Iklan

Khamis, 13 Mei 2010

SIMPANG MENGAYAU


Sabah sebuah negeri yang terletak di kepulauan Borneo merupakan salah sebuah negeri yang mempunyai banyak tempat yang menarik dan bersejarah. Sabah terletak bersebelahan dengan Sarawak dan juga Brunei ini menjadikan Sabah sebagai sebuah negeri yang mempunyai banyak suku kaum dan etnik. Antara suku kaum yang terdapat di Sabah adalah seperti Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun, Murut, Rungus, Bajau, Bugis, Kedayan, Kagayan, Iranun dan banyak lagi etnik minority yang menetap di setiap pelusuk negeri Sabah.

Sabah mempunyai banyak tempat yang menarik, tetapi pada kali ini saya ingin menceritaka serba sedikit tentang keunikan dan keindahan pemandangan di Simpang Mengayau. Simpang Mengayau terletak di daerah Kudat. Perjalanan untuk sampai ke Kudat memakan masa lebih kurang tiga jam jika anda bertolak daripada Kota Kinabalu. Kudat terletak di utara Sabah yang berhampiran dengan Filipina, kebanyakkan masyarakat di Kudat memeluk Agama Islam dan juga berbangsa Bajau. Simpang Mengayau yang terletak tidak jauh daripada Bandar Kudat merupakan salah sebuah tempat menarik yang sering di kunjungi oleh pelancong tempatan mahupun antarabangsa. Keunikkan yang ada di Simpang Mengayau adalah pemandangannya yang menarik, ini kerana Simpang Mengayau terletak di penghujung Sabah (The tips of Borneo). Simpang Mengayau juga merupakan sebuah jaringan bukit tinggi yang memanjang mengadap ke Laut Sulu sehingga menampakkan panorama yang indah ketika matahari mula naik dan matahari terbenam, tempat ini merupakan salah satu tempat yang menjadi kawasan tarikan pelancong. Simpang Mengayau sebenarnya mendapat namanya daripada bahasa pertuturan harian masyarakat tempatan yang menampakkan fungsi jaringan bukit ini dan panoramanya ketika era zaman pelanunan suatu ketika dahulu. Simpang Mengayau berasal dari perkataan Bajau Suluk ‘Simpang’ yang membawa erti menemui ataupun menjumpai seseorang setelah menunggu disebabkan adanya temu janji. Mengayau pula merujuk kepada perkataan Bajau Suluk yang membawa erti beradu kekuatan, berperang atau berlawan. Dengan itu, nama Simpang Mengayau bererti menemui atau menjumpai orang untuk tujuan beradu kekuatan ilmu batin ataupun berperang. Pada zaman dahulu ketika era zaman kesultanan Sulu Sering kali juga kawasan bukit di tanjung ini menjadi tempat persembunyian musuh-musuh dan lanun yang menunggu untuk menyerang kapal-kapal dagang yang melalui kawasan ini atau berlabuh di sini. Ferdinand Magellan dalam catatan pigafetta dalam pelayarannya mengelilingi dunia sewaktu belayar dari Brunei ke Kepulauan Sulu dikatakan pernah berlabuh di kawasan ini selama 42 hari pada tarikh 15 Ogos hingga 27 September 1521 untuk membaiki kapalnya yang rosak sebelum meneruskan pelayarannya.

Simpang mengayau seharusnya diberikan nafas baru dengan membina lebih banyak resort bagi kemudahan pengunjung yang akan bertambah suatu masa nanti kerana tempat yang menarik seperti ini merupakan satu khazanah alam yang tidak terhingga. Sehingga ke hari ini hanya terdapat satu resort yang baru sahaja memulakan operasinya dengan membuka tujuh chalet yang terletak di atas bukit di simpang mengayau, tempatnya yang sangat strategik dan indah menjanjikan ketenangan kepada para pengunjung yang cintakan keindahan alam. Terdapat juga kemudahan awam lain bagi kemudahan pelawat dan pelancong. Ramai yang tidak tahu dan tidak pernah mengunjungi Simpang Mengayau lagi, ini kerana tempat yang agak jauh ke pendalaman dengan keadaan jalan yang masih belum siap di bina ini membuatkan kawasan ini tidak terkenal seperti kawasan-kawasan pelancongan dan tarikan pelancong yang lain yang ada di Borneo ini seperti Tanjung Aru, Poring, Karambunai dan lain-lain lagi tempat tarikan pelancong yang terkenal di Sabah. Justeru itu pihak berwajib haruslah memainkan peranan yang serius dalam membangunkan Simpang Mengayau dan lain-lain kawasan tarikan pelancong yang tidak mendapat pendedahan yang sewajarnya bagi meningkatkan lagi minat dan tarikan bagi menarik pelancong dalam dan luar untuk lebih mendekati, merasai dan menghargai keindahan alam yang terlalu banyak di pulau Borneo ini.

Ahad, 28 Mac 2010

Cinta dan kasih sayang hanya satu persinggahan

Tanpaku sedari lambaian perpisahan itu begitu sukar untuk ku. Sukar untuk ku menahan segala kepedihan ini. Semenjak aku kehilanganmu sepi melanda hatiku. Wajahmu sentiasa bermain di ingatan. Diriku terlontar jauh darimu, bagaikan mawar terkulai tiada erti lagi. Mengapa kau lakukan itu padaku??? Kau tinggalkan ku dalam keadaan yang penuh persoalan yang tiada penghujungnya. Aku merenung kenangan silam. Aku terkenang janji kita bersama membina mahligai bahagia. Tapi yang ada hanya kehancuran pada detik yang ngeri yang tak pernah ku impikan. Ikatan kita seakan putus. Cinta dari kasih sayang kita hancur berkecai di simpang jalan. Akulah insan malang yang menjadi korban cinta tanpa kejujuran dan keikhlasan di hatimu. Cinta bukan sahaja kebahagiaan,tapi juga kehampaan. KEKECEWAAN dan juga KEPERITAN.
Walaupun berjuta kali ku cuba melupakan, namun aku gagal.. gagal dalam menghapuskan kenangan lama yang kita bina bersama. Tiada lagi kesempatan bagiku untuk bersamamu seperti dahulu. Rupanya hubungan kita selama ini hanyalah satu persinggahan bagimu. Kelukaan hari ini memberiku pengalaman untuk ku melangkah ke hari esok. Harapanku dirimu bahagia bersama si dia. Aku bukan pengemis cintamu. Walaupun kasih sayang antara kita hanya sekejap. Akanku semadikan kisah cinta dilubuk hatiku.selamat berbahagia bersama si dia yang kau cintai.
Aku hanya pelindungmu. Tinggalah aku bersama kenangan sepi dan izikanlah aku mengingatimu sehingga ke akhir hayatku..

Rabu, 27 Januari 2010

kerna aku jauh


Berdosakah ku memujamu
Hinakah ku menyayangimu
Terseksa jiwa menanggungnya
Rasa yang membebani dada
Aku tak pernah merasakan
Nikmatnya perasaan dalam menyintaimu
Aku tak pernah mengharapkan
Lebih dari ucapan
Engkau menyayangi ku
Benar aku hanya prasangka
Nyata ku tak pernah kau cinta
Bodohlah ku harap sesuatu
Yang tak mungkin jadi milikku
Mungkin kerna ku makin jauh
Semakin hilang rindumu
Pudar bersama waktu
Atau mesra kita biasa
Tak harus ku anggap cinta
Simpan sendiri saja

Ahad, 10 Januari 2010

Sunset


Sunset
Originally uploaded by Aidyl Qojack
sunset di odec, sukarno dan kawan-kawannya sedang asyik bermain air.

Jalan-jalan di 1Borneo





Hari Sabtu(Semalam) aku terasa bosan sangat sebab kawan-kawan sebilik aku semua keluar ada yang pergi ke bandar ade yang pergi melepak entah kemana dan ada yang pegi berkelah. Aku hanya duduk seorang didalam bilik yang penuh dengan habuk, maklumlah bilik bujanglah dikatakan. Jam menunjukkan pukul 2 petang,perut sudah di isi dengan nasi, sambil aku duduk diatas kerusi sambil menghembuskan asap rokok, aku terfikir alangkah bagusnya kalau aku pegi ke 1Borneo,lagipun bukannya jauh pun. 1Borneo hanya terletak di hadapan UMS sahaja,tempat aku menuntut ilmu yang masih belum cukup-cukup lagi ni. Jadi pada petang itu aku membuat keputusan untuk pergi ke 1B seorang diri sambil ditemani Nikon D3000 aku tu. Inilah hasilnya dari apa yang aku dapat semasa jalan-jalan di 1B.

Sabtu, 9 Januari 2010

KL ke KK

Dalam perjalanan untuk pulang ke UMS aku sempat lagi snap scenary kat KLIA,pemandangannya memang menarik,tapi tengah sedap-sedap shoot ade pulak brader-brader polis tengah melepak.Aku pun serba salah nak ambik gamba dekat area tu,karang tak pasal-pasal pulak kena sound dengan brader-brader polis yang tengah syok melepak....
Hari itu memang gembira bagi aku sebab aku dapat balik ke UMS untuk sambung belajar dan berpeluang untuk tingkatkan lagi pointer aku,tapi dalam suka-suka tu aku rasa sedih jugak sebab dah tak dapat makan masakkan mak aku yang sedap-sedap tu,dah la sedap,free pulak...sape takleh lupa kan?
Bila sampai kat UMS rupa-rupanya banyak lagi masalah yang tak settle,bingung betul ngan masalah-masalah ni,dah la PTPTN aku masuk sikit je,aku pun pelik la ngan PTPTN ni,kawan-kwan aku yang lain dapat 2+++ tapi aku dapat 1100 jer....masalah dunia betul la....