Iklan

Ahad, 2 Januari 2011

Jalan sampai pecah lutut.

Aritu kitorang (Ikhwan, Wani & i) pegi jalan cari bahan sikit. habis satu KL ktorang pusing. 1st aku x berminat nak pegi sebab ade masalah sket time tu,last2 aku pegi jugak la ikut diorang ni kan..huhu.


* inilah Ikhwan ngan GF dia si Wani.

nak dijadikan cerita time kitorang jalan aritu terjumpa la plak ngan Ulik dan Zul, diorang tu kawan i kat UMS,Sabah. Diorang tu kena practikal kat Kuala Lumpur, so kitorang jalan la sama2 ngan perangai gila-gila si Ulik tu. Memang best gile lah klua ngan diorang yg sangat happening, hilang masalah buat seketika.

* inilah si Ulik yang di maksudkan.ehehe..

fuhhh...memang best ar klua aritu. tapi malangnye i tak dapat celebrate new year kat sana sebab Ikwan and his GF nak balik cepat sebab 2hb januari diorang dah nak bertolak balik ke UNIMAS,Serawak.

Ape-ape pun klua melepak ngan diorang memang best la..thanks babe.

Isnin, 6 Disember 2010

Fesyen dan lelaki


Fesyen dan lelaki sememangnya tidak dapat dipisahkan, ramai orang beranggapan wanita yang lebih suke berfesyen tetapi pada masa kini lebih ramai lelaki yang suke berfesyen dan bershopping mengalahkan perempuan. Lelaki yang suka berfesyen seperti ini lebih dikenali sebagai lelaki metroseksual.. ermmm apa itu metroseksual??. Hampir sedekad lalu, kemunculan terma metroseksual telah menukar persepsi dan pemikiran kaum lelaki terhadap penampilan dan fesyen. Ramai lelaki mula sedar bahawa penampilan yang hebat akan menyerlahkan personaliti dan memberi lebih keyakinan. Percaya atau tidak, kebanyakan lelaki hari ini sudah tahu menilai kesesuaian pakaian dan trend fesyen mengikut gaya hidup mereka. Walaubagaimanapun masih ada lelaki mengganggap trend fesyen hanya untuk mereka yang berduit dan menjalani gaya hidup penuh stail sahaja. Jika dilihat dari segi positif lelaki metroseksual sangat mementingkan penjagaan diri dan kebersihan yang sangat baik, ini kerana kebanyakkan daripada mereka menjaga stail dan penampilan.. hmmmm kalau korang nak tau, lelaki metroseksual ni mempunyai ramai peminat dikalangan wanita, so pada lelaki diluar sana yang ingin mempunyai ramai teman dan peminat, korang mestilah jadi lelaki metroseksual yang pandai bergaya dan bijak dalam mengatur kata-kata.. huhu semoga korang menjadi jejaka pilihan Malaya.haahahaaha..

Ahad, 5 Disember 2010

HIDUP YANG TAK BERMAKNA

Usia muda adalah usia yang paling gembira,yang paling banyak menghabiskan masa,yang paling banyak melakukan dosa. Menghabiskan masa bersama rakan-rakan, berseronok tanpa batasan, macamlah akan hidup sampai ke tua. masuk ke alam Universiti memang seronok, pelbagai benda yang dipelajari. Dari yang kecil hingga ke besar, semuanya hendak dicuba. Satu hari aku terfikir sampai bila aku nak jadi macam ni?.. Aku juga mahukan kehidupan sempurna dan keluarga yang bahagia. Aku tak mahu keluarga yang akan aku bina nanti hancur berantakkan. Untuk mendekatkan diri pada-NYA sangat banyak cubaan dan halangan. Hahaha memang betul la kata cikgu, untuk berjihad di dalam medan peperangan memang senang tapi untuk berjihad melawan hawa nafsu sangat susah. Aku berkenalan dengan seorang wanita nama dia 'J' aku sayangkan dia. Tak tau la kenapa aku terlalu sayangkan dia. Aku cuba untuk berubah demi kebaikan aku dan J. Aku nak bahagiakan dia, aku nak berikan dia sebuah keluarga yang bahagia. Aku harap usahaku akan berjaya. Tapi untuk berjaya tidak semudah yang disangkakan. Aku juga perlukan dorongan dan bantuan J untuk mengubah diriku. Aku dah bosan hidup dengan keseronokkan yang tidak membawa apa-apa makna bagiku. Aku harap aku dapat menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.hahaha... itu sajelah yang aku rasa nak tulis setakat ni.

Isnin, 22 November 2010

Doa

Tuhanku
Dalam termangu
Aku masih menyebut namaMu
Biar susah sungguh
mengingat kau penuh seluruh
cayaMu panas suci
tinggal kerdip lilin di kelam sunyi
Tuhanku
aku hilang bentuk
remuk..
Tuhanku
aku mengembara di negeri asing
Tuhanku
di pintuMu aku mengetuk
aku tidak bisa berpaling

13 November 1943. Puisi Chairil Anwar

Sabtu, 14 Ogos 2010

PELUANG KEDUA


musnah dunia

Angkara si dia

Mencipta sengsara

Yang Penuh bermadah

Dan Ini bukanlah

permainan

Yang Penuh dusta

Dan tipu helah

chorus

Usah kau cari

Peluang kedua

Yang tiada di sini.

Usah kau ingin

Nikmat di sini

Yang hanya utk diri mu/wooo..woo..

Walaupun sedetik

Cuma tak ku mahu

Lagu & Lirik : KOjek

1st guitar : Boy

2nd guitar : KOjek

Jumaat, 30 Julai 2010

Mencari-cari


Elektrolisis hati mula bergetar
Paranoid cinta menghantui aku
Dalam konfrontasi tiga persegi
Halusinasi ini aku tak tahu.

Para saintis mengkaji
Robohnya istana si jantung hati
Pabila cinta didustai
Yang ternoda oleh kaca berduri

Hipotesis elektro cinta
Tidak mudah di banding dua
Dalam erti sebuah kehidupan
Yang aku sendiri tidak pasti.

Malam ini rasanya binggit
Hati bergelora menghempas sanubari
Pedih kering tak basah kembali
Nanah kuning yang menjadi penyeri

Aku di noda oleh jari jemari
Kini gersang mencari ubi
Penawar duka dikala asmara
Menjadi teman pengubat lara

Angin sepi bertiup dingin
Menusup tulang belulang
Oblongata bisa tercabut
Oleh bayang sang pemberi.

Dikala sepi aku sendiri
Tiada insan datang memberi
Menagih simpati pada yang sudi
Tika malam masih bererti.

Komplot jiwa membelenggu diri
Halusinasi hati tidak terperi
Tersentak aku dengan tragedi
Bergelora emosi fantasi

Seksi sungguh hati budi mu
Tidak secantik paras rupa mu
Wajah kelabu di laman FB mu
Namun ku tahu siapa itu.

Lenggoknya lemah gemalai
Tubuhnya bagai serunai
Betiknya besar terjuntai-juntai
Menjadi peneman di malam hari.

Hutan tropika telah ku terokai
Mencari sebutir intan baiduri
Yang tertanam di kerak bumi
Biar terpaksa ku menggali.

Mengalir deras sungai gersang
Bersama asmara si jantung pisang
Menerobos batu yang terlarang
Runtuh tembok yang sudah usang

Antara dua ada penyelit
Yang sesak jadi sempit
Meraung si dara ketika sakit
Tercucuk jarum di tempat sulit.

Bibit hitam di taburi duri
Kerana nafsu serakah babi
Lahir insan yang putih suci
Dalam keronsong muda-mudi

Hari silih berganti
Yang merangkak sudah berlari
Mencari-cari bapak sendiri
Menagih kasih simpati

Revolusi penghujung zaman
Hiburan songsang menjadi teman
Generasi kini tidak berpedoman
Hingga tersungkur di lembah kehinaan.

Dalam terang ada suram
Syaitan berpesta siang dan malam
Menghasut manusia yang sudah kelam
Hancur diri dimamah alam.

Ekspedisi itu tiada penghujung
Kerana diri sudah terkurung
Terkunci hati jiwa terkongkong
Dalam dilema sang pembohong.

Khamis, 13 Mei 2010

SIMPANG MENGAYAU


Sabah sebuah negeri yang terletak di kepulauan Borneo merupakan salah sebuah negeri yang mempunyai banyak tempat yang menarik dan bersejarah. Sabah terletak bersebelahan dengan Sarawak dan juga Brunei ini menjadikan Sabah sebagai sebuah negeri yang mempunyai banyak suku kaum dan etnik. Antara suku kaum yang terdapat di Sabah adalah seperti Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun, Murut, Rungus, Bajau, Bugis, Kedayan, Kagayan, Iranun dan banyak lagi etnik minority yang menetap di setiap pelusuk negeri Sabah.

Sabah mempunyai banyak tempat yang menarik, tetapi pada kali ini saya ingin menceritaka serba sedikit tentang keunikan dan keindahan pemandangan di Simpang Mengayau. Simpang Mengayau terletak di daerah Kudat. Perjalanan untuk sampai ke Kudat memakan masa lebih kurang tiga jam jika anda bertolak daripada Kota Kinabalu. Kudat terletak di utara Sabah yang berhampiran dengan Filipina, kebanyakkan masyarakat di Kudat memeluk Agama Islam dan juga berbangsa Bajau. Simpang Mengayau yang terletak tidak jauh daripada Bandar Kudat merupakan salah sebuah tempat menarik yang sering di kunjungi oleh pelancong tempatan mahupun antarabangsa. Keunikkan yang ada di Simpang Mengayau adalah pemandangannya yang menarik, ini kerana Simpang Mengayau terletak di penghujung Sabah (The tips of Borneo). Simpang Mengayau juga merupakan sebuah jaringan bukit tinggi yang memanjang mengadap ke Laut Sulu sehingga menampakkan panorama yang indah ketika matahari mula naik dan matahari terbenam, tempat ini merupakan salah satu tempat yang menjadi kawasan tarikan pelancong. Simpang Mengayau sebenarnya mendapat namanya daripada bahasa pertuturan harian masyarakat tempatan yang menampakkan fungsi jaringan bukit ini dan panoramanya ketika era zaman pelanunan suatu ketika dahulu. Simpang Mengayau berasal dari perkataan Bajau Suluk ‘Simpang’ yang membawa erti menemui ataupun menjumpai seseorang setelah menunggu disebabkan adanya temu janji. Mengayau pula merujuk kepada perkataan Bajau Suluk yang membawa erti beradu kekuatan, berperang atau berlawan. Dengan itu, nama Simpang Mengayau bererti menemui atau menjumpai orang untuk tujuan beradu kekuatan ilmu batin ataupun berperang. Pada zaman dahulu ketika era zaman kesultanan Sulu Sering kali juga kawasan bukit di tanjung ini menjadi tempat persembunyian musuh-musuh dan lanun yang menunggu untuk menyerang kapal-kapal dagang yang melalui kawasan ini atau berlabuh di sini. Ferdinand Magellan dalam catatan pigafetta dalam pelayarannya mengelilingi dunia sewaktu belayar dari Brunei ke Kepulauan Sulu dikatakan pernah berlabuh di kawasan ini selama 42 hari pada tarikh 15 Ogos hingga 27 September 1521 untuk membaiki kapalnya yang rosak sebelum meneruskan pelayarannya.

Simpang mengayau seharusnya diberikan nafas baru dengan membina lebih banyak resort bagi kemudahan pengunjung yang akan bertambah suatu masa nanti kerana tempat yang menarik seperti ini merupakan satu khazanah alam yang tidak terhingga. Sehingga ke hari ini hanya terdapat satu resort yang baru sahaja memulakan operasinya dengan membuka tujuh chalet yang terletak di atas bukit di simpang mengayau, tempatnya yang sangat strategik dan indah menjanjikan ketenangan kepada para pengunjung yang cintakan keindahan alam. Terdapat juga kemudahan awam lain bagi kemudahan pelawat dan pelancong. Ramai yang tidak tahu dan tidak pernah mengunjungi Simpang Mengayau lagi, ini kerana tempat yang agak jauh ke pendalaman dengan keadaan jalan yang masih belum siap di bina ini membuatkan kawasan ini tidak terkenal seperti kawasan-kawasan pelancongan dan tarikan pelancong yang lain yang ada di Borneo ini seperti Tanjung Aru, Poring, Karambunai dan lain-lain lagi tempat tarikan pelancong yang terkenal di Sabah. Justeru itu pihak berwajib haruslah memainkan peranan yang serius dalam membangunkan Simpang Mengayau dan lain-lain kawasan tarikan pelancong yang tidak mendapat pendedahan yang sewajarnya bagi meningkatkan lagi minat dan tarikan bagi menarik pelancong dalam dan luar untuk lebih mendekati, merasai dan menghargai keindahan alam yang terlalu banyak di pulau Borneo ini.