Iklan

Selasa, 2 Oktober 2012

Tragedi 28 April

Hey semua pembaca blog. 
Post hari ni saya cuma nak share pengalaman yang saya lalui beberapa bulan yang lepas. pengalaman pahit yang pasti saya tak dapat lupakan. berlaku dalam sekelip mata. tapi syukurlah sebab saya masih lagi di panjangkan umur.

Tragedi ni berlaku pada 28 April 2012 yang lalu sewaktu saya dalam perjalanan pulang ke kampung yang terletak di Temerloh, Pahang. Dalam perjalanan pulang menggunakan Lebuhraya Pantai Timur, kira-kira dalam pukul 6 petang kereta yang saya pandu gagal dikawal dan akibatnya melanggar pembahagi jalan sehingga kereta saya berpusing dua kali.

Pengalaman tu memang saya tak dapat lupakan. seingat saya ketika tu saya cuma luka-luka di tangan dan kepala. tapi kesedihan melihat kereta kesayangan hancur berderai membuatkan hati saya lagi remuk.huhu



Syukur Alhamdulillah tuhan masih panjangkan umur saya dan kini masih boleh menaip untuk entry kali ni. pengalaman mengajar saya untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang. darah muda sememangnya panas, tapi beringatlah sebelum terkena. jadilah pemandu yang berhemah...

Nasib baik pada waktu kejadian ni saya pakai seat belt. kalau tak.... rasanya dah arwah dah ni. huhu. seat belt besar peranannya dalam mengurangkan kecederaan pada pemandu.

Jadilah pemandu yang berhemah, jangan jadi macam saya. dah terkena baru nak terngadah.

Setelah beberapa bulan kehilangan kereta tersayang alhamdulillah akhirnya insuran claim settle dan saya dapat kereta baru. happynye rasa bila dapat kereta baru. untuk kali ni saya akan lebih berhati-hati (^_^)


p/s : ni lah GF baru saye hehe :)

Tiada ulasan: