Ahad, 27 Disember 2009
Khamis, 19 November 2009
Bagaimana membuat spot of colour?
Tutorial ini adalah bagi membantu anda belajar bagaimana bagi menjadikan tempat-tempat tertentu warna selepas anda telah menukar sekeping gambar warna untuk hitam putih. Ok selepas anda mempunyai gambar yang anda hendak:
1. Menukar foto untuk hitam putih menggunakan satu Channel Mixer Adjustment Layer, If anda memerlukan bantuan dengan langkah ini sila rujuk untuk kita Conversion kepada Black dan White Tutorial.
2. Pastikan anda miliki Channel Mixer Adjustment Layer pilih dalam menu Layers.
3. Klik Brush tool
4. Pastikan warna yang anda set hitam dan putih
5. Menggunakan warna hitam, dengan berhati-hati menyentuh sepintas lalu bahagian-bahagian bagi gambar yang anda mahu memasuki warna, (anda membuat perlu menyesuaikan diri berus merekatkan untuk butiran kecil itu). Bila anda melakukan ini bahagian-bahagian itu yang anda memberus harus berbalik untuk warna.
Kulintangan alat muzik tradisional Sabah
Alat Muzik Kulintangan Papar Sabah
Alat muzik kulintangan berasal daripada suku kaum Suluk dan Bajau dari Semporna yang suka memainkan kulintangan. Kulintangan merupakan alat muzik tradisi yang sering dimainkan dalam majlis-majlis keraian seperti perkahwinan, khatam al-Quran, adat bercukur jambul, berkhatan dan kenduri-kendara yang lain. Tujuan muzik kulintangan ini dimainkan adalah untuk memeriahkan majlis dan menghiburkan para tetamu yang datang ke majlis tersebut.
Pada zaman dahulu, alat muzik Kulintangan ini diperbuat daripada logam tembaga yang kini semakin sukar ditemui, kalau ada pun harganya mungkin telah melambung berpuluh kali ganda dari harga dahulu. Sebagai alternatif kepada keperluan logam tembaga yang semakin sukar didapati ini, maka logam yang digunakan dalam pembuatan kulingtangan telah di tukar kepada besi biasa iaitu M15,M16, M18 dan besi tangki 48.Hanya dua kumpulan besi ini yang dapat menghasilkan suara kulintangan yang terbaik tetapi tetap tidak dapat mengatasi kenyaringan bunyi pukulan yang dihasilkan oleh tembaga.
Tidak semua besi sesuai digunakan untuk menghasilkan kulintangan ini. Pak Awang yang berasal daripada kampong Kuala Paper Sabah pernah mencuba mengunakan besi jenis lain tetapi tidak sesuai, dimana ia tidak menghasilkan bunyi apabila dipukul dengan kayu pemukul kulintangan. Melihat keadaan itu beliau telah menggunakan pemukul gong pula, barulah kulintangan yang dihasilkan daripada besi M21 itu berbunyi. Dari kejadian itu beliau telah menggunakan besi M21 untuk membuat gong. Menurut beliau lagi, pada zaman sekarang jumlah golongan yang mempunyai kebolehan dalam pembuatan kulintangan ini semakin kurang berikutan sikap golongan muda zaman sekarang yang lebih suka berkerja makan gaji daripada berkerja di kampong dan Mewarisi warisan turun temurun- kaum sendiri. Pekara ini amat menyedihkan beliau. Situasi ini terjadi kepada keluaga beliau sendiri, dimana anak-anak dan cucunya hanya boleh bermain muzik kulintangan ini akan tetapi tidak mahu mewarisi teknik pembuatan kulintangan ini. Begitu juga dengan keadaan anak muda yang lain di negeri Sabah ini, mereka lebih berminat untuk bermain alat muzik ini berbanbing mempelajari teknik pembuatannya.
Dalam menghasilkan kulintangan yang berkualiti tinggi dan tahan lasak kepakaran dan ketelitian amat diperlukan. Hal ini kerana sebarang kesilapan yang berlaku akan mencacatkan melodi dan bunyi yang akan dihasilkan oleh kulintangan ini apabila siap nanti. Oleh itu, hanya orang tertentu dan pakar sahaja yang boleh membuat alat muzik ini. Menurut beliau kepakaran dan kebolehan ini boleh diperolehi melalui pembelajaran dan penelitian dengan penuh minat. Muzik yang dihasilkan oleh alat muzik kulintangan dengan paduan bunyi alat muzik lain dikenali sebagai muzik bertintik. Alat-alat lain yang sering dimainkan bersama kulintangan adalah sebuah canang, dua buah gong dan sebuah gendang. Kami mendapat maklumat dari beliau bahawa hampir semua tarian tradisional di Sabah ini diiringi oleh muzik bertintik yang dipukul mengikut irama dan selera kaum masing-masing. Diantara tarian ini adalah tarian sumazau, tarian Limbai-Limbai, tarian mengiluk dan sebagainya. Pukulan muzik kulintangan atau muzik bertintik yang popular adalah Pukulan Tidung dan Pukulan kedidi’.
warisan seni muzik Kulintangan ini harus dipertahankan sebagai warisan kesenian dan pengenalan kaum negeri Sabah kepada masyarakat yang berada di luar negeri ini. Muzik kulintangan ini juga boleh menjadi salah satu daya tarikan pelancong untuk datang ke negeri ini. Dlam usaha merpertahankan warisan kesenian ini, golongan belia harus memainkan peranan penting sama ada dalam mumupuk minat dan juga sebagai tenaga pengajar seni muzik ini. Dari segi sejarahnya, muzik kulintangan ini adalah berasal daripada suku Suluk dan suku Bajau di Semporna, tetapi tidak semestinya hanya dua kaum ini sahaja. Semua masyarakat di negeri Sabah harus mempraktikan muzik ini supaya tidak luput di telan dek zaman.
Khamis, 24 September 2009
Aku Bukanlah Apa-Apa
Aku bukanlah bintang yang selalu gemerlapan di angkasa,
Aku bukanlah bulan yang selalu menerangi kegelapan malam,
Aku bukanlah matahari yang member sinar kepada alam semesta,
Aku hanyalah insan biasa yang bergelar manusia,
insan yang tidak lari daripada melakukan kesilapan,
Aku rindukan kehidupan yang harmoni,
Aku kehausan cinta suci yang lahir dari keikhlasan hati,
cinta yang terbit dari hatiku tidak pernah dihargai,
cinta yang tulus dari hatiku tidak pernah dibalas,
Aku bingung dalam anganan aku sendiri,
Aku sesat tanpa halatuju yang betul,
Tiada seorang pun yang sanggup membimbingku,
Tiada seorang pun yang ikhlas dengan kejujuran yang aku berikan,
Haruskah aku bunuh…
Haruskah aku bunuh perasaanku ini?
Adakah hanya biarkan ia melayang tanpa tali?
Atau biarkan hatiku tanpa berpedoman?
Jalan yang terbaik adalah kembali kepada yang satu,
Jalan yang betul dan murni.
Aku sujud menyembah yang Satu,
Dan aku redha dengan ujian yang diberikan kepadaku.
Aku bukanlah bulan yang selalu menerangi kegelapan malam,
Aku bukanlah matahari yang member sinar kepada alam semesta,
Aku hanyalah insan biasa yang bergelar manusia,
insan yang tidak lari daripada melakukan kesilapan,
Aku rindukan kehidupan yang harmoni,
Aku kehausan cinta suci yang lahir dari keikhlasan hati,
cinta yang terbit dari hatiku tidak pernah dihargai,
cinta yang tulus dari hatiku tidak pernah dibalas,
Aku bingung dalam anganan aku sendiri,
Aku sesat tanpa halatuju yang betul,
Tiada seorang pun yang sanggup membimbingku,
Tiada seorang pun yang ikhlas dengan kejujuran yang aku berikan,
Haruskah aku bunuh…
Haruskah aku bunuh perasaanku ini?
Adakah hanya biarkan ia melayang tanpa tali?
Atau biarkan hatiku tanpa berpedoman?
Jalan yang terbaik adalah kembali kepada yang satu,
Jalan yang betul dan murni.
Aku sujud menyembah yang Satu,
Dan aku redha dengan ujian yang diberikan kepadaku.
Khamis, 27 Ogos 2009
Seni itu?
Aku adalah manusia yang berjiwa seni..
Seni itu indah, seni itu halus..
Tanpa seni kita tidak kenal dunia..
Tanpa seni tiadalah kita..
Untuk melahirkan rasa jiwa seni..
Kita perlulah salami nilai yang ada dalam seni
Ilusi yang lahir dari minda yang kreatif..
Jiwa yang memberontak mencari landasan untuk mendarat..
Artistik diriku yang penuh dengan ilham..
Tanpa kita sedari ia datang dan pergi..
Tanpa kita ketahui ia muncul kembali..
Minda yang dijajah umpama hati yang tandus..
Tiada buah tiada jiwa..
Yakjud dan makjud mencari peluang..
Peluang untuk binasakan hati yang tandus..
Peluang untuk robohkan kekuatan jiwa..
Bagi yang tahu pasti mengerti ..
Bagi yang tolol akan senyum..
Seni itu indah, seni itu halus..
Tanpa seni kita tidak kenal dunia..
Tanpa seni tiadalah kita..
Untuk melahirkan rasa jiwa seni..
Kita perlulah salami nilai yang ada dalam seni
Ilusi yang lahir dari minda yang kreatif..
Jiwa yang memberontak mencari landasan untuk mendarat..
Artistik diriku yang penuh dengan ilham..
Tanpa kita sedari ia datang dan pergi..
Tanpa kita ketahui ia muncul kembali..
Minda yang dijajah umpama hati yang tandus..
Tiada buah tiada jiwa..
Yakjud dan makjud mencari peluang..
Peluang untuk binasakan hati yang tandus..
Peluang untuk robohkan kekuatan jiwa..
Bagi yang tahu pasti mengerti ..
Bagi yang tolol akan senyum..
Selasa, 25 Ogos 2009
aku ada pasangan
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seni itu indah
Seni itu indah.
Seni cerita ada gambarnya,
Seni bahasa pasti ada katanya,
Seni bunyi jua ada siulannya,
Seni itu halus...
Tetapi ia berat..
Ia tiada perbatasan,
sangat luas dan...
bisa melangkah kemana-mana.
Seni itu tidak jelas..
dan jelas itu hanya bukti pemikiran.
Bukti akal semata-mata..
Bukan pada intuisinya.
Akan tetapi...
pemikiran itu juga seni
kerana ia ilham diberi dan akal merinci...
Seni itu menjiwai,
maka lahirlah rasa.
Rasa itu kenikmatan.
Dari rasa kenikmatan membentuk pemahaman,
Dari pemahaman membentuk kesimpulan,
Dari kesimpulan membentuk kesyukuran,
Dan dari itu...
Dari kesyukuran membentuk kecintaan...
Di dalam bidang seni,
terkandung rahsia pemiliknya...
Hanya dapat diungkai,
dan di hurai oleh pemiliknya.....
Maka huraian pasti ....
Aku benar pasti dalam ilmu pengetahuan,
Dan jua....
Ia menjadi panduan dan kenderaan..
Ia membuka penglihatanku melalui satu ikatan..
di sebalik penciptaan...
dan disebalik penciptaan itu..
ada hikmahnya..
Seni cerita ada gambarnya,
Seni bahasa pasti ada katanya,
Seni bunyi jua ada siulannya,
Seni itu halus...
Tetapi ia berat..
Ia tiada perbatasan,
sangat luas dan...
bisa melangkah kemana-mana.
Seni itu tidak jelas..
dan jelas itu hanya bukti pemikiran.
Bukti akal semata-mata..
Bukan pada intuisinya.
Akan tetapi...
pemikiran itu juga seni
kerana ia ilham diberi dan akal merinci...
Seni itu menjiwai,
maka lahirlah rasa.
Rasa itu kenikmatan.
Dari rasa kenikmatan membentuk pemahaman,
Dari pemahaman membentuk kesimpulan,
Dari kesimpulan membentuk kesyukuran,
Dan dari itu...
Dari kesyukuran membentuk kecintaan...
Di dalam bidang seni,
terkandung rahsia pemiliknya...
Hanya dapat diungkai,
dan di hurai oleh pemiliknya.....
Maka huraian pasti ....
Aku benar pasti dalam ilmu pengetahuan,
Dan jua....
Ia menjadi panduan dan kenderaan..
Ia membuka penglihatanku melalui satu ikatan..
di sebalik penciptaan...
dan disebalik penciptaan itu..
ada hikmahnya..
Isnin, 24 Ogos 2009
Gema Cipta
Gema Cipta 2009 telah berlangsung pada 16 Ogos 2009 dan program ini diadakan di Dewan Resital Sekolah Pengajian Seni (SPS), Universiti Malaysia Sabah (UMS). Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat terpendam dalam penciptaan lagu dan gubahan lirik. Terdapat sepuluh buah lagu yang terpilih untuk menjadi finalis dan mempersembahkan lagu ciptaan mereka secara langsung kepada penonton yang diiringi dengan orkestra daripada Sekolah Pengajian Seni. Program Gema Cipta ini bukan sahaja melibatkan pelajar-pelajar daripada SPS bahkan terbuka kepada semua pelajar UMS. Terdapat dua orang peserta yang masing-masing daripada Sekolah Kejuruteraan Teknologi Maklumat(SKTM) dan Sekolah Sains Teknologi(SST). Tetamu jemputan yang hadir pada malam itu ialah Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Shariff Abdul Kadir Omang, pemangku Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS dan juga Dekan SPS, Prof. Madya Haji Inon Shaharuddin Abdul Rahman.
Tiga orang pemenang telah dipilih iaitu Mesmoro Edward sebagai juara dengan mempersembahkan lagu ciptaannya yang bertajuk ‘Tersentak’, manakala Samantha Dayou sebagai naib juara dengan lagunya ‘Unforgettable Diary’, dan Zulkhaliff Bin Mohammad mendapat tempat ketiga dengan lagu ciptaannya yang bertajuk ‘Ku Tak Pernah’ yang disampaikan oleh Melly Matius. Terdapat tujuh finalis yang mendapat saguhati dan juga dua orang finalis yang memenangi persembahan terbaik dan lirik terbaik. Program Gema cipta seterusnya akan diadakan pada tahun hadapan pula, program seperti ini menjadi platform bagi peserta untuk mencungkil bakat yang ada dan sekaligus mewarnai muzik tanah air.
Jumaat, 7 Ogos 2009
Salahkah aku
ku bawa seribu kenangan
ku baca sejuta puisi indah
puisi indah yang kita cipta bersama
ya..waktu itu..waktu dahulu..
terlalu indah untuk dibiarkan berlalu
melangkah terusan hanyut bersama detik
yang silih berganti
walau kadangnya tanpa kita sedari
tanpa kita hargai
berdetik hatiku bertanya
adakah aku yang tak jemu menghitung waktu
adakah aku yang menghilangkan diri dalam kenangan itu
dibuai terus hingga menjadikannya
sebahagian daripaada hidupmu
adakah aku yang silap mencintainya atau aku dia yang telah menodai cinta...?
ku baca sejuta puisi indah
puisi indah yang kita cipta bersama
ya..waktu itu..waktu dahulu..
terlalu indah untuk dibiarkan berlalu
melangkah terusan hanyut bersama detik
yang silih berganti
walau kadangnya tanpa kita sedari
tanpa kita hargai
berdetik hatiku bertanya
adakah aku yang tak jemu menghitung waktu
adakah aku yang menghilangkan diri dalam kenangan itu
dibuai terus hingga menjadikannya
sebahagian daripaada hidupmu
adakah aku yang silap mencintainya atau aku dia yang telah menodai cinta...?
Jumaat, 26 Jun 2009
Karya Agung ku..
Ku kirimkan kepada kau sebuah puisi yang bertajuk CINTA MANUSIA;
Penyembah,pemuja patung berhala..
Betapa kerasnya kepala,betapa batu hatinya..
Gelap perut segala,jika kehendak Maha kuasa..
Tetap kan ditimbus cahaya..
Sombong,bongkak manusia,akan selama mana?
Bila tersingkap hikmah,kan terus sujud menyembah..
Namun manusia yang bermuka-muka..
Yang merasakan telah menipu tuhannya..
Sesungguhnya menempah istana di neraka..
Penyembah,pemuja patung berhala..
Betapa kerasnya kepala,betapa batu hatinya..
Gelap perut segala,jika kehendak Maha kuasa..
Tetap kan ditimbus cahaya..
Sombong,bongkak manusia,akan selama mana?
Bila tersingkap hikmah,kan terus sujud menyembah..
Namun manusia yang bermuka-muka..
Yang merasakan telah menipu tuhannya..
Sesungguhnya menempah istana di neraka..
Khamis, 23 April 2009
Tentang aku
+Nama sY Muhd Khaidil,tapi Kwn2 Pngil Aku KOjeK,+Ramai orang kata saya hensem, saya tak pedulikan semua tuh,+Saya benci dengan lipas, sebab lipas lari laju, sebab tuh saya tak sempat pukul dia,+Saya suka dengan mak saya, sebab saya anak dia,+Saya suka pergi tandas, sebab bila dah jatuhkan saham, saya rasa lega,+Saya ada kucing,+Nama kucing saya comot,+Kucing saya x boleh beranak, sebab kucing saya kucing jantan,+Saya selalu tumbuk pc sebab kalah main game counter strike,+Tiap-tiap hari jumaat saya suka makan cendol sensorang sebab masa tuh semua orang pegi sembahyang jumaat,+Saya suka minum air horlicks sebab dalam iklan tv kata beli 2 percuma 1 anak patung,+Saya dulu famous sebab saya dulu kawan dengan kajol,+Saya lebih rela kawan dengan cimpanzi berbanding kawan-kawan saya sebab diorg semua tak hensem,+Saya suka kat mariah carey tapi dia tak hiraukan saya,+Saya suka tido dengan bantal daripada tilam sebab tilam tak boleh dipeluk,+Saya suka dengan baby sebab bila baby senyum saya rasa baby tuh nak ngorat saya,+Saya tak suka main kejar-kejar sebab takde sapa nak kejar saya,+Saya tak suka dengan Britney Spears sebab dia seksi, mak saya marah,+Saya suka minum susu sebab susu gemokkan badan saya yang da mmg sehat ni,+Ramai perempuan suka kat saya sebab saya pandai masak,+Saya suka kluar shopping hanya untuk membeli cili api coz nak masak sambal blacan,+Itu jek la yang saya boleh bagitau, nak tau lebih lanjut sila dail talian bebas tol yang tertera dibawah..
1-800-35-2525
Langgan:
Catatan (Atom)