Iklan

Selasa, 2 Oktober 2012

Tragedi 28 April

Hey semua pembaca blog. 
Post hari ni saya cuma nak share pengalaman yang saya lalui beberapa bulan yang lepas. pengalaman pahit yang pasti saya tak dapat lupakan. berlaku dalam sekelip mata. tapi syukurlah sebab saya masih lagi di panjangkan umur.

Tragedi ni berlaku pada 28 April 2012 yang lalu sewaktu saya dalam perjalanan pulang ke kampung yang terletak di Temerloh, Pahang. Dalam perjalanan pulang menggunakan Lebuhraya Pantai Timur, kira-kira dalam pukul 6 petang kereta yang saya pandu gagal dikawal dan akibatnya melanggar pembahagi jalan sehingga kereta saya berpusing dua kali.

Pengalaman tu memang saya tak dapat lupakan. seingat saya ketika tu saya cuma luka-luka di tangan dan kepala. tapi kesedihan melihat kereta kesayangan hancur berderai membuatkan hati saya lagi remuk.huhu



Syukur Alhamdulillah tuhan masih panjangkan umur saya dan kini masih boleh menaip untuk entry kali ni. pengalaman mengajar saya untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang. darah muda sememangnya panas, tapi beringatlah sebelum terkena. jadilah pemandu yang berhemah...

Nasib baik pada waktu kejadian ni saya pakai seat belt. kalau tak.... rasanya dah arwah dah ni. huhu. seat belt besar peranannya dalam mengurangkan kecederaan pada pemandu.

Jadilah pemandu yang berhemah, jangan jadi macam saya. dah terkena baru nak terngadah.

Setelah beberapa bulan kehilangan kereta tersayang alhamdulillah akhirnya insuran claim settle dan saya dapat kereta baru. happynye rasa bila dapat kereta baru. untuk kali ni saya akan lebih berhati-hati (^_^)


p/s : ni lah GF baru saye hehe :)

Langit Menangis





Seluas angkasa ku hampar cinta
Luhur hati hanya bagimu saja
Bagai udara untuk ku bernyawa
dikau bak cahaya
penyuluh jalan gelita


Mahligai indah ku impikan kasih
Tanda bersemi semua janji kita
Tapi takdir tak semanis harapan
Setiamu berpaling ketika dia menyapa


Langit menangis seakan mengerti
peritnya rasa aku
Melihatmu dengannya
apakah silapnya aku


Namun ku nanti dikau kembali ke pangkuan ini
Meskipun ku terluka
cubalah untuk mengerti


Langit menangis seakan mengerti
peritnya rasa aku
Melihatmu dengannya
apakah silapnya aku


Namun ku nanti dikau kembali ke pangkuan ini
Meskipun ku terluka
cubalah untuk mengerti


Mahligai indah ku impikan kasih
Tanda bersemi semua janji kita
Tapi takdir tak semanis harapan
Setiamu berpaling ketika dia menyapa





Rabu, 26 September 2012

Jangan Salahkan Cinta

Salam kepada semua yang sudi membaca blog hodoh aku ni, rasanya dah lama tak meluahkan ape yang terbuku di hati dan kini tiba saatnya aku menulis balik. bila dah lama tak menulis ni rasa lain pulak. huhu..

Pernah tak korang dengar yang cinta itu buta? bagi pendapat aku cinta itu tak buta tapi manusia itu sendiri yang buta sebab tak dapat menilai kesucian cinta tu...heyy come on la bebeh-bebeh sekalian.. cinta itu suci, tuhan dah berikan cinta pada setiap hati-hati hambanya,why you all nak blame kan cinta sampai macam tu skali. janganlah disebabkan cinta lama you all blame kan cinta sampai orang yang ikhlas dan jujur pun you all nak salahkan. this is not fair la bebeh..



kadang-kadang orang lain gagal untuk memahami apa isi hati kita sebab orang tu tak nak berusaha pun untuk memahami sehinggakan ada hati yang terluka. "luka di tangan nampak berdarah, luka di hati makan dalam berhari-hari". aku bukanlah doktor cinta Aaron Aziz, tapi teringin la juga nak bagi nasihat pada you all bahawa tak semua perkara pahit yang kita lalui dahulu akan berulang buat selama-lamanya. percayalah pada cinta sejati sebab dialah yang meniupkan pada you all perasaan cinta. cinta sejati takkan penah lari dari hati kita selagi kita mengingatiNya.

p/s : cinta datang dan pergi :-(




Sabtu, 14 Januari 2012

practikal ohh practikal

Practikal ohh practikal also known as latihan ilmiah..
confirm aku akan sibuk, sabtu dan ahad pula masa untuk buat laporan mingguan..
so bila masa untuk aku berhibur?
takkan ada masa mungkin..

tapi ape-ape pun aku tetap rasa excited untuk masuk ke alam pekerjaan yang aku rasakan sangat mencabar..

so aku mau kemas-kemas sikit sebab on monday aku dah nak balik ke Malaya. insyaallah on next week swift yang aku idamkan akan keluar. wait and see sama ada yang keluar swift atau myvi. i hope so keluar la sebiji swift.






salam excited daripada Mr.Kay kepada kawan-kawan.. bye lob you all. sehingga bertemu lagi di post yang akan datang jika aku rajin menulis dan tak sibuk. mmmmmmmuach..