Ahad, 27 Mac 2011
Malam Yang Memedihkan
Sabtu, 19 Mac 2011
Merokok boleh menghilangkan stress
Antara tangan,chopstick dan babi
tangan;aku bersih
aku tak pegang babi
chopsticks pegang babi
aku tak salah
salah chopstick pegang babi.
aku tak buat dosa
chopsticks yang dosa
dia yang sentuh babi.
chopsticks; aku tak salah
tangan yang pegang aku
dia yang gerak aku
untuk pegang babi.
tangan paksa aku
jadi aku kena salah.
salahkah aku pegang babi?
babi;kenapa aku yang kena maki
teruk sangatkah aku ni
sampai orang keji aku sampai mati
apa nak jadi dengan nasib babi.
kalau orang makan babi
apa maksudnya?
orang itu lebih teruk dari babi
pakai tangan lagi nak gigit daging babi.
tangan; aku tak kisah
siapa makan babi
janji tangan ni boleh pegang duit
tak kiralah aku kena pegang tahi babi
asal aku kaya dan tak rugi.
chopsticks; nasib baik aku pegang daging babi
bukan macam tangan
semua benda dia pegang
janji dia hidup senang lenang
lepas itu kata aku yang salah pegang babi
kerana hukumnya haram.
babi; kenapa tangan dan chopsticks suka salah faham
siapa yang pegang aku sama saja
masing-masing ada kepentingan
babi besar babi kecil
sama saja
orang akan tetap pandang aku seekor babi.