Tentu korang penah merasakan sakitnya akibat putus cinta kan?
Tambahan lagi dalam minggu-minggu peperiksaan. Itulah yang aku alami sekarang.
Lusa aku dah nak exam tapi benda ni berlaku, aku betul-betul kecewa dan sedih ngan ape yang berlaku sekarang.
Aku bukan nak mintak simpati korang, Cuma aku ingin luahkan. Aku tak tau nak luahkan kat sape. Jadi aku tulis la kat blog aku ni.
Sememangnya putus cinta ni satu tragedi yang sangat menyakitkan, aku tak tahu apakah punca dan sebab dia memutuskan hubungan kami. Dia cakap yang selama ni dia hanya bermimpi dan sekarang dia sudah keluar dari mimpi.
Aku masih ingat lagi dah tiga kali dia cuba memutuskan hubungan kami, tapi aku masih boleh bertahan. Aku cuba bertahan walau pada hakikatnya aku sendiri yang merana dengan sikapnya.
“kenapa awk tak pernah sedar semua itu?”
Aku sibuk dengan tugasan yang sangat memeningkan kepala otak aku ni tambahan lagi lusa aku dah exam, aku betul-betul rasa tertekan sekarang. Ingin saja aku terjun ke tasik, tapi jika aku buat semua tu apalah nasib keluargaku? Mereka tentu akan sedih dengan perbuatan aku tu.
Aku masih teringat lagi masej yang dihantar kepadaku memang aku takkan lupa sampai bila-bila
Ok, Muhammad Khaidil…
Saya No****ra Sa***ri..
Ingin memutuskan..
Hubungan..
Kita..
Arghhhhhhh!!! Aku rasa tak percaya dengan mesej tu dan aku cuba menelefon tapi tak diangkat, aku menghantar mesej kepada dia dan bertanya “kenape ngan awk ni?” jawapannya “saya serius ingin memutuskan hubungan kita” apalah malangnye nasib aku hari tu. Apalah dosa yang aku dah buat.
Mungkin ini semua balasan yang harus aku tanggung kerana telah merampas kekasih orang. Pada Mr.A aku mintak maaf sangat-sangat ngan kau. Kau tak tahu apa-apa pun pasal ni. Kau tak tahu pun orang yang kau cinta tu dah menduakan kau. Senang dia menerima aku sebagai SBF dia dan senang juga dia membuang aku. Inilah balasan yang memang patut aku terima. Sedangkan dengan Mr.A dia sanggup buat macam tu, tak mustahil dengan aku pun dia boleh buat.
Apa yang aku belajar ialah "senang dia menerima kita, maka senang jugalah dia akan membuang kita"
Aku Cuma berharap dia akan sentiasa bahagia dengan orang yang dia cinta dan berhentilah mempermainkan perasaan orang dan berhentilah menduakan orang yang mencintai diri awk. Salam sayang dari saya Mr.Kay
p/s: Cintailah orang yang mencintai diri kita, hargailah orang yang mencintai kita.
theotherkay.blogspot.com ©