Iklan

Sabtu, 30 April 2011

Belajar untuk bahagia

Salam, untuk entry kali ni aku rasa nak tulis pasal bahagia.
Ape perspektif you all tentang kebahagiaan?

Kebahagiaan itu
SEMENTARA atau KEKAL?

kesedihan tu kalau kita kenang-kenangkan memang sampai bila-bila pun takkan habis. Apa yang kita boleh buat adalah belajar untuk bahagia.

Bagaimana cara untuk
bahagia? itu persoalannye..

kebahagiaan kekal abadi apabila kita mendapat syurga firdausi. itu adalah impian setiap manusia.

apa-apa pun setiap kekecewaan itu pasti ada jalan kebahagiaan yang menanti di penghujungnya. cuma kita perlulah belajar untuk membahagiakan diri kita yer?

semoga you all semua bahagia disamping insan tersayang.











Jumaat, 29 April 2011

Bila aku akan sembuh?

aku just nak merepek je kat blog aku ni. sape-sape yang tak berminat better you all jangan teruskan pembacaan anda.

bila lah agaknye luka dalaman aku ni nak sembuh ye?
bila aku dengar lagu ni aku rasa nak nangis je, tak tau kenape, lagu ni memang sangat bererti bagi aku.

aku nak nangis ni jauh-jauh korang,nanti terpercik plak kat korang.huhu






aku tak dapat lupekan dia. aku tak dapat lupekan dia. ape yang aku perlu buat ye?
aku nak nangis puas-puas dulu la, lantak korang nak cakap aku ape pun.

layan la lagu ni ye chowwwwww.... (SILENT STAGE - SEMPURNANYA CINTA)

Selasa, 26 April 2011

Gagal dalam bercinta


Tentu korang penah merasakan sakitnya akibat putus cinta kan?

Tambahan lagi dalam minggu-minggu peperiksaan. Itulah yang aku alami sekarang.

Lusa aku dah nak exam tapi benda ni berlaku, aku betul-betul kecewa dan sedih ngan ape yang berlaku sekarang.

Aku bukan nak mintak simpati korang, Cuma aku ingin luahkan. Aku tak tau nak luahkan kat sape. Jadi aku tulis la kat blog aku ni.

Sememangnya putus cinta ni satu tragedi yang sangat menyakitkan, aku tak tahu apakah punca dan sebab dia memutuskan hubungan kami. Dia cakap yang selama ni dia hanya bermimpi dan sekarang dia sudah keluar dari mimpi.





Aku masih ingat lagi dah tiga kali dia cuba memutuskan hubungan kami, tapi aku masih boleh bertahan. Aku cuba bertahan walau pada hakikatnya aku sendiri yang merana dengan sikapnya.

“kenapa awk tak pernah sedar semua itu?”

Aku sibuk dengan tugasan yang sangat memeningkan kepala otak aku ni tambahan lagi lusa aku dah exam, aku betul-betul rasa tertekan sekarang. Ingin saja aku terjun ke tasik, tapi jika aku buat semua tu apalah nasib keluargaku? Mereka tentu akan sedih dengan perbuatan aku tu.

Aku masih teringat lagi masej yang dihantar kepadaku memang aku takkan lupa sampai bila-bila

Ok, Muhammad Khaidil…

Saya No****ra Sa***ri..

Ingin memutuskan..

Hubungan..

Kita..


Arghhhhhhh!!! Aku rasa tak percaya dengan mesej tu dan aku cuba menelefon tapi tak diangkat, aku menghantar mesej kepada dia dan bertanya “kenape ngan awk ni?” jawapannya “saya serius ingin memutuskan hubungan kita” apalah malangnye nasib aku hari tu. Apalah dosa yang aku dah buat.

Mungkin ini semua balasan yang harus aku tanggung kerana telah merampas kekasih orang. Pada Mr.A aku mintak maaf sangat-sangat ngan kau. Kau tak tahu apa-apa pun pasal ni. Kau tak tahu pun orang yang kau cinta tu dah menduakan kau. Senang dia menerima aku sebagai SBF dia dan senang juga dia membuang aku. Inilah balasan yang memang patut aku terima. Sedangkan dengan Mr.A dia sanggup buat macam tu, tak mustahil dengan aku pun dia boleh buat.

Apa yang aku belajar ialah "senang dia menerima kita, maka senang jugalah dia akan membuang kita"

Aku Cuma berharap dia akan sentiasa bahagia dengan orang yang dia cinta dan berhentilah mempermainkan perasaan orang dan berhentilah menduakan orang yang mencintai diri awk. Salam sayang dari saya Mr.Kay



p/s: Cintailah orang yang mencintai diri kita, hargailah orang yang mencintai kita.



theotherkay.blogspot.com ©

Jumaat, 22 April 2011

Bunyi gempak dari mulut


satu irama yang keluar dari mulut, itulah yang dipanggil the beatbox. irama yang dihasilkan sangat unik. memerlukan tenaga yang gempak jugak kott.

first time aku dengar beatbox ni aku tertarik ngan bunyi yang dihasilkan. if you all nak tau, bunyi yang terhasil sama macam bunyi turntablist.

aku ada usha video shawn lee pemenang Malaysia beatbox challenge.

so aku nak share la ngan korang la salah satu video yang aku ambik dari youtube ni. enjoy.!!







Selasa, 19 April 2011

Pelbagai nama UDIN

Kalau you all stress, tengoklah video ni. boleh la membuatkan you all tergelak kott. pelbagai nama udin yang dimention kan dalam video ni. kepada Udin-Udin diluar sana jangan marah yer??


Khamis, 14 April 2011

Freemason



Freemason ialah pertubuhan persaudaraan yang muncul dengan asal usul yang kabur antara pada akhir abad ke-16 hingga awal abad ke-17. Pertubuhan ini kini wujud dalam berbagai-bagai bentuk di seluruh dunia, dengan keahliannya dianggarkan sebanyak sekitar lima juta (termasuk sekitar 480,000 orang di England, Scotland dan Ireland sahaja, serta lebih kurang dua juta orang di Amerika Syarikat.[1][2] Pertubuhan Freemason yang wujud dalam pelbagai bentuk berkongsi prinsip dan pandangan moral dan metafizik yang sama, lazimnya mereka berkongsi kepercayaan kepada satu Makhluk Agung(DAJJAL LAKNATULLAH)

Kultus kuno
Terdapat pelbagai legenda dan teori mengenai asal-usul kewujudan Freemason. Ada yang mengaitkannya dengan kultus Iris-Osiris pada zaman Mesir kuno. Ada pula yang mengatakan bahawa ia ditubuhkan pada abad ke-2 SM oleh ahli kitab atau pendeta Yahudi daripada mazhab Essene.

Sesetengah ilmuan Freemason berpendapat bahawa bahawa Freemason menjejak akar umbi mereka kepada pembinaan Haikal Sulaiman (King Solomon’s Temple) di Jerusalem pada 967 S.M. Asas cerita itu tertumpu kepada seseorang yang bernama Hiram Abiff(DAJJAL) yang mendakwa mengetahui rahsia Haikal Sulaiman.

Kesatria Templar(PEMBAWA AJARAN FREEMASON-UTUSAN DAJJAL)
Freemason juga dikaitkan dengan ahli Kesatria Templar (Knight's Templar). Mengikut legenda, pada abad ke-11, Kesatria Templar telah menjumpai harta karun di tinggalan bangunan Haikal Sulaiman. Ini menyebabkan kebanyakan mereka menjadi tersangat kaya sehinggalah harta itu dirampas oleh Raja Perancis Philip IV. Kesatria Templar dipenjarakan tetapi ada yang melarikan diri. Pergerakan ini menjadi sulit dan muncul kembali pada abad ke-17 di bawah nama Freemason.

Albert Pike (1872) pula dalam bukunya Morals and Dogma of the Ancient and Accepted Scottish Rite of Massonry, berpendapat bahawa pada kurun ke-11, Kesatria Templar telah berpakat bersama Ketua Gereja di Constantinople. Pada masa itu Ketua Gereja Constantinople (daripada Gereja Ortodoks Timur) bersaing dengan Gereja Katolik Rom. Ahli Kesatria Templar bersumpah setia untuk melindungi umat Kristian yang melawat tempat suci; manakala matlamat rahsia mereka adalah untuk membina semula Haikal Sulaiman. Binaan ini akan menjadi tempat paling suci untuk orang Kristian dan akan dapat menandingi kediaman suci Gereja Katolik di Roma. Ahli Templar berselindung di bawah nama Brethren-Masons. Nama ini Frères Maçons dalam bahasa Perancis dieja menjadi Free-Masons dalam bahasa Inggeris.

Persatuan tukang batu
Penjelasan yang lebih berasas mengenai gerakan Freemason ialah ia berkembang daripada persatuan pemahat dan tukang batu (dalam bahasa Inggeris, pemahat atau tukang batu dipanggil mason atau stone mason) pada Zaman Pertengahan di Eropah. Pada masa itu, mereka diambil untuk bekerja oleh raja dan pihak gereja. Terdapat dua jenis tukang batu. Satu ialah tukang batu yang memahat batu-batu biasa yang dinamakan rough mason. Freestone mason pula adalah tukang batu yang memahat batu-batu yang lebih terperinci dan dengan kesenian. Mereka ini adalah golongan bebas (free) dan bukan hamba kepada mana-mana tuan yang kaya. Nama "Freestone mason" kemudian disingkatkan menjadi Freemason. Oleh sebab keistimewaan dan kebolehan mereka, golongan ini menubuhkan kelab atau persatuan sendiri untuk membincangkan pertukangan, kesenian dan kadar upah mereka. Salam tangan rahsia, kata-kata rahsia dan tanda-tanda lain direka untuk membezakan mereka dengan tukang batu yang lain.

Terdapat beberapa bukti Freemason mula tersebar di benua Eropah seawal akhir kurun ke-16 Masehi. Salah satu bukti bertulis awal yang menunjukkan cabang Freemason telah ada di England pada tahun 1641 ialah rekod inisiasi Robert Moray, salah seorang keluarga raja. Moray menjadi anggota Freemason di Edinburgh pada 20 Mei 1641.[7] Selain itu, Elias Ashmole, yang juga berdarah keluarga Raja England, menulis dalam buku diarinya bahawa dia telah menjadi anggota Freemason di Lancashire, pada 16 Oktober 1646.[8]

Peristiwa penting dalam perkembangan Freemason adalah pada 24 Jun 1717 dengan terdirinya Loji Besar England (Grand Lodge of England). Dengan terdirinya pusat bagi persatuan itu di England, Freemason kini menjadi organisasi nasional yang tidak lagi bergerak secara rahsia. Loji Besar England merupakan gabungan daripada empat cabang Freemason dan mereka mempercayai falsafah yang sama iaitu "Agama yang mana semua manusia bersetuju... adalah menjadi Manusia yang Baik dan Benar" (Religion is which all men agree… that is, to be Good Men and True).

Dengan terbentuknya Loji Besar England, gerakan Freemason semakin merebak sehingga berkembang melintasi benua Eropah sehingga ke benua Amerika.

Etika Freemason
Freemason mengamalkan tiga etika-etika yang diikuti demi mengaburi pergerakan mereka

Persaudaraan
Setiap pengikut-pengikut Freemason diwajibkan untuk bertoleransi, dan berfikiran positif sesama sendiri agar pendirian mereka mudah diterima.

Menderma dan beramal kebajikan
Pengikut Freemason melakukan pelbagai perkara kebajikan demi untuk menarik lebih ramai pengikut mereka.

Kebenaran
Mereka berpegang teguh terhadap kepercayaan mereka. Mereka percaya bahawa prinsip yang mereka bawa membawa lebih kepada kemajuan dan mendapat kehidupan yang lebih baik.

Struktur organisasi
Loji Besar (Grand Lodge) adalah badan bebas dan berdaulat yang mentadbir Freemason di sesebuah negara, negeri atau kawasan. Tiada satu badan teratas yang mengawal Freemason di peringkat global. Perhubungan antara loji-loji yang berlainan bergantung kepada kehendak atau pengiktirafan bersama.

Loji merupakan unit asas Freemason. Setiap loji baru mesti mempunyai waran atau piagam yang diberi oleh Loji Besar yang membenarkannya untuk membuat perjumpaan dan beroperasi. Loji mesti mengadakan perjumpaan pada tempat yang tetap dan tarikh yang telah ditentukan. Ia akan memilih, menerima ahli baru dan mempromosikan ahli dan pegawainya. Ia juga akan membina dan mengurus aset dan hartanahnya termasuk rekod perjumpaan. Seperti organisasi lain, ia mempunyai perjumpaan rasmi, perjumpaan tahunan, dana amal, surat menyurat dan laporan, yuran keahlian, akaun, acara istimewa dan pelbagai lagi. Setiap loji mempunyai tradisi unik tersendiri.

Prinsip dan aktiviti utama
Freemason seringkala dipanggil sebagai "persatuan rahsia". Bagaimanapun bagi ahli Freemason, persatuan mereka lebih tepat sebagai persatuan yang hanya boleh difahami oleh orang tertentu kerana sesetengah aspeknya adalah sulit. Pada kurun ke-21, persatuan ini menjadi tidak lagi rahsia (lebih terbuka) dan lebih kepada "persatuan yang mempunyai rahsia". Aspek sulit dalam persatuan moden ini adalah pengiktirafan sesama ahli dan sesetengah elemen ritual. Walaupun ia sebuah organisasi yang pelbagai, kerja amal masyarakat dan memelihara persaudaraan sesama ahli masih menjadi perkara pokok.

Freemason di Amerika Syarikat
George Washington, yang menjadi Presiden pertama Amerika Syarikat pada 30 April 1789 adalah seorang anggota Freemason. Selain itu, para penandatangan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat yang ditandatangani pada 4 Julai 1778 oleh William Hoper, Benjamin Franklin, Matthew Thornton, William Whipple, John Hancock, Phillip Livinston dan Thomas Nelson, juga dipercayai pengikut Freemason.[10]

Selain Washington, 13 lagi presiden, lapan naib presiden dan 35 Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat pernah dikenalpasti sebagai ahli Freemason. Washington adalah ahli Freemason yang berpusat di New York City. Ahli Freemason yang dikenal pasti di Amerika Syarikat dianggarkan berjumlah tiga juta dan di New York sahaja terdapat lebih kurang 136,000 ahli.[11]

Freemason di Iraq
Sebilangan cawangan Freemason di Iraq telah wujud seawal tahun 1903, dan bertambah bilangannya apabila negara itu diperintah di bawah Mandat British sejurus selepas Perang Dunia I. Bagaimanapun, keadaan itu berubah pada bulan Julai 1958 selepas Revolusi, dengan pembubaran pemerintahan beraja dan pengisytiharan Iraq sebagai sebuah republik di bawah Jeneral Qasim. Lesen yang membenarkan cawangan Freemason ditarik balik dan undang-undang diperkenalkan untuk mengharamkan sebarang perjumpaan Freemason. Pendirian itu kemudian diperkukuh oleh Saddam Hussein, yang menetapkan hukuman mati bagi mereka yang "mempromosikan atau menyanjung prinsip-prinsip Zionisme, termasuk Freemason, dan mereka yang melibatkan diri dalam pertubuhan Zionisme". Dengan kejatuhan pemerintahan Saddam Hussein selepas serangan Amerika Syarikat ke atas Iraq, pengharaman ke atas Freemason dimansuhkan dan pada tahun 2007, Land Air and Sea Lodge, No. 1 dianugerahi dengan piagam oleh Loji Besar New York (Grand Lodge of New York).

Freemason di Malaysia
Freemason pernah menjadi isu di Malaysia apabila Haji Sulaiman Palestin bertanding jawatan dalam UMNO. Ada dakwaan pemimpin tertentu ditaja atau menjadi ahli Freemason untuk melonjak naik dalam hierarki negara. Awal 1980-an isu ini kembali senyap dalam persidangan UMNO[perlu rujukan].

Di Malaysia, cawangan Freemason beroperasi sebagai Loji Besar Daerah Timur Tengah (District Grand Lodges of Middle East atau DGLME).[12] DGLME secara rasmi bermula di Kuala Lumpur pada 20 Oktober 1916. Ia dipanggil Timur Tengah kerana pada awal kurun ke-19, setiap yang berada antara timur India tidak termasuk timur jauh (Hong Kong, China dan Jepun) dikenali sebagai Timur Tengah. Hanya pada kurun ke-20, istilah Timur Tengah merujuk kepada negara Arab dan Teluk. Cawangan ini bagaimanapun tidak mahu mengubah namanya kerana sudah biasa dengan nama tersebut dan tradisinya.

DGLME ini meliputi bandar yang luas termasuk bandar lain di rantau ini:

Singapura: 3 loji
Kuala Lumpur: 3 loji
Pulau Pinang: 1 loji
lpoh: 1 loji
Kuantan: 1 loji
Kuching: 2 loji
Port Dickson: 1 loji
Port Klang: 1 loji
Taiping : 1 loji
Kota Kinabalu: 1 loji
Bangkok: 3 loji
Pattaya: 1 loji

Tentangan dan kritikan terhadap Freemason

Islam dan Freemason
Sesetengah ulama Islam menegaskan adalah tujuan utama Freemason ialah mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman [13] [14] [15] [16]di bawah runtuhan Masjid Al-Aqsa[17], kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir[18] dan terus menuju ke Al Madinah di Arab Saudi. Pergerakan ini didakwa dibentuk bagi mengembangkan fahaman Yahudi dengan cara bergiat cergas di dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan sosial.

Gerakan ini berkembang di seluruh dunia termasuk di negara-negara Islam seperti Turki era Mustafa Kamal Ataturk. Freemason juga berkembang luas di Mesir, Maghribi, Lubnan, Malaysia dan lain-lain. Gerakan ini dikaburkan melalui kegiatan amal seperti membantu keluarga yang miskin dan menganjurkan pertunjukan amal untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.

Gerakan ini jelas nyata memperjuangkan kewujudan negara Israel dan Yahudi di bumi Palestin antara tahun 1940an dan 1970-an.[19] Lantaran orang Islam bersikap anti-Freemason, anti-Semitisme dan anti-Zionisme. Ada yang mengaitkan Freemason dengan Dajjal yang akan hadir pada akhir zaman. Ini berdasarkan simbol Free Masonic yang dikenali "Satu Mata Melihat Semua" (All Seeing One Eye) dikatakan menyerupai Dajjal bermata satu. [20][21]

Kristian dan Freemason
Beberapa mazhab Kristian mempunyai sikap negatif terhadap Freemason termasuk mengharamkan atau tidak menggalakkan penganutnya daripada menjadi ahli Freemason.

Kristian Katolik mempunyai sejarah panjang dalam penolakannya. Penolakan Gereja Katolik berdasarkan dakwaan bahawa Freemason mengajar bahawa semua agama adalah sama yang bertentangan dengan doktrin Gereja Katolik. Terdapat banyak arahan paus yang melarang terlibat dengan Freemason. Pertama adalah daripada Paus Clemant XII pada 28 April 1738 dan yang terbaru daripada Paus Leo XIII pada 15 Oktober 1890. Kanun Hukum Gereja tahun 1917 juga mengharamkan buka yang mesra dengan Freemason.

Pada tahun 1983, Gereja mengeluarkan Kanun Hukum Gereja yang baru tetapi berlainan daripada sebelumnya, ia tidak secara jelas menyebut persatuan rahsia mana yang dikutuk. Ini menyebabkan ramai daripada kalangan penganut Katolik mahu pun daripada Freemason yang percaya larangan ke atas Freemason sudah ditarik balik. Bagaimana pun perkara ini dijelaskan oleh Kardinal Joseph Ratzinger (yang kini Paus Benedict XVI) bahawa pihak Gereja Katolik masih menganggap doktrin Katolik dan Freemason tidak selari dan keanggotaan penganut Katolik dalam Freemason masih dilarang.

Bagi Gereja Protestan pula, penentangan lebih kepada dakwaan Freemason mengamalkan mistik, percaya kepada benda ghaib dan pengikut syaitan (satanisme). Seorang ahli Freemason yang kontroversi, Albert Pike, sentiasa dijadikan contoh rujukan oleh Gereja Protestan. Pike adalah tokoh kontroversi yang terkenal sebagai penganut ajaran syaitan dan juga ahli Freemason. Menurut Pike, tiga perang dunia harus terjadi dengan perang dunia ketiga sebagai yang terakhir untuk memberi jalan kepada mekarnya agama dunia yang baru yang menjadikan Lucifer sebagai tuhan.

ISLAM DAN KRISTIAN MENENTANG GERAKAN FREEMASON. Ini jels menunjukan kepada kita DAJJAL AL-MASIKH' sebenarnya telah lama wujud... ia dilahirkan sempena kelahiran Qabil dan Habil... ini merupakan perancangan (JAAN) IBLIS LAKNATULLAH merancang untuk menyesatkan anak Adam sehingga kiamat. Perancangan Iblis adalah utnk menentang kuasa Allah yang mencipta Nabi Adam sebagai manusia pertama di Syurga dan di Bumi... Maka Iblis telah menyalurkan keturunannya kepada salah seorang anak Nabi Adam a.s dn kemudian menyimpannya di alam Jin. teknologi iblis ketika itu lebih maju 2000 tahun di hadapan berbanding dengan teknologi Adam yang baru bermula di Bumi...
oleh itu penyimpanan Janin Dajjal ini disimpan di satu tempat yang berada di permukaan air. (merujuk pada segitiga bermuda) Kemudian bila ia mencapai tahap matang. Dajjal dilahirkan dalam telurnya dan ia mula mengembara di dunia ini dari zaman ke zaman... satu insan Dajjal yang diceritakan dlaam Qur'an ialah SAMIRI- si pembuat anak patung lembu untuk disembah oleh kaum Nabi Musa a.s... Dajjal juga yang menghasut Firaun agar memusuhi Nabi Musa a.s. sebelum itu dia muncul sebagai Namrud di zaman nabi Ibrahim a.s... masa itu mata Dajja belum buta kedua belahnya... ia buta pada zaman Nabi Sulaiman a.s.. apabila Nabi Sulaiman menguasai alam Jin dan manusia serta haiwan2... Dajjal menyamar menjadi Jin Ifrit yang mahu menunjukkan kehebatannya di hadapan Nabi Sulaiman. tetapi ditentang oleh Hamba Allah Asif bin Barkiyah- yang membawa singgahsana Balqis dalam sekelip mata ke istana Nabi Sulaiman.- ia hilang selepas itudan muncul lagi di beberapa tempat utnk menguatkan dirinya..
kelak nanti dia akan muncul di Mekah dan madinah setelah mengadakan ROAD TOUR ke seluruh dunia untk mengumpul pengikutnya untk menyerang Mekah dan Madinah.(Zaman pembersihan) banyak perkara yang kononnya di kaitkan dengan Freemason ini... simbol2 dan sebagainya... padahal ia semua itu Ciptaan Allah SWT semata-mata... Freemason ini hanya menggambarkan kepada kita bahawa dia hebat dan kuat dari segi pengaruhnya di seluruh dunia.. dia tidak sedar itu semua berlaku dengan izin Allah semata-mata... maka Allah adalah TUhan seluruh alam yang lebih berpengaruh... Allahuakbar!
aku amat menenatang Dajjal Laknatullah dan Freemason ajarannya!

"semoga Allah melindungi aku dan seluruh umat Islam dari fitnah Dajjal laknatullah... amin."

(Sumber dari http://unikorndragon.blogspot.com)

Selasa, 12 April 2011

7 sebab kenapa girls suka tengok crita Korea?

Salam, Ok untuk post kali ni aku nak share ngan you all, kenapa wangi girls di Malaysia suka sangat tengok filem-filem Korea dan yang sewaktu dengannya.

Pagi tadi time dalam klas Fiksyen, lect aku ade la crita pasal tarikan yang ada pada filem/drama korea ni. bile lect aku sebut je sebuah filem korea tu trus gegirl dalam klas aku memberikan respon yang sangat luar biasa, menakjubkan, awesome, incredible, fantastik, gile bab, etc.



terkesima aku ngan dey all ni. dalam hati aku berkata, punye la banyak filem-filem yang ada sekarang ni. tapi kenape la dey all ni suke sangat ngan filem korea ni. aku penah gak tengok filem korea ni dolu-dolu tapi tak leh masuk port la. bikin aku ngantuk..


Aku nak share kat you all beberapa faktor-faktor yang menyebabkan wangi girls like sangat filem/drama Korea.
(Okey, ini just pendapat aku je, kalau the wangi-wangi girls yang bace post aku ni dan tak setuju ngan entry ni, jangan marah OK?)


* Dey all ni suke tengok filem/drama Korea sebab? :

1- Hero dia hensem, muke gud-gud, bergaya, kacak, tampan, baby face & etc. (ape pelakon Malaysia tak hensem ke?, tak nampak macam baby boy ke?)

2- Filem/drama Korea ni mostly bertemakan cinta. tak kesah la cinta 3 segi ke 4 segi ke cinta separuh mati ke cinta terhalang ke. semua berkaitan cinta laahh..

3- Boleh membuatkan dey all (Wangi girl) masuk ke dalam alam percintaan yang di paparkan dalam filem/drama Korea yang dey all tengok.



4- Citer Korea ni boleh membuatkan emosi dey all jadi stabil dan sebagai panduan dalam bercinta. contoh bile gaduh ngan BF so dey all tengok citer korea yang ade unsur-unsur gaduh ngan BF, then dey all cuba praktikkan dalam relations dey all. Contoh lain kalau dey all ni nak tackle lelaki hensem or etc diorang tengok cite korea ni,then praktikal kan dalam life. (aku tengok filem ....dalam botol tapi takde plak aku praktikkan.Ok je sampai sekarang.hahahaha..)

5- Pengaruh daripada rakan-rakan/ roomate/ coursemate etc. perhhh pengaruh cite korea ni memang cepat berkembang kat Malaysia. bukan saje kat Malaysia, Indonesia pun sama jugak. ni lah penangan Kim Hyun Joong, Hyun Bi, Kim Tae ik (Kim Tae ik? pelik gak nama diorang ni) & etc.

6- Soundtrack atau lagu dalam filem/drama Korea ni syok (kata salah seorang wangi girl yang aku kenal). sampaikan dey all ni boleh hafal beb. bukan stakat hafal, siap buat ringtone lagi.hehe.. (apa kata lepas ni kite semua letak ringtone lagu lukamu lukaku jua-New Boyz. baru la jiwang meleleh punye.hehe)

7- Wangi girls sekarang dah pandai pilih genre jiwang yang dey all minat (Korean filem/drama). dah tak layan jiwang Malaysia sebab boleh membuatkan mereka ni jadi Blurr dan bosan.

Itulah beberapa faktor kenape aweks-aweks Malaysia (Wangi girl, Gegirl, Gedix girl) minat sangat tengok crita korea.

Pada aweks-aweks Malaysia jangan banned plak blog ni OK? just sekadar berkongsi pendapat jer.. TQ.







Isnin, 11 April 2011

Betul ke cemburu tanda sayang?

Salam, Ok kali ni aku nak post entry aku pasal cemburu. Betul ke cemburu tu tandanya sayang?..

Dalam sesebuah perhubungan, tak salah jika ada perasaan marah atau cemburu kerana ianya sudah menjadi adat dalam perhubungan cuma janganlah dok over sangat OK?.

Emosi marah tidak harus menguasai diri kerana ia hanya akan mendatangkan keretakkan dalam hubungan.

Mengikut kajian pakar, hampir 80 peratus keretakan dalam perhubungan berpunca apabila perasaan marah dijadikan perasaan utama. Ini berlaku apabila setiap kali wujud krisis dalam hubungan, setiap pasangan akan mula berfikir untuk memutuskan hubungan dan mencari pengganti yang mungkin lebih memahami perasaan diri yang sebenarnya tapi semua tu adalah salah so you all renung-renungkanlah..



You all tak rasa sia-sia ke kalau hubungan yang dijalin sekian lama terputus begitu saja hanya disebabkan cemburu pada pasangan?

Ramai yang memperkatakan soal cemburu malah pelbagai cara untuk mengekang perasaan cemburu daripada terus menyelubungi hidup.

Terdapat dua langkah yang you all boleh cuba applykan untuk mengelakkan perasaan cemburu mengawal hidup kita iaitu jujur dan setia.

Memang ada perkara yang tidak memungkinkan kita berterus terang tapi bagi mengelakkan pasangan memikirkan perkara yang bukan-bukan, lebih baik jujur dan berterus terang dengan pasangan bagi mengelakkan perselisihan faham berterusan.

Jika jujur pada pasangan, sudah pasti dia akan menaruh kepercayaan dan mengekalkan perhubungan itu hingga ke akhir hayat.

Kesetiaan juga memainkan peranan penting kerana jika kita sayangkan pasangan, sudah pasti kita juga akan setia padanya.

Jika sayangkan seseorang, sudah pasti kita tahu siapa yang ada di hati. Jadi, apabila sentiasa mengingati pasangan, amat mudah untuk kita mengelakkan diri daripada berlaku curang pada pasangan.

Cinta terasa indah apabila ke mana saja kita pergi, si dia sedia menemani tetapi terasa pahit apabila kita ternampak pasangan berjalan berdua-duaan bersama insan lain.

Apapun, jangan biarkan marah dan cemburu terlalu menguasai diri. Berikut sedikit panduan untuk membantu kita menjauhi rasa marah dan cemburu, sekali gus mengekalkan keindahan hubungan bersama si dia:

* Jangan sesekali memungkiri janji.

* Sentiasa jujur kepada si dia kerana wanita atau lelaki memang benci apabila ditipu.

* Beritahu si dia mengenai sesuatu perkara dengan tepat.

* Jika si dia dalam keadaan bermasalah, sentiasa menggembirakannya.

* Andai anda jujur, si dia akan setia kepada anda.

* Jangan terlalu mengongkong dirinya kerana dia juga inginkan kebebasan

Semoga you all semua gembira bersama orang tersayang OK? hehe..


The cute Anith Aqilah






Gadis cute dan cantik molek Anith Aqilah atau full namenye Anith Aqilah Sulaiman Lim ni kalau you all nak tau, dia ni salah seorang bekas peserta ONE IN A MILLION (OIAM). She is a pretty girl right?. Sekarang ni dia semakin popular dengan lakonannya dalam drama KAU DAN AKU yang ditayangkan di Astro Ria. Lagi yang aku tau tentang dia, dia ni kalau you all nak tau baru je berumur 19 Tahun..perhhh adik-adik lagi ni dowhh. tapi bakatnya dalam bidang seni memang hebat la. Dulu aku selalu jugak la tengok dia ni di TV tapi sekarang dah malas nak layan drama-drama ni disebabkan aku sekarang dah semakin busy ngan kerja-kerja, tapi aku tau, dia masih lagi berlakon dalam drama KAU DAN AKU.. oy yeah, kalau korang nak tengok official blog Anith Aqilah ni korang boleh la tengok blog dia kat http://anith-aqilah.blogspot.com/. Okey dia ni memang la cun kan, tapi pada boboy2 yang single-single tu jangan harap la korang nak ngorat dia ni sebabnya dia ni dah ade pakwe. Pakwe dia stylo la jugak macam aku ni.ahahaha... akhir kata dari aku, semoga dia berjaya dalam bidang lakonan.. sebelum tu aku tinggalkan korang ngan video clip OST KAU DAN AKU ni.. enjoy.!!!




Kembara puisi



10 April 2011. aku dan coursemate2 aku termasuk lecturer terbaik zaman ini telah berjaya menjejakkan kaki ke Simpang Mengayau, Kudat, Sabah. kalau bagi aku dah kali ke-3 dah aku pegi sana kalo x silap ar kan.. kat sana kitorang buat BBQ sket. memang haipening la (happening). Yang paling best time pagi nak bertolak tu, boleh-boleh plak kena tinggal ngan bas UMS angkara pemandunye yang naik hot sebab ade antara kitorang ni yang lambat bersiap (makeup lebih sangat kot cik kak). Tapi nasib baiklah dengan kebijaksanaan En. Shuhaimi bas tersebut telah mengona balik dan menjumput the Datins naik dengan penuh keikhlasan seyhh. oh yeah, before that aku nak memperkenalkan lecturer terbaik zaman ini yang aku maksudkan tu adalah En.Shuhaimi lorhh. kalau you all nak tengok gamba dia ni hah kat bawah ni, dia bersama anaknye. cute beb jatuh hati aku pandang pertama aku tengok anak dia. sudah la cute manje lagi...

penat beb pegi sana..walaupun penat tapi berbaloi la sebab dapat tengok pemandangan yang sungguh beautipool kat sana. memang sesuai la bagi photographer yang minat menembak gambar-gambar landskap sebab kat sana bukan saje pemandangannye cantik tapi udara pun fresh. boleh mendatangkan ilham untuk berkarya. oy yeah crite sket la ape yang kitorang makan kat sana, kan tadi aku cakap kitorang buat BBQ, so the lauks is ayam, daging, udang, sotong and the most popular food untuk gegirl which is sosej. semua barangan tersebut dibeli kat Pasar Filiphin K.K (Kota Kinabalu). after aku, budi, husni, jaha dan zairul beli kitorang dengan penuh rasa bertanggung jawab telah memproses untuk memerap semua lauks-lauks mentah tadi until jam 2pagi baru la semuanye siap..lengguh tangan aku main ngan sotong.terus lembut tangan aku dibuatnye.





Ni salah sorang kawan aku yang terlampau excited time sampai kat sini sampai panjat atas globe ni. aduhhh YAP bawak-bawak la bertaubat, tua sudah kau tu geng. maybe itu cara dia expresikan kegembiraan dia kan? so let go jela.kalau anak aku wat prangai macam tu dah lame aku blanje dia makan Pizza. nasib baik la bukan anak aku. YAP ni memang gila-gila sikit perangainye,tapi yang penting ensem la sikit dari aku.




Ni lah antara muka-muka gembira coursemate aku. seronoknye korang yer?? hurmmm korang tak payah la cari mana satu aku kat dalam gambar tu sebab gambar ni aku yang capture, sebab tu la takde muke aku. Tepat jam 5 petang kitorang pun bersiap untuk balik semula ke UMS terchenta. Sampai UMS around jam 8 malam. tengok muka semua muka penat gile bab. kesian kesian... and the last but not least aku harap program macam ni dapat dibuat lagi pada semester akan datang. kalau boleh pegi la Serawak plak pasni yer? Ok lah sampai sini je aku type untuk post ni. nanti kalau ade berita-berita gempak yang aku nak share ngan korang lagi wahai pembaca blog Mr.Kay aku akan tulis lagi OK? salam.





Jumaat, 8 April 2011

Tangis alam




Dulu alam ini cantik dan permai
menjadi tempat manusia menumpang nasib
membanting tulang empat kerat
menumpang sedikit rezeki dari isinya
demi sisa hidup di kemudian pagi.

Dulu alam ini cantik dan permai
Tapi kerana manusia laknat
Kerana tangan kasar yang menconteng
Semua punah ranah
Hanya sisa akar dan tunggul buruk
Tempat bersarang si anai-anai dan semut merah.

Dulu alam ini cantik dan permai
Tapi pemodenan merubah coraknya
Menjunjung yang bukan hak
Mengejar sesuatu yang bukan kehendak
Tapi merubah atas dasar hak sejagat.