Iklan

Isnin, 25 Julai 2011

Malaysia VS Singapore

Malaysia Lawan Singapore pada 28 Julai ni di Stadium Bukit Jalil.

Jom kita pegi tengok ramai-ramai.

berikan sokongan anda yang tidak berbelah bagi tu pada pasukan bola sepak negara kita.

Walaupun pada pusingan pertama kita dah kalah 5-3. tapi aku yakin pasukan bola sepak kita dapat memberikan yang terbaik pada perlawanan di Stadium Bukit Jalil nanti.

"Gomo Malaysia gomo.."


Jumaat, 15 Julai 2011

cMajor aspek yang penting untuk melangkah ke Universiti


Salam, hello guys.. macam mana dengan korang punya semester break? harap-harap diisikan dengan perkara yang berfaedah la.

Tak lama lagi akan buka new semester dan start sekarang dah ramai orang bercakap "eh,kau dapat U mana ek?".. "nanti kat sana kita stay sama-sama ek?"... "eh, jom pegi shopping sikit, tak lama lagi nak masuk U dah" peh-liss......

excited gile korang ni bila dapat berita gembira kan? tak kesah la korang nak gembira ke ape, asalkan korang jangan overdose dah la ye adik-adik.

Tapi ada jugak diantara mereka yang sedih. sebabnya dapat UMS dan UNIMAS. euww.. bukannya jauh pun dalam Malaysia jugak. apela yang nak disedihkan. bukannya pergi berperang pun. be cool and steady jela mcm Mr.Kay ni....

(ni gambar senior aku yang dah konvo 2 tahun lepas)

Sebelum korang bergerak ke tempat korang nak sambung study tu. korang mestilah bersedia dari segala aspek, dan juga mempunyai kriteria seperti berikut :-

A) hati yang keras dan semangat yang kental = sebabnya seminggu time korang kena orientasi tu confirm rasa rindu pada bantal bucuk dan masakkan mak korang akan bermain-main di ingatan korang..

B) Fizikal yang sudah bersedia = kebiasaannya time orientasi korang akan kena ragging.tapi taklah teruk sangt kot. paling-paling pun kena balik ke kolej kediaman daripada dewan Canselor yang jauhnya lebih kurang setengah batu, tidur yang confirm tak cukup sebab banyak sangat aktiviti yang PSM akan buat time tu dan jugak maybe makanan yang kurang menyedapkan. tambahan lagi makanan dari cafe.pehhhh....

C) Perangai yang sopan = first year selalunya tak banyak buat kes la kott, masuk tahun kedua baru nak tunjuk belang sikit. itu normal.. tapi jangan la ada yang masuk-masuk je terus berkelakuan macam ayam hutan yang baru keluar dari jamban. tak sedap pulak mata abang2 dan akak2 melihatnya nanti.

All the best pada semua adik-adik yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT, pada yang tak dapat tu jangan la sedih-sedih. maybe ada perkara yang terbaik dan lebih baik sedang menunggu anda. sabar, usaha dan tawakal sajalah yer.

tak lama lepas tu confirm cara dressup korang berubah. hahaha...wait and see...

impian setiap orang yang sambung study adalah untuk menamatkan pelajaran dan mendapat keputusan yang baik kan? so work hard for it.. jangan shock sampai lupa semuanya OK

p/s : sejak dari first Mr.Kay sambung study, sampai sekarang tak penah dapat 4 flat lagi.. grrrr!!



Jumaat, 8 Julai 2011

Terbang balik


Salam, hye semua pembaca blog Mr.Kay

Tak lama lagi aku nak balik ke semenanjung, bercuti selama dua bulan. dalam 2, 3 hari lagi aku akan balik. Seperti biasa, aku tak la excited sangat nak balik semenanjung ni, rasa macam biasa-biasa jer kot. nothing special yang akan berlaku kott..


Rasa macam sama jer balik atau tak balik pun. tapi kalau balik boleh la jugak dapat rileks-rileks sikit. nak rileks lebih-lebih tak boleh la kott. sebab aku kena siapkan Thesis. Semester hadapan adalah semester terakhir aku di Sabah. then lepas tu aku akan practikal di sebuah syarikat perfileman yang aku rasa cukup kuat jugak la di Malaysia ni.

So balik ni aku perlu pegi buat tinjauan dan survey sikit kat Cyberjaya. dan disamping tu aku perlu siapkan proposal untuk Thesis aku. Awal semester hadapan aku kena bentangkan proposal untuk Thesis aku tu. Thesis tu membuatkan aku bertambah serabut..

Aku balik cuti serupa aku tak balik je kott, cuma bezanya balik nanti boleh makan FREE jela..

Uhhhhh.... banyaknya perkara yang perlu diSettlekan time cuti dua bulan ni. buka je semester depan bukan saja aku kena fikir pasal untuk Thesis malah aku kena rush uruskan Minggu Suai Mesra untuk bakal-bakal junior aku yang akan masuk tak lama lagi.

Tiga tahun aku study di Sabah ni aku rasa kejap je. banyak betul aktiviti yang aku join sampaikan makan pun kadang-kadang tak sempat kott. Thats why la aku ni agak kurus. ahahaha...

p/s : Mr.Kay balik sorang-sorang nanti, confirm bosan. tapi dah biasa balik sorang-sorang. PSP teman terbaik dalam flight nanti.

Ahad, 3 Julai 2011

Tips untuk si malang



Salam 1 Malaysia pada semua pembaca blog aku, tak kira la you all boys, girls, half-half atau ape-ape pun. yang penting you all baca blog aku.

untuk entry kali ni aku cuma nak share ngan you all tips-tips bagi orang yang putus cinta. be cool la ek, cinta tu datang dan pergi macam drive thru di mcD. So you all order jela nak makan ape pun.

Jangan ditangisi cinta yang dah pergi tu sebab once its go away from you, you can get better than that. so jangan nangis-nangis yer? buang air mata korang je. mana la tau kan, you all akan dapat yang ala-ala Tizz Zaqiah (untuk boys) atau ala-ala Shaheizy Sam (untuk girls).

Tips pertama
Kalau both of you (girls & boys) putus cinta. Korang kena sediakan coklat banyak-banyak. sebabnya menurut fakta saintifik coklat ni dapat meRealesekan minda kita dari tekanan. bila korang terasa sedih, lebih baik korang kunyah coklat. paling best tablerone.

Tips Kedua
Pegi tengok sunset atau pemandangan yang indah. sebab keindahan tu dapat membuatkan otak kita sihat dan kembali pulih dari segala ketegangan otak. kalau korang (boys) rasa yang indah tu adalah aweks-aweks so korang tengok jela aweks yang lalu depan korang tu. tapi diingatkan "just tengok je, jangan pegi suittt..suittt kat aweks tu pulak"

Tips Ketiga
Kalau putus cinta korang jangan layan lagu-lagu sedih,nanti tambah la korang jadi sedih. korang sepatutnye layan lagu-lagu Metal head banging. aku rasa okey kott untuk menghilangkan tekanan korang tu. sampai pecah rumah pun takpe,asalkan korang hilang perasaan sedih tu.

Tips Keempat
Untuk melupakan perkara-perkara macam ni memang susah, cara yang paling bernas yang aku boleh bagi untuk kali ni adalah Solat. ritual mendekatkan diri dengan sang pencipta ni adalah terapi yang paling baik. jangan la time putus cinta je baru ingat tuhan ok?

Tips kelima
Mandi dan menyejukkan badan. bila korang mandi dan sejukkan badan korang tu sedikit sebanyak dapat mengurangkan perasaan sedih korang tu, tapi kejap jela kott..
kalau nak lama-lama better korang berendam je dalam kolam tu lama-lama.


Putus cinta ni adalah satu perkara normal dalam kehidupan. so, jangan la korang sedih-sedih sangat. ada ape dengan cinta? bukan tahan lama pun. orang dulu-dulu mungkin la boleh buka hadis cinta diorang generasi sekarang mungkin tidak la kott..aku tak rasa generasi sekarang ni pandai menghargai cinta. so better korang fikirkan benda lain yang lebih berfaedah daripada fikirkan about LOVE. bukan nak kata LOVE ni tak penting, cuma ianya adalah perkara kedua terpenting. jangan jadikannya sebagai main things dalam life korang.dan jangan jadikan ianya macam big problem sampai mau bunuh diri kejadah semuanya tu. sia-sia je semua tu. last-last pasangan korang tu jugak yang bahagia ngan orang lain. korang plak tak dapat ape-ape.

Take it easy la, and remember that great love involve great risk.

p/s : perfume aku nak habis la,ade sape-sape nak tolong belikan untuk aku tak?


Selasa, 28 Jun 2011

Meniru time exam


Salam, ape kabar you all semua?

aku tak tau nak share ape ngan you all buat entry kali ni, dan aku dah lama tak update blog aku ni.
jadi aku nak update la blog aku kali ni. Topic kali ni meniru dalam exam.

huhh..korang mesti pernah meniru kan? tak kira la dalam ape cara sekali pun mesti korang penah meniru. Lecturer aku pernah cakap seni itu adalah tiru. jadi seni itu adalah seni meniru. contoh yang dapat kita tengok adalah dalam painting. pelukis mesti meniru untuk menghasilkan karya diorang. diorang akan tiru landskap dan aplikasikan dalam painting diorang.

Tapi kali ni aku bukan nak story about tu, aku ada topic hangat yang lain.

Meniru yang aku nak storykan ni adalah meniru time exam. Time meniru tu diorang akan bawak la nota kecil (toyol), kalau nak yang lebih canggih capture je nota pakai phone. phone student-student sekarang kan canggih-canggih belaka. ahahahaah...

meniru ni memang satu kerja yang tak baik la. tapi kalau dah korang nak suke sangat meniru ape boleh buat. asalkan korang bahagia sudah la. jangan sampai kantoiii sudah la.

Ape yang aku boleh cakapkan usaha lebih baik daripada meniru, tapi aku paham, student ni ada masa yang terdesak jugak, maybe sebab diorang tak cukup masa nak study and so on kan. jadi pandai-pandai korang lah. aku tak nak masuk campur. sebab meniru itu adalah seniii...hahahahha

Peace!!

Khamis, 23 Jun 2011

Usaha tangga kejayaan


Salam, ape kabar you all semua?

Kali ni aku just nak kongsi ngan you all pendapat aku tentang life.

Korang tau tak, segala ape yang korang usahakan tu akhirnya akan membuahkan hasil yang korang sendiri pun tak sangak.

Kalau korang usaha untuk cinta maka korang dapat la cinta sejati korang tu, kalau korang usaha untuk better life maka itu jugalah yang korang akan dapat.

so aku harap korang semua tak berhenti untuk berusaha, korang jangalah putus asa dengan dugaan yang datang. korang teruskan perjuangan. tak kesah la dalam ape-ape sekalipun. kalau korang berusaha dan sabar, aku yakin korang akan dapat apa yang korang mahukan.


"Life is simple"

"hidup itu indah"

yang penting korang percaya yang kejayaan tu tetap akan datang pada korang.

"don't stop believing"

So korang teruskan berusaha. aku yakin korang semua akan berjaya. aminn

p/s : aku menunggu hari kejayaan aku sambil meneruskan usaha aku


Selasa, 21 Jun 2011

Malayu Typical

Salam, apa kabar you all semua?

Untuk entry kali ni aku nak luahkan apa-apa je yang ada dalam minda aku buat masa sekarang ni.

Aku mendapat banyak kritikan dan kutukan daripada pengunjung blog aku ni. ada yang mengatakan aku Melayu typical, dan banyak lagi. tapi aku tak kesah la apa pun yang mereka nak cakap sebab itu hak mereka. asalkan mereka bahagia, its okey bah. Malaysia ni adalah sebuah negara yang bebas. dimana rakyatnya bebas untuk bersuara. jadi teruskanlah bersuara wahai sahabat-sahabatku.

Bercakap soal Melayu Typical aku terasa seperti aku yang berdosa kerana telah merosakkan nama Melayu. kesucian dan keagungan bangsa Melayu telah dicerca oleh segolongan manusia yang suci, aku tidak nafikan mungkin mereka dalam golongan suci dan pastor. Maafkanlah mereka kerana mungkin mereka mahu menjadi tuhan untuk menghukum manusia. mungkin juga golongan suci tersebut bukan berbangsa Melayu atau juga mungkin dia Melayu celup.

Tak kesah la anda berada di dalam golongan Melayu yang macam mana sekali pun. asalkan itu membahagiakan anda semua. sila lakukan. kerana jika anda bahagia, aku turut bahagia. hahaha


p/s : its okey bah, tiada masalah tu. hahahaha...