Iklan

Isnin, 24 Ogos 2009

Gema Cipta



Gema Cipta 2009 telah berlangsung pada 16 Ogos 2009 dan program ini diadakan di Dewan Resital Sekolah Pengajian Seni (SPS), Universiti Malaysia Sabah (UMS). Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat terpendam dalam penciptaan lagu dan gubahan lirik. Terdapat sepuluh buah lagu yang terpilih untuk menjadi finalis dan mempersembahkan lagu ciptaan mereka secara langsung kepada penonton yang diiringi dengan orkestra daripada Sekolah Pengajian Seni. Program Gema Cipta ini bukan sahaja melibatkan pelajar-pelajar daripada SPS bahkan terbuka kepada semua pelajar UMS. Terdapat dua orang peserta yang masing-masing daripada Sekolah Kejuruteraan Teknologi Maklumat(SKTM) dan Sekolah Sains Teknologi(SST). Tetamu jemputan yang hadir pada malam itu ialah Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Shariff Abdul Kadir Omang, pemangku Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS dan juga Dekan SPS, Prof. Madya Haji Inon Shaharuddin Abdul Rahman.
Tiga orang pemenang telah dipilih iaitu Mesmoro Edward sebagai juara dengan mempersembahkan lagu ciptaannya yang bertajuk ‘Tersentak’, manakala Samantha Dayou sebagai naib juara dengan lagunya ‘Unforgettable Diary’, dan Zulkhaliff Bin Mohammad mendapat tempat ketiga dengan lagu ciptaannya yang bertajuk ‘Ku Tak Pernah’ yang disampaikan oleh Melly Matius. Terdapat tujuh finalis yang mendapat saguhati dan juga dua orang finalis yang memenangi persembahan terbaik dan lirik terbaik. Program Gema cipta seterusnya akan diadakan pada tahun hadapan pula, program seperti ini menjadi platform bagi peserta untuk mencungkil bakat yang ada dan sekaligus mewarnai muzik tanah air.

2 ulasan:

zul berkata...

Bagus bro.... teruskan...

fero berkata...

mantap la mes