Iklan

Khamis, 27 Ogos 2009

Seni itu?

Aku adalah manusia yang berjiwa seni..
Seni itu indah, seni itu halus..
Tanpa seni kita tidak kenal dunia..
Tanpa seni tiadalah kita..
Untuk melahirkan rasa jiwa seni..
Kita perlulah salami nilai yang ada dalam seni
Ilusi yang lahir dari minda yang kreatif..
Jiwa yang memberontak mencari landasan untuk mendarat..
Artistik diriku yang penuh dengan ilham..
Tanpa kita sedari ia datang dan pergi..
Tanpa kita ketahui ia muncul kembali..
Minda yang dijajah umpama hati yang tandus..
Tiada buah tiada jiwa..
Yakjud dan makjud mencari peluang..
Peluang untuk binasakan hati yang tandus..
Peluang untuk robohkan kekuatan jiwa..
Bagi yang tahu pasti mengerti ..
Bagi yang tolol akan senyum..

2 ulasan:

REVOLUSI PEMBEBASAN berkata...

seni itu memang indah,
kaya pula dengan warna-warninya,
tapi kita lupa,
lupa pasal apa itu seni sebenarnya,
menjadi panduan
atau
sekadar hiburan dunia.
kerana seni manusia dihina
dan
kerana seni manusia dipuja.
adakah kita sekadar manusia
yang empunya seni
atau
kita adalah hamba kepadanya.
renungkan dan fahamilah,
apa itu seni,
dan dimana kita didalamnya.

Mr.Kay berkata...

abe kom...