Iklan

Khamis, 5 Mei 2011

Cara menambahkan duit poket





Salam, Ok untuk entry kali ni aku nak share ngan you all macam mana nak tambah duit poket melalui Nuffnang.

You all boleh menjana pendapatan melalui pengiklanan Nuffnang, bagi kawan-kawan kita yang tak tahu tu. Dey all akan cakap susah. tapi pada entry kali ni Mr.Kay nak kongsi la sikit ilmu yang ada. Tak mau kemut-kemut ngan you all

Ok berikut aku kongsikan beberapa teknik untuk meningkatkan hasil yang diperolehi terutamanya melalui Cost per click


1. You all kena letakkan iklan tersebut di ruangan yang mudah dilihat. Sebaiknya letakkannya pada bahagian kandungan blog you all. Pelawat yang sedang membaca kandungan blog akan mudah melihat iklan tersebut dan mungkin secara sengaja atau tidak sengaja akan mengklik iklan yang terpapar pada ruangan kandungan blog you all tu hehe.. Cadangan je,kalau you all rasa berkenan, you all cuba la

2. Jadikan iklan tersebut sebahagian daripada blog you all. Guna kreativiti yang tuhan dah berikan pada you all tu untuk menjadikan ianya seolah-olah sebahagian daripada kandungan blog. dengan cara ni pengunjung blog you all mungkin akan terklik secara tak sengaja. huhh dapat la jugak 25sen. kalau 10 orang terklik? cubalah kira...

3. Teknik ketiga ini adalah sangat sangat sangat perlu dipraktikkan. Perkenalkan penaja blog you all kepada pelawat. Maklumkan je kepada peminat blog you all tu untuk mengklik iklan sekiranya dey all ingin ketahui lebih lanjut tentang iklan tersebut. Ianya tidak salah kerana you all bukannya menggalakkan penipuan klik.


Akhir kata dari Mr.Kay, selamat mencuba. semoga you all semua mendapat faedah bersama.


p/s : bila dah ade tabung nuffnang macam ni boleh la jugak you all blanja Mr.Kay makan Pizza kan?

Why i called they as Cute Wangi Girls

Salam, You all nak tau mengapa dan kenapa mereka ni (kaum hawa a.k.a kaum yg lemah + lembut) aku panggil cute wangi girls?

sebab most girls memang wangi pun. bandingkan dengan lelaki memang busuk tapi Mr.Kay tak busuk la..

Girls ni memang suka mandi lama-lama, buat ape pun aku tak tau laa.. Main sabun banyak sangat kot, tertarik sangat ngan buih sabun tu agaknye.

Tapi memang betul la, girls ni sangat suka pada sabun dan benda-benda yang harum kalau you all Mr-Mr Hensem Boy yang nak cuba pikat girls, cuba la bagi sabun untuk propose your idaman girl tu. Confirm dey all akan suke.hahahaha




hurmmmm you all tengok gamba kat atas ni. thats why la mereka aku panggil Cute Wangi Girls. hahahaha...

Kalau lelaki pakai semua benda yang girls pakai forsure aku akan pangil you all Mr-Mr Hensem Boy sedunia as Hensem Wangi Boys..hahaha....

p/s : Boys, you all jangan marah OK? just kidding jer, i know you all memang hensem + baik + pemurah + sopan santun..hehe





Rabu, 4 Mei 2011

its all about Cute Wangi Girls

Salam, untuk entry kali ni aku nak share ngan you all tentang perkara-perkara yang seorang lelaki itu suka pada girl dan perkara-perkara yang dia tak suke.

Hmmm okey, firstly aku nak bagitau kat you all semua especially the cute wangi girls… you all kena tau yang lelaki ni ada kuncinya, bukan kata lelaki jelah girls pun mesti ada kuncinya. Macam mana nak tau kunci tu semua? you all kena lah selami hati pasangan you all tu betul-betul..

Hmmm okey, berbalik pada topik asal kita, apa yang seorang lelaki suka pada sorang girl dan ape yang lelaki tak suka dekat sorang girl.



-:Lelaki suka girl yang :-

1. Girl yang funny, funny ni bukanlah suke buat kerja yang gile-gila. Funny yg aku maksudkan ni adalah pandai buat jenaka setiap kali dey all dating dan sebagainya la..

2. Lelaki juga suka girl yang pandai buat senyuman yang manja. senyuman macam mana? Hurmmm pandai-pandai la you all (cute wangi girl) create satu senyuman manja yang menarik

3. Girl yang pandai masak. Hurmmmm lelaki sangat suke kalau girl dia pandai masak. Perhhh confirm gemuk bile dah kahwin nanti. Maklumlah hari-hari makan kat rumah.ehehe…

4. Lelaki juga suka kepada girl yang sanggup meminjamkan keretanya kepada lelaki bila kereta lelaki tersebut rosak.hehehehe….


-: Lelaki tak suka girl yang :-

1. Lelaki tak suka girl yang suke mengumpat. Macam crita mami jarum tu..hahaha

2. Girl yang menunjukkan sikapnya yang terlalu memiliki. Fuhhhh itu adalah yang tak disukai oleh lelaki, nak pulak lelaki yang hensem macam aku ni.

3. Lelaki tak suke jugak girl yang queen control hinggakan nak pegi buang air pun nak kena mintak izin. Euwww….sampai pegi tandas pun nak kena mintak izin? Fuhhh mmg queen control larhhh…

4. Lelaki juga tak suke gile kat girl yang almari dia baju dia bersepah. Hinggakan dia punye sotong-sotong, udang-udang kering dia main campak je dalam almari..fuhhh tak dapek den nak bayangkan macam mana tu.

Actually banyak lagi perkara-perkara yang lelaki suka dan lelaki tak suka yang aku ade, tapi untuk post ni tu jela yang aku bagitau kat you all. Nanti kalau rajin-rajin aku bagi tau lagi yerk…

Semoga you all (cute wangi girl) ambik perhatian la kat benda-benda macam ni OK? Walaupun nampak simple tapi membawakan impak yang besar dalam relation you all.


p/s : Mr.Kay tak kesah pun girl macam mana, yang penting setia dan understanding hehe…

Isnin, 2 Mei 2011

Gaya penulisan dari 10 hingga sekarang

Salam, untuk entry kali ni aku nak share ngan you all gaya penulisan aku, starting dari umur sepuluh tahun hingga sekarang.

Kalau diperhatikan memang banyak perubahan anjakkan paradigma.hehe...
mustahil la gaya penulisan dari umur sepuluh tahun dengan gaya penulisan sekarang sama, kan..kan?

Nak-nak lagi sekarang ni aku dah boleh jadi bapak orang dah. mesti la gaya penulisan pun macam bapak orang jugak kan? hahahaa....



-:Gaya penulisan:-

Umur 10 Tahun

Nama Saya Muhd Khaidil. Saya duduk dekat rumah kawan saya, nama kawan saya Faris. Rumah saya di betul-betul dekat tepi jalan. Hari-hari saya pergi sekolah jalan kaki sebab mak tidak bagi saya naik basikal, takut kena langgar dengan lori. Dekat sekolah saya sangat suka cikgu Rohana sebab dia sangat cantik. Kalau saya tidak siap kerja rumah saya akan kena rotan dengan cikgu Rohana. tapi lepas saya nangis cikgu akan pujuk saya balik sebab itu saya suka cikgu Rohana. Saya sangat suka jika waktu pendidikan jasmani. sebab masa itu saya cikgu akan bagi saya jadi golkiper, walaupun badan saya kurus tapi saya tetap kuat sebab dapat menepis bola tu. itu sahaja karangan saya ini.

P/s : karangan dalam kelas Bahasa Melayu cikgu Rohana. hehehe...


Umur 15 Tahun

Saya adalah seorang lelaki yang baik hati dan ada sedikit hensom. Rambut saya disikat belah tengah sebab meniru gaya Tomok, vokalis kumpulan New Boys. Saya dimasukkan ke kelas 3 Gigih kerana saya ini sangat pandai dalam Matematik dan Bahasa Inggeris (Antonim). Pada Satu hari saya telah berkenalan dengan seorang awek yang bernama ***** . Dia tu cun gila, tapi saya malu-malu. setelah beberapa hari, kami telah bercouple disebabkan kawan saya yang bernama Izzat telah menyatukan kami. Pada Hari yang seterus dan seterusnya saya, **** Izzat dan sepupunya telah pergi berjalan-jalan di KLCC, masa itu kami naik LRT.. bangganye saya rasa,macam dah jadi orang besar je. hari silih berganti saya harap saya akan terus berada di tingkatan tiga sebab sekarang ni saya rasa best la, cuma yang saya takut PMR tu la..risaunya saya.


Umur 19 Tahun

Nama aku Khaidil kawan-kawan panggil aku Kojek. kenapa kawan-kawan panggil aku kojek? sebabnye time aku form4 ngan form5 dulu kepala aku botak. Masuk Sekolah Teknik Setapak memang la kena kasi botak atau rambut pendek. kalau rambut panjang confirm kena sebat ngan cikgu Suhaimi. Sekarang ni aku tengah tunggu result STPM aku la...ntah berape la aku dapat gamaknye. petang ni Ikhwan ajak aku pegi beli borang UPU. uhh..macam tak minat je aku nak isi. tapi dah dia pujuk aku layankan ajelah. Aku sekarang buat part time kat kedai 7E. Bosan duduk rumah jadi aku keja la, dapat gak income sikit buat isi minyak moto untuk merempit.


Umur sekarang

Salam, hai you all.. hari ni aku nak share ngan you all tentang gaya penulisan aku time aku 13 tahun dahulu dan kini. aku rasa mesti you all akan meluat baca post aku ni kan? chill la, aku bukannye ape pun, saja nak kecoh kat you all yang masa dulu-dulu pun aku suka menulis, tapi takdelah rajin sangat macam sekarang. hahaha... Aku rasa macam kejap je duduk kat U ni. tak lama lagi dah nak convo. uhhhh lepas ni aku bergelar graduan la kan? tak sabar rasanya.
Jangan jadi graduan penanam anggur lama-lama dah la.



p/s : agak-agak you all la kan, macam mana la gaya penulisan aku lepas aku kahwin nanti? time tu aku dah kahwin lepas tu ade anak, lepas tu ade cucu lepas tu aku tak tulis-tulis dah. hehehe..




Sepetang bersama Mr.Kimi & The Geng

Salam, untuk entry kali ni aku nak share ngan you all gambar-gambar time aku keluar bersama Mr.Kimi Ibrahim a.k.a Komeng.

Just a simple picture yang nak di kongsi, sambil jalan-jalan tembak la pape yang patut.
Bosan seharian di bilik mengadap lappy so aku mengambil keputusan untuk keluar bersiar-siar dengan Mr.Kimi dan beberapa orang lagi rakan.

Lokasi : Sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.
Tarikh : 1 Mei 2011.
Kenderaan yang digunakan : Kancil 660 bernombor CCB 1444.
Tujuan keluar : Ambik angin dan menghilangkan stress.
RM dalam poket : 100 dan kebawah.
Gear yang dibawa : D700 hahaha...tipu je D3000 cukup la..










its me




Last sekali pegi naik Bukit Bendera dan ambik view Bandaraya Kota Kinabalu in time-time dah late sunset. time ni sunset dah abes dah. kesian yer tak dapat ambik time sunset jatuh betul-betul di tengah antara dua banggunan tu.


theotherkay.blogspot.com ©

Ahad, 1 Mei 2011

Borang jadi GF

Pertandingan mencari girls yang sudi menjadi the cute wangi girls.
Ni ade borang untuk menyertai pertandingan the cute wangi girls. jika anda rasa-rasa berminat nak jadi GF kepada Mr.Kay.
(Cinta mati only) hahahaha....

jika anda berminat sila isi borang di bawah..


Nama :

Umur :

Alamat :

Status terkini :

Hobi :

Pencapaian dalam bercinta :

Bilangan Ex BF :


Anda juga boleh terus datang directly dengan membawa sekuntum bunga dan coklat kepada Mr.Kay.hahaha...



(Sila sambung ayat dibawah, tidak melebihi 30 patah perkataan)

Saya ingin menjadi the cute wangi girl Mr.Kay kerana.......




p/s : Hanya gurauan semata-mata. tidak ada kena mengena antara yang hidup atau yang sudah meninggal.





Lagu yang tenang

aku nak share ngan you all lagu yang pernah di popularkan dalam filem sarjan Hassan dan sekarang di nyanyikan oleh Noh Hujan.
lagu ni tenang jer, rileks minda dengar lagu ni..

tunggu sekejap..
wahai kasih..
kerana hujan..
masih renyai..


so, enjoy lagu OK?..