti bile dah bertunang baru buat hal kan susah.

bagi aku lah kan, setiap kejadian tu pasti ada hikmahnya, depend pada kita untuk menilai, selalunya apa yang girls nilai pada seseorang lelaki tu adalah salah tapi tak semua la, ada juga yang betul. for example kawan aku ni la, aku tak nak mentionkan nama dia nanti aib plak. dia memang playboy, aku kenal dia sejak dari sem 1 lagi, tapi dia jadi playboy ni time sem 3, sebabnya? girls yang dia cintan-cintan tu cari lelaki lain, kalau nak bandingkan aku rasa hensem lagi kawan aku ni, maybe sebab lelaki tu seorang arkitek dan ada sport car thats why la aweks dia ni go for that guy. kesian jugak, then bila girls yang tak kenal kawan aku ni diorang confirm akan cakap Mr.A ni playboy katak dowhh jangan korang dekat-dekat ngan dia. tapi yang sebenarnya Mr.A ni bukan sengaja nak jadi playboy, dia jadi macam tu sebab nak cari girls yang betul-betul terbaik untuknya supaya pengalaman pahitnya dulu tak berulang lagi

OK, untuk all the cute wangi girls sekalian, stop blame lelaki la. bukan la aku nak kata lelaki ni baik sangat tapi disebalik ke playboyaAN dia tu terselit seribu satu kisah yang perlu girls semua selami.

p/s : aku dapat ilham untuk menulis tentang tajuk ni daripada blog ni, pape you all refer jela pada blog ni OK? sebelum tu aku nak mintak ampun banyak-banyak kalau dah menguriskan hati you all (cute wangi girls)