Iklan

Selasa, 4 Januari 2011

Karam di lautan


Bangkit kemarahan, sekumpulan lelaki kepung wartawan TV

SHAH ALAM 2 Jan. - Wartawan terkenal sebuah stesen televisyen swasta terpaksa melalui saat-saat mencemaskan apabila 'dikepung' oleh sekumpulan lelaki yang naik berang ekoran tindakannya mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan kepada orang Melayu.

Dalam kejadian di sebuah restoran di Klang dekat sini beberapa hari lalu, wartawan yang sering muncul di kaca televisyen dengan laporan isu alam sekitar itu mengaku telah mengeluarkan beberapa perkataan boleh membangkitkan isu perkauman.

Antaranya dia mengaku ada menyebut orang Melayu bukan berasal dari Malaysia atau Indonesia serta tidak pintar.

Dia yang dipercayai mengeluarkan perkataan tersebut ketika sedang mabuk mengakui, telah tersalah cakap hingga boleh menimbulkan salah tafsiran.

Berikutan itu dia memohon maaf daripada kumpulan lelaki tersebut serta seluruh masyarakat Melayu di negara ini.

Selama ini, wartawan tersebut berjaya menarik perhatian orang ramai dengan pendedahan berani berhubung isu pencemaran alam sekitar.

Selain itu, dia mendapat penghormatan khususnya daripada orang Melayu kerana kepetahan berpantun dan berperibahasa dalam setiap laporannya.
Hanya dengan satu stupid mistake, segala respect hilang macam tu jer. Well, memang sensitif yea orang melayu ni. Pantang di hina. Tapi aku agak susah nak percaya la Karam Singh tu cakap sakai-sakai lancau-lancau macam tu termasuk masa mabuk. Ada siapa-siapa yang tahu hal sebenar?

Tiada ulasan: